Jumaat, 15 Julai 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Restu keluarga tangga kejayaan

Posted:

Restu keluarga tangga kejayaan

Restu keluarga tangga kejayaan

rekreasi@utusan.com.my.
Gambar WAHIDAH ZAINAL


CHEF Eksekutif, Loh Chon Hor meluangkan masa bersama keluarga dengan masak bersama-sama ketika waktu terluang.


Kegagalan ibu bapa dalam memperlengkapkan diri dengan elemen-elemen yang sepatutnya ada padanya merupakan punca sebenar kegagalan membentuk generasi yang bukan sahaja berilmu bahkan berakhlak mulia.

Pendek kata, ibu bapa harus menjadi cermin ikutan dan contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka dalam apa jua situasi.

Demikianlah juga dengan kisah kehidupan, Chef Eksekutif Loh Chon Hor dari Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.

Berkongsi pengalaman beliau bersama pembaca S3, ibu bapanya banyak mengajar beliau mengenai erti sebuah kehidupan.

"Semasa mula bekerja di hotel, kedua-dua ibu bapa saya tidak suka dengan kerjaya saya dan saya selalu kena marah.

"Mana tidaknya, saya masuk kerja ketika matahari terbit dan pulang lewat malam," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Berasal dari Ipoh, Perak, Chon Hor berkata, bertugas pada musim perayaan merupakan perkara biasa bagi kakitangan di hotel lima bintang.

"Saya pernah bertugas ketika musim perayaan Tahun Baru Cina bukan sekali dua.

"Oleh kerana sering kali tidak berpeluang bersama keluarga ketika musim perayaan, bapa saya pernah mencari kerja baru untuk saya.

"Tapi sayangnya kerja tersebut telah ditawarkan kepada orang lain dan saya terpaksa pulang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja lain," jelasnya.

Ketika kembali semula ke Kuala Lumpur, bapanya semakin memahami minatnya dalam bidang masakan dan beliau memberi dorongan kepadanya.

Chon Hor mula serius dalam bidang ini sejak tahun 1985 dan tugasan pertama beliau ialah sebagai pembantu chef kepada seorang chef masakan Cina yang berasal dari Hong Kong.

"Zaman dahulu tidak ada sekolah yang menawarkan kursus kulinari jadi saya mula bekerja tanpa adanya sebarang sijil ataupun diploma.

"Malah saya tidak tahu apa-apa pun mengenai masakan dan kerja saya hanya untuk membantu chef tersebut menyimpan sayur serta bahan-bahan masakan yang digunakannya selain membasuh pinggan.

"Chef itupun tidak pernah mengajar saya dan dia amat lokek dengan ilmu dan kebolehan masakan yang ada padanya sehingga resipi masakan yang biasanya ditampal di bahagian dapur, disimpannya di dalam poket dan hanya boleh dilihat olehnya sendiri," ujarnya.

Menurutnya, untuk meningkatkan kebolehan beliau dalam bidang masakan, Chon Hor mempelajari cara-cara memasak secara meniru gaya masakan chef tersebut.

Malah Chon Hor juga sanggup mengutip kembali kertas resipi yang dibuang ke dalam tong sampah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan.

Tambahnya, pada hujung minggu, Chon Hor akan meluahkan masa bersama keluarga.

"Saya selalu ke pasar untuk membeli barang masakan pada hujung minggu dan bila di rumah saya akan ajak isteri dan anak-anak untuk masak bersama.

"Kami sekeluarga akan melakukan beberapa uji kaji dalam masakan dan selalunya kami akan masak sesuatu berdasarkan buku resipi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Takut hadapi SPM

Posted:

Takut hadapi SPM

Takut hadapi SPM

Puan,
BAGAIMANAKAH cara terbaik bagi mengatasi masalah tidak bersedia dan bertangguh menjelang peperiksaan. Saya bakal menduduki SPM tidak lama lagi. Masalahnya walaupun terbit rasa ragu, bimbang dan takut, saya berasa seolah-olah tidak ada apa-apa, padahal memang agak tertekan jika mengingatkan subjek yang perlu diulangkaji. Mohon tip agar saya lebih bermotivasi, yakin diri dan fokus menghadapi peperiksaan ini.

Shahir, Melaka

TERIMA kasih atas kiriman e-mel dan pertanyaan daripada adik Shahir. Memang agak tertekan menjelang peperiksaan penting sebegini, apatah lagi ia turut membentuk hala tuju alam pengajian di peringkat seterusnya. Cara terbaik untuk mengatasi cabaran adalah Shahir sendiri harus berani melihat ke dalam diri. Selain membina fokus kepada peperiksaan ini adalah lebih bijaksana jika Shahir mampu menarik perhatian kepada potensi dan juga kekuatan diri dalam mengatasi cabaran.

Selain daripada terlalu memikirkan kebimbangan dan terus tenggelam dalam sikap suka bertangguh tanpa bertindak apa-apa, langkah pertama adalah bertindak dengan kelebihan diri yang ada.

Shahir harus punya rasa amanah dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Membiarkan keadaan dan tekanan menguasai diri tidak akan membawa ke mana, hanya ibarat mensabotaj diri sendiri. Tiada siapa yang boleh membantu Shahir jika Shahir sendiri tidak membantu diri Shahir untuk lebih berjaya. Kuatkan azam, sematkan tekad dan zahirkan ia menerusi tindakan, juga gerak kerja seharian sebagai pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting.

Aturkan masa dan susun semula jadual harian mengikut perancangan dan keutamaan, yang mana kurang berfaedah mahupun tidak berfaedah seperti berada di meja laptop terlalu lama bermain Facebook, games, melayari Internet yang kurang menyumbang kepada pengkayaan ilmu dan pengetahuan peperiksaan sewajarnya dikurangkan.

Ia amat penting dalam membina fokus. Tanpa sedar unsur-unsur inilah yang akan melunturkan motivasi, fokus dan keyakinan untuk menempa kejayaan. Dalam meletakkan sasaran mahupun matlamat, lakukanlah dengan jujur hati agar ia mampu diraih dalam ruang lingkup kemampuan diri.

Beri sedikit cabaran agar secara tidak langsung Shahir punya motivasi diri untuk keluar dari kepompong selesa dan berusaha lebih bersungguh-sungguh. Hakikatnya kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha, pengorbanan dan sabar.

Sebagai Muslim bergantung harap dan berdoalah dengan penuh yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar. Hampir selalu kepada-Nya kerana Dialah pentadbir hebat dan pemilik segala kejayaan di dunia ini.

Bukan itu sahaja tetapi yang lebih penting di sini apabila kita dekat dan hampir selalu kepada Allah, hati akan menjadi tenang. Sesungguhnya di sebalik rahsia tenang inilah fokus mampu terbina dan usaha mampu diberikan lebih baik lagi, insya-Allah.

Harapan saya semoga dengan tip ini, Shahir akan lebih yakin, amanah dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

Semoga Shahir akan lebih yakin, fokus, disiplin dan istiqamah selepas ini. Selamat Maju Jaya dari saya!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved