Isnin, 25 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Rumah Melayu Pahang terabai

Posted:

Rumah Melayu Pahang terabai

Rumah Melayu Pahang terabai

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Rumah yang menggunakan kulit pelupuh pada dinding dan kayu hutan memaparkan kemahiran tukang rumah mengadaptasi sumber hutan dalam seni bina Rumah Pahang di Kampung Pagi, Hulu Tembeling, Jerantut.


KUALA LIPIS 25 Julai - Masyarakat Melayu tradisional Pahang memang kaya dengan seni bina yang diwarisi sejak zaman silam.

Kebiasaannya seni bina yang kreatif dan imaginatif dijelmakan menerusi reka bentuk istana, rumah, surau, perahu, reban ayam dan peralatan tertentu yang digunakan dalam kehidupan harian.

Salah satu seni bina dikagumi dengan kehalusan reka bentuknya ialah rumah tradisional Melayu Pahang.

Keunikan rumah tradisional Pahang dibina tanpa menggunakan walaupun sebatang paku, apabila sejenis alat yang dinamakan tanggam diguna atau diperkuatkan bagi menyambung bahagian tertentu.

Sesuai dengan penempatan orang Melayu di persisiran sungai, kebanyakan rumah berkenaan masih boleh ditemui di kampung berdekatan Sungai Jelai, Sungai Pahang dan Sungai Tembeling di daerah Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Pekan.

Zaman telah berubah apabila nilai seni bina berciri moden kini lebih kontras dan mendominasi kehidupan masyarakat Melayu hari ini sehingga menenggelamkan bentuk kediaman tradisional yang sepatutnya dihargai oleh semua pihak.

Rumah tradisional Melayu Pahang yang juga dikenali dengan nama Rumah Serambi Pahang, biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya.

Pembahagian ruang rumah tersebut terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang.

Seni bina itu juga mengandungi ruang tertentu di bahagian hadapan iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang terdiri daripada ruang pentas dan 'perbalai.'

Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur, ia terdiri daripada ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.

Faktor cuaca banyak mempengaruhi seni bina rumah tradisional Pahang dan ia terbukti apabila reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir.

Reka bentuk yang lebih terbuka iaitu kehadiran tingkap yang banyak, beranda dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah, tingkap dan bumbung.

Bentuk berkenaan banyak diasosiasikan dengan pertembungan budaya dan pengaruh binaan Minangkabau, Aceh, Bugis, Jawa dan Siam selain mempamerkan hasil kemahiran tukang rumah tempatan.

Seni bina rumah Pahang juga dibina bercirikan reka bentuk seni bina Melayu 'Palladian,' berbumbung tradisional Melayu manakala ukiran pada pintu dan dinding memaparkan motif Barat seperti yang boleh dilihat di kediaman rasmi bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, iaitu rumah kelahiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Bukit Bius di sini yang dibina pada 1922.

Kediaman itu dilengkapi beberapa bilik yang dibina menggunakan kayu hutan bermutu tinggi dan tahan lama tanpa boleh dirosakkan oleh anai-anai dan haiwan pemusnah lain.

Pada zaman awal, kayu menjadi tunjang kepada struktur rumah berkenaan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh serta daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap.

Kebiasaannya, rumah tradisional Pahang diperkukuhkan oleh penggunaan kayu hutan yang dibelah dan dijadikan papan iaitu kayu meranti, merbau, cengal dan beberapa jenis kayu hutan lain yang mampu bertahan sehingga lebih satu abad.

Ciri binaan yang kreatif berunsurkan motif tumbuhan iaitu daun, bunga, dan haiwan terutama burung masih boleh dilihat pada ukiran di tingkap, pintu, dinding, bumbung dan rasuk.

Tanggam dibuat untuk mencantum bahagian rasuk dengan tiang, alang, lantai, anak tangga dan kekuda bumbung mempamerkan kesenian binaan kediaman tanpa menggunakan sebatang paku.

Rumah Melayu tradisional Pahang merupakan warisan seni bina yang cukup unik dan sangat bernilai.

Reka bentuknya dibina oleh tukang rumah yang menampakkan kemahiran dan kreatif dalam bidang seni bina zaman silam.

Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu Pahang melambangkan cara hidup masyarakat zaman silam di pesisiran sungai yang menjadi nadi sumber rezeki dan pengangkutan yang sangat penting pada zaman berkenaan.

Bagaimanapun, rumah Pahang atau dikenali rumah pusaka kini semakin dilupakan.

Jika ada pun, rumah tradisional itu akan dibiarkan usang, dimakan anai-anai dan bersemak samun, malah hampir ranap menyembah bumi apabila generasi masa kini lebih gemar membina rumah batu serba moden di kampung masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kekalkan khazanah seni bina Rumah Pahang

Posted:

Kekalkan khazanah seni bina Rumah Pahang

Kekalkan khazanah seni bina Rumah Pahang


Ruang ibu dan dapur Rumah Melayu Pahang memaparkan seni kreatif dan imiginatif tukang rumah zaman silam boleh dilihat di Kampung Gemuncur, Kuala Lipis.


KUALA LIPIS 25 Julai - Pentadbiran daerah di negeri ini digesa memulihara khazanah seni bina tradisional Rumah Pahang untuk tarikan pelancong.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, usaha itu penting untuk mengenengahkan warisan seni bina tradisional bagi tatapan dan pengetahuan generasi masa kini yang semakin lupa terhadap khazanah budaya dan kesenian bangsa Melayu.

''Kebanyakan rumah tradisional Melayu Pahang semakin pupus dan terbiar lantaran peredaran masa dan dipengaruhi oleh binaan moden.

''Memulihara warisan Rumah Pahang boleh mengangkat semula jati diri bangsa Melayu yang cukup unik, terutama dalam kalangan generasi masa kini yang dipengaruhi teknologi siber termasuk dalam bidang arkitek," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Kampung Mela di sini, Rosli Ismail menjelaskan, kebanyakan rumah kampung bercirikan seni bina tradisional mulai lenyap apabila pewaris yang terdiri daripada anak dan cucu berhijrah ke tempat lain.

''Di Kampung Mela banyak rumah tradisional Pahang yang masih kukuh walaupun berusia lebih satu abad, tetapi terbiar akibat pewarisnya tidak lagi tinggal di sini," katanya.

Rosli menambah, adalah menjadi tanggungjawab pihak berwajib dengan kerjasama jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) memulihara semula khazanah berkenaan untuk tarikan pelawat dan mengekalkan warisan bangsa Melayu sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Warga Bukit Setongkol gembira

Posted:

Warga Bukit Setongkol gembira

Warga Bukit Setongkol gembira

Oleh MANIRAH ROSEDI
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 25 Julai – Penantian 119 penduduk Bukit Setongkol untuk menerima geran hak milik tanah masing-masing sejak 24 tahun lau berakhir, apabila geran itu diserahkan kepada mereka, baru-baru ini.

Surat hak milik tanah itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Datuk Pang Tsu Ming dan Pegawai Daerah, Datuk Mariam Ismail di Dewan Cenderawasih Timur di sini.

Permohonan tanah itu membabitkan kawasan seluas 28 hektar atau 398 lot yang didiami pemohon terbabit sejak 1987.

Bagi seorang warga emas, Ghani Ismail, 57, dari Beserah dekat sini, penyerahan borang permohonan itu adalah hadiah paling bernilai buat dia dan keluarganya menjelang Ramadan ini.

Menurutnya, dia mula memohon sejak 2006 dan tidak menyangka dapat menerima borang itu bersama jiran-jirannya yang lain.

''Saya bersyukur kerana menerima lot tanah yang diberikan kerajaan negeri dan semestinya ia sangat bermakna untuk kami sekeluarga," katanya yang mendapat lot tanah seluas 4,000 kaki persegi.

Kesyukuran dan kegembiraan itu turut dirasai seorang pesara guru, Ibrahim Hamid, 63, yang telah lama menunggu penyerahan lot tanah tersebut.

Menurutnya, dia akan berbincang dengan keluarga dan anak- anaknya untuk tindakan selanjutnya sama ada membina rumah di atas tapak itu atau perancangan lain yang sesuai.

Buat seorang suri rumah, Fauziah Abu Bakar, 54, dia menghargai komitmen dan keprihatinan kerajaan negeri meluluskan permohonannya selepas memohon pada 1987.

''Memang penantian yang berbaloi dan terima kasih kepada kerajaan negeri. Saya berhasrat membina rumah di tapak yang diterima," katanya.

Sementara itu, Tsu Ming mengharapkan mereka yang berjaya menghargai dan menggunakan tanah itu sebaik mungkin dan tidak menjualnya untuk mendapatkan keuntungan segera.

''Cuma kita mengharapkan penerima tidak melengah-lengahkan bayaran premium yang ditetapkan iaitu 50 sen sekaki persegi dalam tempoh tiga bulan untuk memudahkan segala proses selepas ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved