Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Minta PBB naik taraf PalestinRAMALLAH 15 Julai - Liga Arab akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menaikkan taraf Palestin sebagai anggota penuh badan dunia itu. Rancangan Liga Arab itu dinyatakan dalam satu draf kenyataan yang dihasilkan pada mesyuarat liga itu di Qatar, semalam. "Keputusan diambil untuk memohon PBB mengiktiraf negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan menaikkan tarafnya sebagai anggota penuh," menurut kenyataan itu yang diterima oleh Reuters. Kenyataan itu tidak memberikan tarikh untuk berbuat demikian tetapi pegawai Palestin sebelum ini berkata, mereka mahu permohonan dibuat sebelum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada September ini. Menurut seorang anggota delegasi Palestin, Liga Arab telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menetapkan tarikh untuk berbuat demikian. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam ucapannya lewat semalam mengecam langkah unilateral itu. Status anggota penuh dalam PBB akan memerlukan kelulusan Majlis Keselamatan, di mana sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat (AS) awal- awal lagi sudah menyatakan akan menggunakan kuasa vetonya untuk menolak resolusi itu. Palestin yang buat masa ini yang mempunyai status sebagai 'pemerhati' dalam PBB telah bertekad untuk meminta badan dunia itu pada September ini mengiktiraf kedaulatan mereka di wilayah yang meliputi Genting Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. Langkah itu semakin mendapat momentum disebabkan ketiadaan kemajuan dalam rundingan damai Israel-Palestin dan Liga Arab dengan rasmi menyokong rancangan tersebut pada Mei lepas. Penganalisis Palestin, Talal Okal berkata, Liga Arab dan Palestin menyedari halangan yang mereka hadapi, termasuk veto AS, tetapi tetap memilih untuk meneruskan rancangan itu kerana dengan pembekuan rundingan damai, mereka tidak nampak sebarang penyelesaian diplomatik yang lain. - Reuters | ||
Israel bedil Gaza, 4 penduduk Palestin cedera Posted: Israel bedil Gaza, 4 penduduk Palestin cedera
GAZA CITY 15 Julai - Jet pejuang Israel menyerang Genting Gaza lewat petang semalam sebanyak tiga kali mengakibatkan sekurang-kurangnya empat penduduk Palestin cedera. Serangan itu merupakan lanjutan serangan yang telah tercetus sejak beberapa hari lalu. Pegawai keselamatan dan saksi menyatakan jet Israel membedil tiga lokasi; dua di Gaza City dan yang ketiga di Khan Younis jauh di selatan. Israel mendakwa kawasan-kawasan tersebut digunakan oleh Hamas dan kumpulan militan Palestin. Sementara itu, pejuang Palestin melancarkan lima roket ke selatan Israel dari Gaza. Malam Rabu lalu, jet pejuang Israel menyerang tiga terowong, dua daripadanya didakwa digunakan untuk menyeludup barangan ke selatan Gaza dan sebuah lagi digunakan untuk aktiviti pengganas di utara Palestin. "Terowong-terowong itu menjadi sasaran Israel sebagai tindakan balas ekoran serangan roket Palestin di selatan Israel sebelum itu," kata tentera Israel. Pegawai perubatan di Palestin melaporkan lima orang cedera dalam serangan tersebut dan dua lagi dilaporkan hilang. Selasa lalu, Israel melancarkan serangan udara ke kawasan yang digelar tentera Israel sebagai pusat pembuatan senjata di utara Gaza dan seorang wanita dilaporkan cedera dalam kejadian itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan