Sabtu, 17 September 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Pencipta 'bantal busuk'

Posted:

Pencipta 'bantal busuk'

Pencipta 'bantal busuk'

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
Foto ABDUL NAZIR MOHAMED

SEDAR tak sedar dia sudah mencipta lebih 100 bantal busuk yang cukup sinonim di kalangan kanak-kanak. Peneman rapat yang sering diusung ke sana dan ke mari. Galang kepala itu juga turut digemari di kalangan orang dewasa. Tak kira sama ada sebagai pemeluk atau peneman paling selesa di kala badan memerlukan waktu rehat secukupnya.

Bantal busuk yang dicipta Salmiah Saari pula bukan sekadar balutan pada kain saja. Wanita berusia 37 tahun ini membuat menggarap setiap bantal buatannya dengan nama pemilik.

Tujuannya memudahkan proses pengecaman andai bantal seseorang individu dihimpunkan bersama bantal lain.

Bagi menambahkan elemen keseronokan, anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu ini menggunakan kain felt sebagai huruf pengenalan nama yang ditampal di bahagian depan setiap bantal.

"Saya dapat idea itu ketika menghantar anak keempat, Muhammad Izwan Haikal ke tadika. Saya nampak guru tadika menggunakan kain felt yang ditampal di seluruh ruangan," katanya.

Lantaran itu, Salmiah cuba mengaplikasikan pendekatan yang sama untuk bantal. Buat permulaan, semua huruf dilakar di atas kertas A4 dan kemudiannya ditekap pada permukaan kain berkenaan.

Biarpun amalan kerja itu agak remeh, namun dia gembira kerana hasilnya cukup menggembirakan hati. Perasaan teruja meningkat apabila mendapat pujian di kalangan ahli keluarga dan suami.

Salmiah kemudiannya menggunakan teknik sama pada beg kecil yang boleh memuatkan barangan peribadi. Idea itu kemudiannya berkembang untuk menghasilkan beg telekung, beg sandang, sarung telefon bimbit dan baju kanak-kanak.

Ditanya bagaimana Salmiah boleh jatuh cinta dalam seni jahitan sebegitu, wanita itu kemudiannya tersenyum lebar.

Katanya, minat tersebut sewaktu dia berusia 11 tahun dan bertambah sewaktu mengikuti kelas sains rumahtangga di Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu.

Justeru, masa lapangnya hanya diisikan untuk menjahit saja, apatah lagi selepas menjadi surirumah sepenuh masa pada tahun lalu. Apabila Salmiah mengucapkan selamat tinggal selamanya pada waktu pejabat.

Wakaf kecil di tengah laman

Posted:

Wakaf kecil di tengah laman

Wakaf kecil di tengah laman

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my


Kolam ikan koi di tepi wakaf, mencipta satu landskap indah yang cukup mendamaikan.


KEWUJUDAN gazebo atau disebut juga sebagai wakaf memberi impak yang bukan sedikit pada sesebuah laman.

Kini, ramai pemilik kediaman dengan laman tidak kira sederhana mahu pun luas, mula berkira-kira memasang wakaf kerana keunikannya yang tersendiri. Apatah lagi andai ia dikelilingi tumbuh-tumbuhan dan juga kolam buatan atau unsur air, pastinya menghasilkan satu landskap yang cukup mendamaikan.

Pelbagai corak dan material, wakaf bukan sahaja berfungsi mengindahkan laman namun ia juga merupakan satu ruang kediaman yang sangat berguna. Terutama sekali tatkala diadakan jamuan atau dikunjungi tetamu yang ramai, pastinya ruang ini memberi manfaat yang bukan sedikit kepada pemiliknya.

Agro Biosolutions Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding landskap memberi panduan dalam pemilihan wakaf bagi memastikan kewujudannya dimanfaat sepenuhnya bagi sesebuah laman.

Menurut pemiliknya, Muhammad, harga sesebuah wakaf bergantung kepada rekaan dan penggunaan material utamanya.

"Pemilihan kayu amat penting kerana ia menentukan ketahanan sesebuah wakaf. Kayu yang berkualiti seperti cengal dan jati tahan lebih lama dalam cuaca panas dan hujan tetapi harganya jauh lebih mahal. Selain itu, kayu balau dan intan juga sesuai digunakan kerana ia masih tahan cuaca jika dibandingkan dengan kayu campuran yang banyak digunakan ketika ini," kata beliau.

Menurutnya, kayu campuran jauh lebih murah namun ia hanya bertahan sekitar dua hingga tahun sahaja. Pasti ia merenyahkan pemilik andai wakaf mula diserang anai-anai dan reput walaupun baru dipasang untuk tempoh itu.

Rekaan

Terdapat pelbagai rekaan wakaf dan juga saiz bergantung kepada keluasan sesebuah laman. Ada yang gemar kayu sepenuhnya termasuk pada bahagian lantai serta atap dan ada yang hanya bertiang kayu dan beratap nipah.

"Lantainya pula diperbuat daripada simen dan disudahi dengan kemasan jubin quarry atau batuan pebble wash," katanya.

Antara rekaan yang digemari ramai adalah wakaf bertiang empat berkonsep Bali dan juga wakaf bertiang satu. Terdapat juga tiang wakaf yang menggunakan kayu tidak dipotong.

Tambahan ukiran kayu pada bahagian atap menjadikan wakaf kelihatan sangat unik dengan ciri tradisional.

Antara projek menarik yang pernah dikendalikan syarikat Muhammad adalah rekaan wakaf berkonsep ala Siam di Rantau Panjang, Kelantan. Ia menggunakan bumbung kayu dan ukiran bermotif negara gajah putih diterapkan pada setiap sudut.

Sebagai sebuah syarikat perunding, Agro Bio Solutions Sdn. Bhd. biasanya hanya terlibat mengendalikan sebuah projek besar pemasangan wakaf.

"Namun kami juga mempunyai senarai kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pemasangan wakaf bagi memenuhi kehendak pelanggan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved