Utusan Online - Mahkamah |
Bukan dibunuh, bukan bunuh diri Posted: Bukan dibunuh, bukan bunuh diriOleh SITI NOORALINA AHMAD KUALA LUMPUR 15 Julai - Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed didakwa tidak membunuh diri dan tidak dibunuh, sebaliknya terjatuh ketika hendak keluar secara senyap menerusi tingkap di tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan. Itulah kesimpulan yang dibuat oleh pegawai penyiasat tempat kejadian jenayah (CSI), Deputi Supritendan Polis (DSP) Sharul Othman Mansor berhubung misteri kematian Ahmad Sarbaini di pejabat SPRM yang terletak di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu. Saksi dari Makmal Forensik Bukit Aman itu dipanggil semula ke Mahkamah Koroner hari ini bagi mendapatkan keterangan berhubung penemuan siasatannya. Menurut Sharul, tiada sebarang pergelutan berlaku sebelum Ahmad Sarbaini terjatuh, kerana melalui pemeriksaan kasar, tiada kecederaan ditemui pada mayatnya, hanya luka kecil di dahi dan banyak darah keluar dari hidung serta telinga lelaki itu. ''Jika ada pergelutan, tanda kotoran di pantri mungkin lebih banyak seperti cap jari, tapak kasut, kesan koyakan pada baju atau butang tercabut. ''Saya bersetuju jam yang dipakai Ahmad Sarbaini tercabut adalah perkara biasa bagi orang yang mati akibat jatuh dari tempat tinggi,'' katanya ketika disoal oleh peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah. Saksi itu yang kerap mengendalikan kes mangsa jatuh dari tempat tinggi juga percaya, Ahmad Sarbaini keluar dari tingkap secara senyap dan perlahan-lahan kerana tidak mahu diketahui oleh sesiapa. ''Saya percaya dia tidak keluar dalam keadaan tergesa-gesa, tingkap di sebelah kiri dipilih kerana ia paling dekat dengan bumbung dan sinki di sebelah tingkap itu diperlukan sebagai tempat bertenggek. ''Saya bersetuju berdasarkan saiz badan Allahyarham, dia boleh keluar menerusi tingkap tersebut dan tingkap paling kiri dipilih kerana ia paling hampir dengan bumbung,'' katanya lagi. Menurutnya, pendapat itu diberikannya berikutan kedudukan mayat di gelanggang badminton dengan bucu tingkap di Aras 3 bangunan itu lebih kurang satu meter. Prosiding inkues menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor yang meninggal dunia di gelanggang badminton di pejabat SPRM itu masuk hari ke-10 hari ini. Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa secara menyeluruh, cara Ahmad Sarbaini jatuh adalah konsisten dengan jatuhnya seseorang dari tempat yang tinggi. Peguam yang mewakili keluarga lelaki itu, Awtar Singh pula mempersoalkan sekiranya Ahmad Sarbaini jatuh dengan kakinya dahulu, sepatutnya mayatnya terlentang dan bukan tertiarap seperti kejadian itu. Menurut Sharul, dia percaya sebelum terjatuh, badan Ahmad Sarbaini menghadap ke pantri, kemudian jatuh dengan kaki dahulu dan seterusnya terhempap ke depan. Katanya lagi, kesan putih di kepala tali pinggang Ahmad Sarbaini adalah sama dengan kesan cat di kaki lima tingkap di Aras 3 yang berukuran empat sentimeter. Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Rashid mengenai sarung telefon bimbit di pinggang seluar Ahmad Sarbaini yang tiada kesan putih, Sharul menjelaskan, ia dipakai di sebelah kiri pinggang dan bukannya di hadapan seperti kedudukan kepala tali pinggangnya. Terdahulu, Ketua unit Alkohol dan Toksikologi Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Sukri Hassan mengesahkan tiada kandungan dadah, racun atau racun perosak ditemui di dalam usus perut lelaki tersebut. Setakat 10 hari prosiding inkues itu berjalan sejak 4 Julai lalu, 27 saksi telah selesai memberikan keterangan. Prosiding di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung 2 Ogos ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Raja Azmi janji akan lebih berhati-hati Posted: Raja Azmi janji akan lebih berhati-hatiOleh KHADIJAH IBRAHIM KUALA LUMPUR 15 Julai - Penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 52, yang ditahan kali kedua berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang agar kejadian serupa tidak berulang lagi. Raja Azmi yang ditahan semalam kerana gagal menghadirkan diri dalam perbicaraan di mahkamah berkata, beliau serik dengan kejadian itu dan akan lebih serius dengan setiap arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah. "Kak Mi tidak tahu nak cakap apa lagi. Bukan Kak Mi sengaja buat hal, apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal. Sijil cuti sakit (MC) telah diserah awal cuma tidak sampai ke tangan hakim. "Lain kali, kalau terpaksa merangkak sekalipun Kak Mi akan pergi juga (ke mahkamah) kerana Kak Mi tidak mahu kejadian ditangkap berulang lagi," katanya yang membahasakan dirinya Kak Mi ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Bagaimanapun penerbit filem '...Dalam Botol' itu berkata, beliau tidak malu untuk berhadapan dengan orang ramai walaupun ditangkap lagi kerana gagal hadir perbicaraan. Beliau yang membayar wang jaminan sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin selepas ditangkap semalam di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Kelang dekat sini berkata, setiap yang berlaku ada hikmah. Kali pertama Raja Azmi ditangkap pada 19 Ogos tahun lalu di Balai Polis Pandan Indah, Ampang Jaya selepas beberapa kali tidak hadir ke perbicaraan membabitkan dirinya, suami, Jalani Sidek dan syarikat mereka, Equal Alliance Sdn. Bhd. Katanya, setiap apa yang berlaku semuanya ada hikmah dan beliau beruntung kerana sentiasa mendapat sokongan keluarga dan suami tercinta yang sentiasa berada di sisinya. "Alhamdulillah, setakat ini keluarga sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada Kak Mi kerana mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku. "Orang luar boleh membuat pelbagai anggapan tapi Kak Mi tidak kesal kerana ini jalan hidup yang Kak Mi pilih, sebagai orang seni. Jadi Kak Mi sedia maklum setiap apa yang berlaku akan menjadi perbualan umum," katanya tenang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan