Jumaat, 15 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bongkar keburukan pembangkang

Posted:

Bongkar keburukan pembangkang

Bongkar keburukan pembangkang

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


ADNAN Yaakob mencatat masalah yang diceritakan oleh salah seorang penduduk DUN Pelangai di Dewan Komuniti Kampung Baris, Simpang Pelangai, Bentong, kelmarin. - UTUSAN/ALI MAHMOOD


BENTONG 15 Julai - UMNO Pahang akan membongkar dan mendedahkan segala keburukan pembangkang kepada rakyat dalam siri turun padang parti itu ke seluruh negeri ini tidak lama lagi.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, UMNO sedang mengumpul pelbagai maklumat untuk didedahkan supaya rakyat mengetahui dan menilai keburukan pembangkang.

Tegasnya, parti itu tidak gentar menghadapi saman di mahkamah kerana pendedahan yang bakal dilakukan bukan fitnah terhadap pemimpin pembangkang.

"UMNO tidak lagi boleh berdiam diri terhadap tuduhan dan fitnah pembangkang selama ini, malah ia perlu dijawab serta didedahkan segala keburukan dan kepincangan supaya rakyat mengetahui siapa sebenarnya pembangkang.

"Kalau berdiam diri, kita bimbang rakyat terpengaruh dan mempercayai fitnah tersebut serta melalui pendedahan itu, rakyat menilai sendiri kedudukan pemimpin pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 900 orang kurang berkemampuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sempena program Ihya Ramadan di Dewan Komuniti Kampung Baris, Simpang Pelangai dekat sini, semalam.

Adnan yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berkata, pihaknya mempunyai anggota yang ramai termasuk pakar politik, pensyarah dan undang-undang bagi mendedahkan keburukan pembangkang.

Katanya, antara fitnah yang dilemparkan pembangkang ialah kerajaan negeri bankrap.

"Jika bankrap sudah tentu kerajaan negeri tidak lagi melaksanakan pembangunan untuk rakyat termasuk pemberian pelbagai bantuan kepada golongan sasaran seperti orang miskin dan pelajar.

"Kerajaan negeri melalui Yayasan Pahang membelanjakan RM60 juta setahun bagi dana kemiskinan dan pelajaran yang memberi manfaat kepada ribuan golongan sasar," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JAIP latih Orang Asli jadi imam

Posted:

JAIP latih Orang Asli jadi imam

JAIP latih Orang Asli jadi imam


Seramai 18 peserta Orang Asli yang berjaya mengikuti program Imam Muda saudara baru di Kuantan, kelmarin. - BERNAMA


KUANTAN 15 Julai - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memperkenalkan program Imam Mudanya sendiri bagi melatih masyarakat Orang Asli menjadi imam di kawasan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIP, Sharafuddin Aisa Othman berkata, program dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) itu bertujuan melengkap dan mengukuhkan ilmu mengenai Islam kepada peserta yang terpilih bagi membolehkan mereka menjadi seorang imam.

"Program ini lebih kepada pengukuhan ilmu supaya mereka lebih faham dan berkeyakinan untuk menjadi imam selain dapat melaksanakan dakwah di tempat masing-masing," katanya ketika berucap pada majlis penutup program Imam Muda di sini, semalam.

Seramai 18 peserta berusia 10 hingga 61 tahun menyertai program selama tiga hari tersebut sebelum mereka yang dikenalpasti akan diberikan latihan lanjut bagi ditauliahkan sebagai imam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

86 kedai makan sertai Menu Rakyat 1Malaysia

Posted:

86 kedai makan sertai Menu Rakyat 1Malaysia

86 kedai makan sertai Menu Rakyat 1Malaysia

KUANTAN 15 Julai - Sebanyak 86 premis makanan di negeri ini mengambil bahagian dalam program menu Rakyat 1Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang bermula semalam.

Dengan harga serendah RM2, orang ramai berpeluang menikmati sarapan pagi iaitu mihun goreng dan secawan teh di premis terbabit.

Orang ramai juga dapat menikmati makanan tengah hari dengan harga RM4 meliputi nasi, ikan, sayur dan sirap atau teh O ais.

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, premis-premis yang terlibat dalam program itu ialah 43 buah di Kuantan, masing-masing 13 di Temerloh dan Jerantut, Raub (lapan), Rompin (lima) dan Bera (empat).

Menurutnya, pakej itu diperkenalkan sebagai salah satu langkah meringankan perbelanjaan harian orang ramai.

"Ini sebagai tanggungjawab sosial pengusaha kedai makan terhadap pelanggan dan program ini terbuka kepada semua pengusaha makanan yang berminat.

"Selain pengumuman di laman web kita, pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai program dan premis yang terbabit menerusi pengedaran risalah," katanya kepada pemberita selepas perasmian program itu di medan selera Pasar Besar Kuantan di sini, semalam.

Sebanyak sembilan premis makanan di medan selera tersebut menyertai program menu Rakyat 1Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved