Utusan Online - Muka Hadapan |
Posted: Kedai arak harga murahLAPORAN penyiasatan unit khas Utusan Malaysia kali ini menyingkap suatu lagi kegiatan haram iaitu penjualan arak secara mudah dan murah kepada orang ramai, termasuk golongan remaja. Bagaikan tiada syarat dan peraturan, penjual arak terbabit didapati bebas menjual bir berkonsepkan pandu lalu kepada sesiapa saja yang ingin melepaskan gian mereka tanpa mengira waktu. Apa yang dikesali, tiada pula sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa seolah-olah tidak tahu atau terlepas pandang mengenai perkara ini walaupun kegiatan haram itu rancak berlaku. Hasil maklumat orang ramai, wartawan, AZRAI MOHAMMAD dan jurugambar, FAUZI BAHARUDIN melakukan siasatan baru-baru ini bagi mengesahkan aktiviti tersebut. Hasil siasatan terbukti mendapati sememangnya kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu menjadi tumpuan ramai kaki botol termasuk remaja Melayu kerana tarikan harganya yang murah.
KUALA LUMPUR 24 Julai – Sebatang lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya adalah 'syurga' bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu lalu. Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin. Rahsia harga murah tersebut disebabkan arak dalam tin itu belum dibayar cukai dan sepatutnya adalah untuk dieksport. Pihak berkuasa pula seolah-olah 'merestui' urusniaga itu dengan tidak melakukan sebarang serbuan atau penangkapan walaupun terdapat anggota polis yang berkawal kira-kira 25 meter saja dari lorong itu. Siasatan unit khas Utusan Malaysia selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini mendapati, kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export). Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp | ||
Murid 11 tahun menang esei untuk PM Posted: Murid 11 tahun menang esei untuk PMKUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang murid tahun lima muncul antara enam pemenang pertandingan menulis poskad dan esei pendek dalam talian yang dianjurkan sempena hari lahir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke-58, semalam. Pija Shafiza, 11, dari Perlis ialah pemenang termuda pertandingan tersebut yang berkongsi kemenangan bagi kategori esei pendek bersama dua peserta dewasa, Yacob Pon Pon, 39, dan Lemuel Ong Chin Shan, 18. Pertandingan anjuran bersama Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia itu dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi ADR pada 18 Julai lalu. Menurut kenyataan penganjur, bagi kategori poskad kreatif pula, salah seorang pemenangnya juga pelajar iaitu Md. Amirul Md. Amidon, 15, dari Putrajaya. "Dua lagi pemenang bagi kategori sama ialah Anizah Sahrin, 32, (Sabah) dan Nor Salim Mohamed Dawam, 36, (Kuala Lumpur)," jelas penganjur dalam laman webhttp://www.poskaduntukpm.com.my/result. Tambah penganjur lagi, semua pemenang akan menerima hadiah berupa telefon pintar iPhone 4 yang akan disampaikan pada satu majlis tidak lama lagi. | ||
Hanruh jadikan Malaysia selamat Posted: Hanruh jadikan Malaysia selamat
MELAKA 24 Julai - Kejayaan Malaysia diiktiraf sebagai negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara dicapai menerusi pelaksanaan konsep Hanruh iaitu pertahanan menyeluruh yang dipraktikkan kerajaan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keberkesanan konsep itu dicapai melalui kerjasama baik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agensi penguat kuasa yang berkaitan dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin. Menurutnya, keadaan itu berbeza dengan dakwaan pembangkang bahawa kementerian menggunakan perbelanjaan yang tinggi bagi tujuan pembelian aset dan kos pengendalian anggota tentera. "ATM sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum dan perkara itu tiada kompromi. "Biarpun dari segi aset tidak berada pada tahap yang tinggi, namun apabila dicampurkan dengan kesiapsiagaan personel dan juga aset, kita masih berada pada tahap pertahanan yang tinggi," katanya selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah kawasan Parlimen Kota Melaka di sini hari ini. Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin. Pada majlis itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipakaikan pangkat Brigedier Jeneral Kehormat Askar Wataniah. Ahmad Zahid mengulas hasil kajian Global Peace Index (GPI) 2011 yang mendapati Malaysia adalah negara paling selamat dan aman di Asia Tenggara dan ke-19 daripada 153 negara di dunia. Katanya, rakyat seharusnya menolak manipulasi pihak pembangkang mengenai isu perbelanjaan ketenteraan yang sebenarnya berniat mewujudkan rasa kebencian dan bertindak menyalahkan kerajaan dalam semua perkara. Ini kerana jelas beliau, keupayaan ATM mempraktikkan konsep Hanruh secara berkesan turut diambil kira dalam kajian GPI 2011 dengan melihat faktor perbelanjaan pertahanan negara yang rendah dan tahap kesiapsiagaan yang optimum. Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO mengulangi hasrat kementerian yang mahukan lebih ramai kaum Cina dan India menyertai Askar Wataniah. Ini kerana kata beliau, daripada sejumlah 81,506 anggota Askar Wataniah, cuma kira-kira 5.2 peratus penyertaan kaum Cina dan 4.2 peratus kaum India. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan