Utusan Online - Dalam Negeri |
- Gerak Aman perangi Bersih
- 8,000 masyarakat Cina Jerantut bantah Bersih
- Bersih tetap teruskan perhimpunan
Posted: Gerak Aman perangi BersihOleh MOHD. ASRON MUSTAPHA KUALA LUMPUR 19 Jun – Sebanyak 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), hari ini secara terbuka mengisytihar perang habis-habisan ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Nada keras tersebut dilaungkan sebulat suara oleh hampir 3,000 ahli NGO berkenaan yang mewakili pelbagai kaum di negara ini pada majlis pelancaran Gerak Aman iaitu kempen anti-Bersih di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini. Malah, kesemua mereka termasuk hampir 300 ahli masyarakat Cina dan India juga secara terbuka, melaungkan ikrar bersedia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu bentuk pengorbanan kerana ingin mempertahankan keamanan negara. Tidak cukup dengan pengisytiharan secara terbuka itu, kumpulan NGO tersebut kemudian membakar gambar Datuk Ambiga Sreenevasan, sebagai manifestasi kebencian dan kemarahan mereka terhadap Bersih sambil melaungkan 'aman' sebanyak tiga kali. Pengerusi Gerak Aman, Datuk Ibrahim Ali berkata, puluhan ribu rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan anti-Bersih akan berkumpul di ibu kota pada malam menjelang 9 Julai, sebelum digerakkan secara besar-besaran keesokan harinya bagi menghalang perhimpunan Bersih. "Kita sudah merayu kepada pihak Bersih supaya dihentikan demonstrasi ini, pihak berkuasa juga sudah memberi amaran kerana ia mengancam negara tetapi pembangkang dan Ambiga tetap berdegil. Jadi kami terpaksa bertindak demi keamanan negara. "Kali ini kita sanggup berdepan apa sahaja kerana kami percaya demonstrasi Bersih ini tiada sebarang kaitan dengan pilihan raya, ia dicetus agar Malaysia jadi huru-hara seperti di Asia Barat bagi membunuh sistem demokrasi dan demi kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Oleh kerana inilah rentak dan tari Bersih, maka kami juga akan menari mengikut rentak yang sama. Kita akan menghalang mereka dengan apa jua kos sekalipun yang terpaksa kami tanggung," katanya kepada pemberita selepas pelancaran majlis tersebut. Hadir sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin; Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar; Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail dan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip. Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, menyedari risiko tindakan undang-undang bakal dikenakan terhadap ahli Gerak Aman, Perkasa telah menyediakan seramai sembilan peguam untuk memastikan mereka yang ditahan mendapat pembelaan. Sementara itu, Zulkifli memberitahu, mereka menentang Bersih bukan kerana menolak demokrasi, tetapi demi memastikan keharmonian yang dinikmati sejak lebih 50 tahun lalu tidak dimusnahkan oleh petualang negara yang berada di belakang demonstrasi tersebut. Pada masa yang sama, beliau yang juga bekas peguam bela Anwar turut mengingatkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, supaya bersedia menghadapi penentangan sengit daripada Gerak Aman yang penuh dengan semangat nasionalisme. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
8,000 masyarakat Cina Jerantut bantah Bersih Posted: 8,000 masyarakat Cina Jerantut bantah BersihKetua Kampung dan JKKKB Cina Jerantut menunjukkan laporan polis berhubung bantahan terhadap Perhimpunan Bersih di hadapan IPD Jerantut, Jerantut, kelmarin. JERANTUT 19 Jun - Lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru (JKKKB) yang mewakili masyarakat Cina di daerah ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, bagi membantah perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. Mereka yang mewakili 8,000 penduduk di bawah JKKKB Cina di sini, atas semangat 1Malaysia meminta pihak berkuasa melarang perhimpunan itu yang disifatkan tidak membawa sebarang manfaat. Ketua Kampung Baru Batu 57, Jalan Kuantan, Kek Ah Kau berkata, perhimpunan itu tidak wajar kerana mereka memilih cara yang salah, sekali gus menjejaskan keharmonian kaum. ''Kita berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan tindakan setimpal ke atas perancang utama dan pengikut yang terbabit dengan demonstrasi jalanan nanti. ''Kegiatan yang tidak sihat itu boleh mengganggu ketenteraman awam dan menghalang urusan perniagaan yang menjadi nadi pendapatan warga kota, termasuk menakutkan pelabur serta pelancong luar negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini, semalam. Ketua Kampung Baru Sungai Par Hulu, Chion Kaw berkata, perhimpunan itu akan mengundang rusuhan, gangguan lalu lintas dan kerosakan harta benda awam. ''Kita tidak mahu kegiatan itu dimanipulasi oleh parti pembangkang yang mempunyai agenda mereka sendiri sehingga menyusahkan rakyat," katanya. Dia juga meminta pihak berkuasa bertindak terhadap pelaku demonstrasi itu kerana mengancam keselamatan. Setiausaha JKKK Kampung Baru Sungai Lekok, Chai Kean Foo menyifatkan perhimpunan itu memberikan kesan negatif terhadap pemikiran golongan muda di negara ini khususnya dalam menyuarakan sesuatu perkara. Katanya, perkara yang remeh tidak perlu diperbesarkan kerana masih ada jalan penyelesaian menerusi musyawarah atau perundingan. Ketua Kampung Baru Sungai Jan, Ng Kian pula berkata, perhimpunan itu perlu ditolak oleh rakyat kerana mereka hanya mahu mencari populariti dan bukannya memelihara keamanan yang dikecapi ketika ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Bersih tetap teruskan perhimpunan Posted: Bersih tetap teruskan perhimpunanKUALA LUMPUR 19 Jun - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini walaupun dikecam pelbagai pihak. Pada majlis pelancaran perhimpunan Bersih kedua malam ini, Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, walau apa sahaja tindakan yang dikenakan, perhimpunan itu tetap diteruskan. Dalam ucapannya pada majlis itu yang turut dihadiri Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, Ambiga sekali lagi menjelaskan gabungan itu tidak melibatkan mana-mana parti politik. "Bukan PKR yang akan mengetuai perhimpunan ini tetapi kita (Bersih) sendiri," kata bekas Pengerusi Majlis Peguam itu pada majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini. Bagaimanapun, beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut berucap pada majlis itu secara terang-terangan mengajak rakyat untuk menolak kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO. Malah ada antara wakil NGO tersebut menegaskan mereka tidak gentar dengan pihak berkuasa yang sebelum ini memberi amaran akan bertindak ke atas peserta perhimpunan haram itu. Dalam pada itu, Ambiga memberitahu, Bersih mahu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan. "Lapan tuntutan tersebut ialah bersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, gunakan dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. "Bersih juga mengucapkan semoga berjaya kepada Pemuda UMNO dan pihak lain yang turut mahu berhimpun secara aman pada tarikh tersebut," katanya. habis |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan