Isnin, 25 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


100 hektar sawah padi musnah

Posted:

100 hektar sawah padi musnah

100 hektar sawah padi musnah

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Yusuf Hamat menunjukkan tanaman padi yang musnah akibat serangan serangga kutu beruang di bendang Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.


PASIR PUTEH 24 Julai - Seramai 51 petani di Gong Kulim dekat sini mendakwa kerugian ribuan ringgit akibat serangan kutu beruang yang telah memusnahkan lebih 100 hektar tanaman padi mereka sejak seminggu lalu.

Wakil petani terbabit, Yusuf Hamat, 55, mendakwa serangan kutu itu yang nama saintifiknya 'Scotinophora coarctata' menyebabkan kira-kira 70 peratus tanaman padi yang hampir matang, musnah begitu sahaja.

Malah, dia yang mengusahakan sawah lebih lima hektar mendakwa kerugian RM6,000 membabitkan kos sewa bendang, racun, minyak untuk pam air dan upah membajak.

"Pokok-pokok padi menjadi 'hangus' walaupun kami melakukan pelbagai usaha termasuk lebih 10 kali menggunakan racun serangga perosak," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yusuf mendakwa, kegagalan sistem pengairan di sawah menyebabkan kutu bersarang pada batang padi dan sukar dikawal dengan racun serangga.

Seorang petani, Abdul Rahman Awang Noh, 47, mendakwa, dia mampu memperoleh purata hasil sebanyak RM4,300 untuk setiap hektar sawah sekiranya tidak berlaku serangan makhluk perosak itu.

Dia yang mengusahakan tanaman padi jenis MR220/219 seluas enam hektar sebagai sumber pendapatan keluarga selepas berhenti menanam tembakau memberitahu, ini kali kedua masalah itu berlaku dan perlu diatasi segera bagi mengelak petani kerugian besar.

Zakaria Deris, 60, yang mengusahakan 15 hektar sawah pula berkata, dia sekeluarga akan menghadapi masalah kewangan kerana serangan kutu itu menyebabkannya kehilangan pendapatan lebih RM20,000.

"Kami tidak tahu lagi bagaimana hendak mencari sumber pendapatan lain selain memerlukan modal untuk tanaman akan datang, begitu juga kewangan untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kelak," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Kemasin Semerak (IADA), Zawawi Othman berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan segera sebanyak RM51 juta daripada Kerajaan Pusat bagi pembinaan sistem perparitan di kawasan bendang berkenaan.

Beliau turut meminta kerajaan negeri membantu petani terbabit dan tidak melepaskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut kepada Kerajaan Pusat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Awas amil palsu, bayar zakat kepada wakil MAIDAM sahaja

Posted:

Awas amil palsu, bayar zakat kepada wakil MAIDAM sahaja

Awas amil palsu, bayar zakat kepada wakil MAIDAM sahaja

KUALA TERENGGANU 24 Julai - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu memandang serius perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai amil untuk mengutip fitrah dan zakat harta.

Perbuatan itu yang dipercayai didalangi sindiket tertentu dikesan berlaku di negeri ini sejak beberapa tahun kebelakangan terutama semasa bulan puasa.

Pengerusi MAIDAM, Datuk Senara Muda Mazlan Hashim berkata, lebih serius lagi, pungutan oleh 'amil haram' itu dilakukan membabitkan zakat harta dengan tujuan mengaut 'untung' berganda.

"Kita ada menerima maklumat mengenai kejadian itu dan kita percaya ada sindiket terlibat, kemungkinan dari luar Terengganu," katanya pada sidang akhbar mengenai penetapan kadar fitrah bagi Terengganu 2011 di pejabatnya di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman.

Mazlan berkata, umat Islam di negeri ini hanya dibenarkan membayar fitrah dan zakat harta kepada amil-amil yang dilantik oleh MAIDAM.

"Adalah menjadi kesalahan jika ada mana-mana orang Islam di negeri ini membayar fitrah dan zakat harta kepada pihak lain, hanya kepada MAIDAM dan wakilnya sahaja dibenarkan," jelasnya.

Beliau menegaskan, perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2001 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, jika sabit kesalahan.

Menurut Mazlan, MAIDAM telah melantik 1,200 amil di setiap masjid serta surau di negeri ini untuk mengutip fitrah dan zakat harta serta bayaran juga boleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk pelanggan Celcom dan Maxis.

"Umat Islam juga boleh menunaikan fitrah di kaunter bayaran zakat MAIDAM dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang dari Ahad hingga Rabu dan pada Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

"Mulai 19 hingga 29 Ogos pula, kaunter bayaran zakat dibuka tujuh hari seminggu di semua kaunter MAIDAM bermula pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang," ujarnya.

Dalam pada itu, Mazlan turut mengumumkan kadar fitrah di negeri ini pada RM8, RM7 serta RM5 dan ia menyamai kadar yang dikenakan tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penanam tembikai bakal terima RM300,000

Posted:

Penanam tembikai bakal terima RM300,000

Penanam tembikai bakal terima RM300,000


Mohd. Ramli Mohd. Noor bersama beberapa petani melihat buah tembikai di Ladang Projek D' Raja Banggol, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 24 Julai - Seramai 31 peserta ladang kontrak tanaman tembikai wangi dan biasa di Projek Diraja Banggol di sini dijangka berkongsi hasil melebihi RM300,000 pada musim kedua tuaian bermula bulan depan.

Pengurus Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kota Bharu, Mohd. Ramli Mohd. Noor berkata, sebanyak 300 tan metrik tembikai biasa dan wangi dijangka dapat dituai dan dijual kepada umum.

"Kita jangka sebanyak 300 tan metrik buah tembikai biasa dan mas melon dapat dituai pada musim kedua yang merupakan musim terakhir tanaman tembikai ini sebelum ia dihentikan sementara dan dimulakan awal tahun depan.

"Seramai 31 peserta terlibat akan berkongsi hasil jualan tersebut," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli ladang kontrak negeri Kelantan 2011 di Pusat Pengumpulan Ladang (PPL), Projek Diraja Banggol di sini hari ini.

Menurut beliau, perjanjian tersebut membabitkan kawasan tanaman seluas hampir 3.2 hektar, merupakan jaminan keuntungan kepada setiap peserta kerana FAMA akan memastikan setiap hasil dapat dipasarkan.

Katanya, kedua-dua jenis tembikai itu akan dijual mengikut harga pasaran iaitu melebihi harga lantai antara 50 sen hingga 85 sen sebiji.

Beliau menambah, FAMA akan turut memastikan tembikai yang dihasilkan turut dipasarkan pada bulan Ramadan ini kerana ia mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved