Utusan Online - Feminin |
Posted: Abaya tampil kelainanOleh SHOLINA OSMAN
BERGAYA dengan baju kurung atau berkebaya sudah menjadi lumrah wanita Melayu sehingga ada kalanya timbul rasa bosan untuk terus memakainya, sekali gus wujud perasaan untuk memilih fesyen lain pula. Justeru, untuk mencari kelainan berfesyen tetapi dengan gaya masih menutup aurat, maka apa salahnya jika memilih jubah. Sekalipun pemakaian jubah atau abaya merupakan tradisi wanita Arab tetapi wanita Melayu juga sesuai untuk mengayakannya, tambahan pula sekarang ini kebanyakan jubah telah diberi 'nafas baru'. Pemilik Izi Collection, Ili Zawani Datuk Ismail berkata, koleksi abaya yang dijualnya didatangkan khas dari Dubai. Bagi Ili Zawani, setakat ini abaya yang dihasilkan oleh pereka dari Dubai memang sukar untuk ditandingi walaupun cuba ditiru oleh pihak lain. ''Kelebihan itu yang menjadikan abaya dari Dubai ada kelasnya yang tersendiri,'' katanya. Selain itu, katanya, kesemua abaya ini didatangkan lengkap dengan tudungnya sekali. Abaya Izi Collection kelihatan menarik kerana ia ditampilkan dengan sulaman dalam warna emas dan juga pelbagai warna lain. Ia juga dihiasi dengan taburan manik dan labuci yang mana gandingan ini menjadikan jubah daripada Izi Collection kelihatan lebih hebat. Selain itu, turut ditawarkan adalah abaya jenis 'butterfly' yang kini sudah menjadi trend memandangkan ia menyerlahkan lagi keanggunan pemakai. Sesiapa yang berminat boleh berkunjung ke Naturalife Solution di No. 32, Jalan Putra Mahkota, 7/8E, Putra Heights, Subang Jaya untuk melihat koleksi ini atau menghubungi talian 03-51911510 atau melayari laman web www.fashionvalet.com. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan