Utusan Online - Jenayah |
Pengusaha salun kecantikan mati ditembak di Serdang Posted: 29 Mar 2013 09:31 AM PDT KUALA LUMPUR 30 Mac - Seorang pengusaha salun kecantikan mati ditembak dari jarak dekat di luar kedainya di Jalan Pinggiran Putra 25, Seri Kembangan, Serdang, dekat sini petang semalam. Ketua Polis Serdang, Asistem Komisioner Abdul Razak Elias berkata, Edisson S. Pillai, 37, ditembak oleh seorang lelaki bertopeng, kira-kira 6 petang. "Mangsa ditembak dua das di dahi dan tiga das di tubuhnya, mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian tersebut masih dalam siasatan. "Polis akan siasat kes dari sudut perniagaan dan latar belakang keluarga," katanya. - BERNAMA |
Posted: 29 Mar 2013 12:47 PM PDT Oleh SITI NOORALINA AHMAD SHAH ALAM 29 Mac - Dua beradik wanita warga Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam bengkung yang dipakai mereka, dua tahun lalu. Hakim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhkan hukuman itu terhadap penganggur, Fatemah Zandiyeh Mohammad, 24, dan jurugambar, Tahmineh Zandiyeh, 26, selepas mendapati keterangan pembelaan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Dua beradik itu menundukkan kepala sambil masing-masing memeluk erat al-Quran ketika keputusan dibacakan oleh hakim tersebut. Mengikut pertuduhan, mereka masing-masing didakwa mengedar syabu seberat 1,489.9 gram dan 1,497.9 gram di kawasan tuntutan bagasi, Aras 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 11.30 pagi, 5 Mei 2011. Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zainal Azwar Kamaruddin manakala tertuduh diwakili peguam bela Datuk N. Sivananthan. Selepas keputusan dibacakan, bapa kedua-dua tertuduh menghampiri kandang tertuduh, memeluk dan mencium anak-anaknya sambil menangis. Sepanjang perbicaraan, sebanyak lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan