Utusan Online - Pahang |
Posted: Jaga nama baik negaraOleh HARIS FADILAH AHMAD ABDUL Rahman Mohamad (kanan) bermesra dengan salah seorang bakal haji pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Lipis di Kuala Lipis, kelmarin. - MINGGUAN/HARIS FADILAH AHMAD KUALA LIPIS 17 Sept. - Semua bakal jemaah haji di Parlimen Lipis diminta mematuhi peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi dan menjaga tatasusila semasa berada di negara berkenaan. Ketua UMNO Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, ia amat penting bagi mengekalkan nama baik negara yang selama ini disegani oleh pemerintah negara tersebut. "Bakal jemaah haji wajar mematuhi peraturan ditetapkan oleh Tabung Haji serta menghargai Kerajaan Arab Saudi kerana kerap memuji jemaah kita yang mempunyai akhlak terpuji. "Harapan kita, mereka dari daerah ini diharap terus mengekalkan rekod terbaik demi menjaga nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disegani di peringkat antarabangsa," katanya. Beliau berkata demikian ketika beramah mesra dan menyampaikan sumbangan wang tunai RM100 kepada seramai 62 bakal jemaah haji daerah ini sempena Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Lipis dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku di sini, semalam. Abdul Rahman juga menasihati golongan itu supaya sentiasa bersabar dan tidak terikut dengan budaya masyarakat negara lain. "Saya berharap mereka yang akan berada di Mekah nanti jangan bercakap isu berkaitan politik semasa, sebaliknya menumpukan ibadah supaya memperoleh haji mabrur," katanya. Katanya, mereka juga diminta menjaga kesihatan semasa berada di sana supaya lebih selesa beribadah dan mengerjakan rukun haji sehingga selesai. |
Rasai penderitaan rakyat Somalia Posted: Rasai penderitaan rakyat SomaliaMARAN 17 Sept. - Segelintir masyarakat yang tidak tahu bersyukur dengan keamanan di negara ini dicabar tinggal di Somalia selama sebulan bagi merasai kehidupan rakyat negara itu. Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, beliau sanggup menaja golongan itu untuk ke sana kerana mereka tidak menghargai nikmat yang ada di negara ini. ''Apabila berada di sebuah negara miskin, barulah mereka tahu tentang penderitaan rakyat negara tersebut dan sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang dikecapi di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Bersama Warga Pendidikan Daerah Maran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka di sini, baru-baru ini. Ismail yang juga Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengingatkan pihak tertentu khususnya pembangkang supaya jangan menimbulkan isu yang menimbulkan kemarahan rakyat. Jelasnya, keupayaan pihak berkuasa dalam menangani demonstrasi haram anjuran pihak tertentu wajar dipuji bagi mengekang gejala itu terus menimbulkan huru-hara di negara ini. "Sebagai contoh, Malaysia lebih hebat menangani huru-hara dan demonstrasi jalanan malah berkeupayaan mengatasinya dalam tempoh singkat," katanya. Justeru, beliau mengingatkan masyarakat lebih patriotik dan menolak sebarang elemen tohmahan buruk yang boleh menggugat keselamatan dan perpaduan rakyat di negara ini. |
GiatMara buka pusat latihan Orang Asli Posted: GiatMara buka pusat latihan Orang AsliTEMERLOH 17 Sept. - GiatMara merancang membuka pusat latihannya di perkampungan Orang Asli bagi membolehkan lebih ramai generasi muda golongan itu menceburi bidang kemahiran. Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, penyertaan kaum tersebut menjalani latihan kemahiran di pusat latihan itu masih di tahap rendah. Menurutnya, kerajaan melalui GiatMara bercadang melatih lebih ramai golongan tersebut dalam kemahiran tertentu supaya mendapat pekerjaan dan menceburi bidang keusahawanan. ''Sehingga kini beberapa pelatih Orang Asli berjaya dalam bidang masing-masing dengan membuka perniagaan seperti bengkel motosikal dan pusat kecantikan," katanya di sini, baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan