Utusan Online - Luar Negara |
India: Seorang maut dalam letupan bom di stesen kereta api Posted: 01 May 2014 12:58 PM PDT CHENNAI 2 Mei - Dua butir bom yang diletakkan dalam sebuah kereta api di India meletup sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan sembilan penumpang yang lain cedera di stesen utama di Chennai, kata polis dan pegawai kerajaan. Kejadian yang berlaku pada ketika India sedang mengadakan pilihan raya umum itu, membabitkan beberapa bahagian gerabak kereta api yang bergerak pada waktu malam dari Bangalore dan berhenti di stesen Chennai. Pengurus Besar wilayah selatan syarikat Indian Railways, Rakesh Misra berkata, seorang wanita berusia 22 tahun mati apabila salah satu bom yang diletakkan di bawah tempat duduknya meletup selepas pukul 7 pagi waktu tempatan. - AFP |
Banduan dan pegawai penjara Florida cedera akibat letupan gas Posted: 01 May 2014 12:57 PM PDT PENSACOLA, Florida 2 Mei - Kira-kira 150 banduan termasuk pegawai penjara cedera dalam satu kejadian letupan gas di penjara Pensacola di sini semalam. Jurucakap daerah, Kathleen Castro, berkata, letupan itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu tempatan) dan ia telah menyebabkan sebahagian bangunan penjara runtuh. Kira-kira seramai 600 penghuni berada di dalam bangunan ketika itu. Bagaimanapun Castro tidak menjelaskan punca sebenar kejadian, tetapi mendakwa penjara itu pernah ditenggelami air ketika banjir besar melanda wilayah itu sejak dua hari lalu. - AP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan