Jumaat, 15 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Menerokai zaman ais purba

Posted:

Menerokai zaman ais purba

Menerokai zaman ais purba

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Kanak-kanak Tabika Kemas terpegun melihat replika makhluk yang telah pupus pada pameran Pengalaman Zaman Ais di Pusat Sains Negara, Gunung Keriang, Kedah. – UTUSAN/Halim Khalid


ALOR SETAR 14 Julai – Pameran yang ditunggu-tunggu ramai. Barangkali itu boleh digambarkan tentang pameran Pengalaman Zaman Ais yang berlangsung di Pusat Sains Negara cawangan Wilayah Utara di sini sejak 5 Jun lalu dan dijangka berakhir 30 November ini.

Lebih menarik apabila pameran yang julung kali diadakan itu membolehkan pengunjung terutama di kalangan pelajar dan kanak-kanak mengembara jauh sehingga ke alam sejuta tahun dahulu.

Pameran ini turut memukau pengunjung apabila mereka berpeluang bertemu haiwan purba termasuk dinosaur, gajah mamot dan hidupan marin zaman purba yang 'dihidupkan' kembali melalui penggunaan teknologi animatronik.

Demikian kelebihan sains yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menambah pengetahuan berkaitan zaman tersebut dan wajar diambil kesempatan oleh orang ramai terutama para pelajar untuk menerokai zaman silam.

Menurut Pengurus Cawangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, Mohamad Nazrin Yahaya, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan pameran tersebut dalam usaha menyalurkan maklumat berhubung zaman ais yang penuh keunikan itu.

"Orang ramai pasti terpesona dengan pameran yang memberikan pandangan yang mengujakan berkisar tentang zaman ais sekitar 1,000,000 tahun dahulu.

"Ia secara tidak langsung menambah pengetahuan mereka tentang zaman Pleistosene itu," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, apa yang lebih istimewa adalah penduduk di negeri ini dan di utara tanah air tidak perlu lagi berjalan jauh sehingga ke ibu kota untuk menyaksikan sendiri pameran seperti itu.

"Pameran ini diharapkan dapat memanfaatkan penduduk. Jadi janganlah ketinggalan untuk menyaksikan sendiri makhluk mega fauna ini," katanya lagi.

Selain dinosaur yang cukup sinonim dengan zaman ais, katanya, turut dipamerkan ialah makhluk mega fauna lain yang telah pupus seperti kucing purba, 'giant ground sloth' dan 'mastodon'.

Dalam pada itu, katanya, pameran itu turut mengujakan 80 kanak-kanak dua buah pusat bimbingan kanak-kanak (Tabika) iaitu Tabika Kemas Kubur Panjang dan Tabika Kemas Padang Terap yang hadir ke pameran itu, baru-baru ini.

Lawatan tersebut adalah inisiatif daripada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang, Suraya Yaacob, demi memberi peluang kepada kumpulan itu menimba pengalaman baru.

Menurut Suraya, lawatan tersebut mendedahkan kanak-kanak terbabit dengan pelbagai maklumat mengenai zaman air.

"Sebelum ini mereka hanya melihat dalam filem dan televisyen serta membacanya dalam buku sahaja tetapi kali ini mereka boleh melihat di depan mata sendiri.

"Suasana pameran juga sangat kondusif. Memberi gambaran tentang zaman tersebut melalui penggunaan teknologi memang cukup berkesan. Jika saya sebagai orang dewasa juga teruja, apatah lagi kanak-kanak," katanya yang turut serta dalam lawatan tersebut.

Kata beliau, pihaknya akan memperbanyakkan lagi aktiviti seumpama itu dalam memastikan kanak-kanak terutama di kawasan luar bandar berpeluang menimba pelbagai bidang ilmu.

Pameran tersebut beroperasi setiap hari Sabtu hingga Khamis bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Bayaran masuk dikenakan adalah RM2 untuk dewasa, kanak-kanak (4 hingga 12 tahun) dan warga emas (60 tahun ke atas) RM1, manakala kanak-kanak berusia di bawah tiga tahun dan orang kurang upaya (OKU) pula percuma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Elak institut memandu naik kos

Posted:

Elak institut memandu naik kos

Elak institut memandu naik kos

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


AHMED Ismail Amin (dua dari kanan) beramah mesra bersama pemenang-pemenang pertandingan penulisan esei keselamatan jalan raya di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/SAZALI CHE DIN


KEPALA BATAS 14 Julai - Kurikulum baru latihan memandu yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi perlu mengambil kira isu kos atau yuran tambahan yang mungkin dikenakan oleh institut atau sekolah memandu.

Bendahari Agung Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Ahmed Ismail Amin berkata, isu itu penting dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan agar pengguna atau mereka yang akan mengikuti kursus pemanduan tidak terbeban.

Menurut Ahmed, sekiranya modul kurikulum memandu itu ditambah pastinya institut memandu juga akan menaikkan kadar bayaran bagi menyerap kos yang terpaksa ditanggung mereka.

"MKJR menyambut baik hasrat kerajaan itu seperti yang diumumkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan tentang kurikulum baru itu yang telah dirombak sejak 2007 namun masih belum dilaskanakan sepenuhnya.

"Namun kita berharap agar perbincangan lanjut dapat dibuat antara JPJ dan pihak industri latihan agar satu jalan penyelesaian dicapai tanpa membebankan pihak institut memandu serta pemandu kereta dan motosikal sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Menulis Esei Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ara Rendang, Pokok Sena di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalah Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Roziah Aziz dan Guru Besar SK Ara Rendang, Abdul Rahman Yahaya.

Tempat pertama pertandingan itu diraih pelajar tahun enam sekolah tersebut, Siti Nur Afiqah Ahmad Sabri, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dirangkul Tan Soon Haw dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kim Seng dan P. Gankesh dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Mertajam.

Dalam pada itu, Ahmed merayu setiap negeri supaya membina litar kekal untuk permainan trafik keselamatan jalan raya agar program pendidikan keselamatan jalan raya itu dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Jelasnya, pertandingan itu mampu dijalankan dengan lebih menyeluruh melalui kerjasama semua pihak agar aspek keselamatan di jalan raya dan arahan lalu lintas diajar sejak usia kanak-kanak lagi.

"Pada masa ini kita ada silibus yang diajar di dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah rendah namun ia tidak berkesan tanpa pelajaran secara praktikal jadi pertandingan itu adalah satu cara terbaik membentuk sikap pelajar.

"Kami amat berterima kasih kepada pihak Shell dan Petronas yang berterusan memberi sokongan dan menaja pertandingan ini yang dianjurkan bersama Jabatan Pelajaran Negeri," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program pulihara alam sekitar perlu dilaksana bersungguh-sungguh - Raja Dr. Nazrin Shah

Posted:

Program pulihara alam sekitar perlu dilaksana bersungguh-sungguh - Raja Dr. Nazrin Shah

Program pulihara alam sekitar perlu dilaksana bersungguh-sungguh - Raja Dr. Nazrin Shah


RAJA Dr. Nazrin Shah menerima zakat perniagaan LAP sebanyak RM4,798,927 dan zakat perniagaan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak berjumlah RM2,347,205 daripada Dr. Zambry Abd. Kadir di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.


IPOH 14 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah setiap program pemuliharaan alam sekitar mesti dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan bukan sekadar retorik semata-mata.

Baginda bertitah, program seumpama itu tidak boleh lagi ditangguh tetapi dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta komitmen tinggi.

''Setiap rancangan pembangunan yang diluluskan dan setiap pembangunan yang dilaksanakan wajib memberi keutamaan terhadap pemuliharaan alam sekitar.

''Segala langkah yang dapat membantu mengatasi pencemaran wajib diperkenalkan dan dilaksanakan secara serius dan bersungguh-sungguh.

''Selain perlu dipertingkatkan, program kesedaran mengenai alam sekitar perlu dilakukan bukan bermusim malah hendaklah ditegaskan sepanjang masa," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Persidangan Ke-176 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Rahman Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIAMPk, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.

Raja Nazrin bertitah, para pemimpin negara dan penjawat awam mempunyai tanggungjawab besar memastikan kuasa yang telah diamanahkan digunakan secara saksama supaya tidak mendatangkan penderitaan kepada alam dan kehidupan.

Titah baginda lagi, barisan pemimpin agama juga perlu berperanan aktif mengingatkan manusia akan pentingnya dipelihara alam sekitar dan memperkenalkan pelbagai langkah yang dapat membantu memelihara alam sekitar.

Baginda bertitah, setiap warga sebenarnya mempunyai peranan dalam menjamin kelestarian alam sekitar, tidak kira sekecil mana peranan itu.

''Hari ini terdapat 623 masjid dan 2003 surau serta 244 sekolah menengah dan 850 sekolah rendah di negeri Perak.

''Jika setiap masjid, surau dan sekolah mula mengambil langkah pertama menanam sebatang pokok di kawasan masing-masing, pada minggu hadapan negeri Perak akan mempunyai 3,720 pokok tambahan, yang akan membantu memberikan teduhan, membantu mengurangkan suhu kepanasan, juga membantu menambahkan bekalan oksigen," titah baginda.

Terdahulu, Raja Nazrin turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan tanaman bagi 2010 daripada Lembaga Air Perak berjumlah RM4.798 juta, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak sebanyak RM2.347 juta dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak, bernilai RM913,000.

Turut menyerahkan zakat adalah Felcra Berhad Wilayah Perak sebanyak RM798,678, Maybank Islamic Berhad sebanyak RM400,000 dan Tabung Haji Travel bernilai RM150,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved