Utusan Online - Luar Negara |
Jet pejuang China kejar pesawat pengintip AS Posted: Jet pejuang China kejar pesawat pengintip ASTAIPEI 25 Julai - Dua jet pejuang China menceroboh ruang udara Taiwan ketika cuba mengusir pesawat pengintip Amerika Syarikat (AS) dalam satu insiden hujung bulan lepas, lapor media Taiwan yang memetik Kementerian Pertahanan hari ini. Menurut akhbar United Daily News, dalam insiden tersebut, sebuah daripada jet China tidak meninggalkan ruang udara Taiwan, memaksa dua jet negara ini diterbangkan untuk memintasnya. Katanya, insiden tersebut berlaku pada hujung bulan lepas apabila dua jet SU-27 tentera China cuba mengusir pesawat pengintip U2 milik AS. Tambahnya, Pesawat UA dilaporkan terbang di persisiran Selat Taiwan untuk mengumpul maklumat mengenai Tanah Besar China. Satu daripada jet China melintasi ruang udara Selat Taiwan yang dianggap sebagai sempadan di antara ruang udara Taiwan dan China. "Penceroboh (jet China) tidak berpusing semula sehingga dua jet F-16 milik Tentera Udara Taiwan dihantar untuk memintasnya," kata sumber tentera yang tidak mahu dinamakan. Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, dua jet SU-27 China secara terang-terangan terbang ke tengah kawasan Selat Taiwan pada 29 Jun lalu. Menurutnya, kejadian tersebut bukan sebagai provokasi namun menimbulkan kebimbangan. "Tentera China perlu berlatih supaya tidak melanggar batasan, atau insiden yang tidak diingini boleh berlaku," kata Shuai Hua-min, penggubal undang-undang yang berkhidmat dengan parti pemerintah, Kuomintang. Kejadian tersebut meningkatkan kebimbangan terhadap kepercayaan antara kedua-dua negara, walaupun hubungan tersebut dijalinkan sejak Presiden Ma Ying-jeou dari Parti Koumintang yang mesra dengan China, mengambil tampuk perintahan pada 2008. - AFP |
Suu Kyi adakan pertemuan dengan Menteri Myanmar Posted: [unable to retrieve full-text content]YANGON 25 Julai - Pejuang demokrasi Aung San Suu Kyi mengadakan pertemuan yang jarang diadakan dengan seorang menteri Myanmar hari ini, sekali gus mencetuskan harapan baru terhadap perbincangan yang tertangguh antara ikon pembangkang itu dengan kerajaan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan