Utusan Online - Johor |
Posted: 681 mangsa banjir dibantuOleh HANIZA HASSAN
JOHOR BAHRU 14 Julai – Sebanyak 681 keluarga dari lima kawasan Parlimen di Johor yang menjadi mangsa banjir Januari lalu hari ini menerima bantuan berupa wang tunai sebanyak RM500 daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sumbangan kepada semua penerima disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk. Turut hadir ADUN Permas, Datuk M. Munusamy. Menurut Penolong Setiausaha Keselamatan Negeri, Siti Zubaidah Abu Bakar, penerima sumbangan itu terdiri daripada mangsa banjir di lima kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulaijaya, Pasir Gudang, Gelang Patah dan Tebrau. "Keseluruhan sumbangan yang diberikan sebanyak RM340,500. Pemberian sumbangan kali ini adalah fasa kedua dengan melibatkan mereka yang namanya tercicir dan tidak hadir pada penyerahan kali pertama Mei lalu. "Kami harap sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka yang terlibat dalam banjir yang melanda sebahagian negeri ini awal Januari lalu," katanya semasa ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan itu di Dewan Johor Jaya, di sini. Siti Zubaidah berkata, keseluruhan penerima sumbangan pada fasa pertama dan kedua di lima kawasan Parlimen tersebut berjumlah 3,000 orang. Sementara itu, Cher Puk memberitahu, daripada jumlah penerima hari ini, kawasan Parlimen Pasir Gudang mencatatkan bilangan mangsa yang paling ramai iaitu 489 orang. Bagaimanapun, angka tersebut berkurangan jika dibandingkan dengan kejadian banjir yang melanda negeri ini pada 2006 yang melibatkan lebih 2,000 mangsa. "Penurunan ini salah satunya disebabkan projek mendalamkan Sungai Tebrau dan Plentong yang telah dilaksanakan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Dua warga emas ditinggal keluarga Posted: Dua warga emas ditinggal keluarga
JOHOR BAHRU 14 Julai - Sudahlah tua dan nyanyuk, ditinggalkan pula ahli keluarga sendiri. Itu yang berlaku kepada sepasang warga emas yang tiada pertalian saudara. Mereka ditinggalkan keluarga masing-masing di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah perhentian bas dan kedai kopi di Taman Ungku Tun Aminah di sini, baru-baru ini. Ekoran itu, kedua-duanya, Ng Kok Ting, 72, dan Woon Sang Chew, 56, yang sihat tubuh badan tanpa sebarang tanda-tanda cacat, kini ditempatkan di Pusat Jagaan Orang Tua Ceria. Kok Ting dipercayai dihantar sendiri oleh ahli keluarganya dengan menaiki teksi sebelum ditinggalkan seharian di sebuah kedai kopi sebelum pemilik premis menghubungi pusat jagaan itu bagi tindakan lanjut. Sang Chew pula ditinggalkan di sebuah perhentian bas di taman perumahan berkenaan sebelum orang awam yang melihatnya mundar-mandir di situ menghubungi pusat jagaan terbabit. Salah seorang pekerja pusat jagaan itu, Ng Chee Lim berkata, pihaknya telah berusaha untuk mengesan ahli keluarga kedua-dua warga emas itu berpandukan maklumat yang diperoleh daripada Kok Ting dan Sang Chew. "Ingatan mereka pun tidak baik dan sebab itu jawapan diterima berbeza-beza dan itu menyukarkan kami mengesan ahli keluarga mereka," katanya pada sidang akhbar yang diadakan oleh Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh di sini, semalam. Menurut Sang Chew yang kematian dua anak dan suami, dia mahu mencari ibunya, Chong Chin You yang kini berusia dalam lingkungan 70-an dan dipercayai berada sama ada di Kota Tinggi, Kulaijaya atau Mersing. "Saya diserahkan kepada keluarga angkat sejak berumur tiga tahun kerana keluarga saya orang susah dan adik-beradik pun ramai. Saya masih ingat semasa umur belasan tahun ada bertemu dengan emak sekali sahaja dan kemudian hubungan terputus. "Saya berharap dapat bertemu emak kerana saya ingin meminta maaf kepadanya, begitu juga adik-adik saya yang lain," ujarnya yang merupakan anak sulung daripada 13 beradik. Sehubungan itu, Jason meminta ahli keluarga kedua-dua warga emas itu atau orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat supaya menghubunginya di talian 019-7111516 atau pusat jagaan tersebut di talian 012-7079191. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan