Isnin, 20 Jun 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pemain perlu lebih yakin

Posted:

Pemain perlu lebih yakin

Pemain perlu lebih yakin

KUALA LUMPUR – Walaupun skuad Olimpik Negara menunjukkan kematangan dari segi pencapaian semasa, cuma keyakinan di atas padang perlu ditingkatkan sekiranya mahu menang di tempat sendiri pada perlawanan timbal balik pusingan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, usaha anak buah skuad bimbingan Ong Kim Swee, yang seri tanpa jaringan ketika menentang Lebanon di Beirut kelmarin, diharapkan akan membuahkan hasil dengan kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri.

"Saya lihat pasukan kita bersifat defensif pada babak awal, tapi mereka mula mengatur serangan dan bermain dengan penuh semangat pada separuh masa kedua dan memastikan pertahanan kukuh sehingga tidak berjaya ditembusi oleh Lebanon.

"Walaupun tidak berjaya menyumbat sebarang gol, saya harap kematangan mereka akan menunjukkan kesungguhan pada perlawanan di tempat sendiri nanti," katanya.

Beliau menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut bersama lebih 1,000 peminat menerusi skrin besar di Dataran Merdeka di sini, malam kelmarin. Turut hadir Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohid Mohamed.

Ahmad Shabery berkata, walaupun Malaysia tewas kedua-dua perlawanan persahabatan menentang Kemboja dan Qatar, ia bukan kayu ukur yang sebenarnya.

"Tidak semestinya sekiranya tewas kita tidak mampu untuk bangkit bersaing.

"Pemain telah mengambil pengajaran di atas kekalahan perlawanan itu dengan memperbaiki dan membuat persediaan sewajarnya," katanya.

Pada perlawanan persahabatan menentang Kemboja, skuad Olimpik dikejutkan dengan kekalahan 0-1 pada 7 Jun lalu dan terus dirundung malang apabila tewas 0-4 ketika menentang Qatar selang enam hari kemudian (13 Jun).

Pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 kelmarin, Malaysia dan Lubnan terikat tanpa jaringan 0-0.

Terdahulu skuad Olimpik kebangsaan menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 untuk melangkah ke pusingan kedua tersebut.

Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Potong gaji jika dapat kad merah

Posted:

Potong gaji jika dapat kad merah

Potong gaji jika dapat kad merah

Oleh Radhuan Hussain
sukan@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU - Pemain bola sepak negeri ini termasuk Terengganu dan T-Team yang dilayangkan kad merah bakal berdepan hukuman tegas dengan gaji serta bonus mereka dipotong.

Bagaimanapun, pemain hanya akan dikenakan hukuman tersebut jika mereka didapati benar-benar sengaja melakukan kesalahan sehingga menyebabkan dilayangkan kad merah.

Ketegasan itu disuarakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi memastikan setiap pemain memberi komitmen kepada pasukan dan tidak menjejaskan semangat juang rakan sepasukan lain.

Bagi tujuan itu, kata Ahmad, beliau mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) meneliti serta menyiasat ke atas pemain yang 'dihadiahkan' kad merah.

Menurutnya, siasatan itu penting bagi memastikan pemain tidak melakukan kesalahan dengan sengaja, yang akhirnya mendorong pengadil 'menghadiahkan' kad merah kepada mereka.

"Saya sudah arahkan persatuan bola sepak kita (PBSNT) siasat para pemain yang terima kad merah untuk memastikan mereka tidak sengaja melakukan kesalahan.

"Jika mereka benar-benar sengaja, mereka boleh dihukum seperti gaji atau bonus dipotong dan sebagainya," katanya kelmarin.

Beliau mengulas tindakan yang mungkin dikenakan ke atas skuad Piala Presiden T-Team yang didakwa terbabit mengatur perlawanan.

Beliau menjadikan kelab profesional luar negara sebagai contoh yang mempraktikkan hukuman tersebut ke atas para pemainnya yang menerima kad merah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved