Utusan Online - Politik |
Bersih, pembangkang langgar hak asasi majoriti rakyat Posted: Bersih, pembangkang langgar hak asasi majoriti rakyatSHAH ALAM 15 Julai - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) menyelar pembangkang yang cuba berselindung di sebalik hak asasi manusia untuk memburuk-burukkan imej polis dalam menguatkuasakan undang-undang termasuk menahan penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu. Naib Pengerusi MAYC, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana mempergunakan hak asasi manusia untuk 'menghalalkan' perbuatan mereka melanggar undang-undang dan mencetuskan kekacauan. Katanya, sekiranya pihak pembangkang sama ada PKR, DAP atau Pas mahu membicarakan soal hak asasi manusia, mereka seharusnya melihat secara menyeluruh terutamanya kepada majoriti rakyat yang menentang perhimpunan Bersih itu. "Mereka (pembangkang) mempersoalkan tindakan polis terhadap penyokong Bersih atas nama hak asasi manusia. Bagaimana pula dengan majoriti rakyat yang menentang perhimpunan haram itu, apakah mereka tidak mempunyai hak asasi? "Majoriti rakyat yang menentang perhimpunan Bersih juga mempunyai hak asasi mereka sendiri untuk bergerak bebas, hak untuk hidup dalam aman tanpa kekacauan dan sebagainya. "Jika demikian, saya melihat Bersih dan para pemimpin pakatan pembangkang sebenarnya telah melanggar hak asasi majoriti rakyat negara ini apabila menganjur serta menyertai perhimpunan haram berkenaan dengan niat untuk mencetuskan huru-hara dan kekacauan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada 10 Julai lalu, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dalam satu kenyataan disiarkan sebuah portal berita mengkritik tindakan polis yang didakwanya bertindak kasar ketika menyuraikan perhimpunan haram itu dan meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengadakan siasatan berhubung dakwaan tersebut. Mengulas perkara tersebut, Budiman juga meminta Suhakam agar mengadakan siasatan terhadap pencabulan yang dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu selain pemimpin pakatan pembangkang terhadap hak asasi majoriti rakyat yang tidak menyokong Bersih tetapi menerima kesan akibat penganjuran perhimpunan haram yang diadakan Sabtu lalu. Katanya, sebagai sebuah suruhanjaya, Suhakam perlu bersikap bebas dalam soal menegakkan hak asasi manusia di negara ini dan tidak hanya menumpukan kepada dakwaan yang dibuat oleh penganjur dan penyokong Bersih semata-mata. "Saya ambil contoh, berapa banyak hak asasi majoriti rakyat yang tidak menyokong Bersih ini dicabuli akibat tindakan Bersih dan para pemimpin pakatan pembangkang yang mengadakan perhimpunan haram jalanan di ibu kota. Perkara ini perlu diteliti oleh Suhakam," ujarnya. Mengulas dakwaan kononnya polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam Hospital Tung Shin, kata Budiman, pihak pengurusan hospital sendiri telah menafikan dakwaan itu. Bagaimanapun, beliau menyarankan supaya Suhakam menyiasat apakah niat dan tujuan sebenar penyokong Bersih berada di pekarangan hospital berkenaan ketika hari perhimpunan haram tersebut berlangsung. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: Pemuda UMNO jumpa SPRKUANTAN 15 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu depan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai sistem pilihan raya di negara ini. "Pertemuan itu akan membincangkan beberapa perkara bagi melakukan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya yang dilaksanakan SPR," kata ketuanya, Khairy Jamaluddin, kepada pemberita selepas melawat Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. Menurut Khairy, Pemuda UMNO akan mengemukakan beberapa cadangan supaya perjalanan pilihan raya lebih sistematik dan berkesan. ''Kita akan mengemukakan beberapa isu termasuk mengenai peti undi yang dipindahkan dari satu kawasan ke kawasan lain untuk menambah bilangan undi sebagaimana dikatakan berlaku pada pilihan raya lalu," katanya. Beliau berkata, segala maklumat yang diberikan oleh SPR akan disampaikan kepada ahli Pemuda UMNO supaya mereka mendapat gambaran jelas mengenai perjalanan sistem pilihan raya yang dilaksanakan ketika ini. Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan haram Sabtu lalu jika dibiarkan boleh menjejaskan ketenteraman negara. ''Tindakan penganjur Bersih itu tidak perlu kerana SPR selama ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja untuk mengadakan perbincangan berkaitan sistem pilihan raya," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan