Isnin, 25 Julai 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Promosi Kraf Aidilfitri

Posted:

Promosi Kraf Aidilfitri

Promosi Kraf Aidilfitri

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN


Demonstrasi membuat kuih tradisional turut diadakan bagi memeriahkan suasana.


KOMPLEKS Kraf yang sering menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara sekali lagi mengadakan Promosi Kraf Aidilfitri dari 21 hingga 29 Julai ini.

Ia yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang merupaka peneraju kraf di negara ini merupakan inisiatif untuk membantu para pengusaha kraf tempatan.

Melalui promosi yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 8 malam itu, ia memberi ruang kepada pengusaha terbabit untuk mempromosikan barangan keluaran mereka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, usaha itu bagi membangunkan industri kraf tempatan di samping menggalakkan penyertaan usahawan kraf logam bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan.

"Objektif penganjuran promosi kraf adalah untuk membangun dan memajukan kraf logam seperti perak, tembaga, besi, piuter dan lain-lain.

"Kita juga membantu usahawan tempatan mengetengah dan memasarkan produk kraf yang mempunyai gabungan dan nilai tambah untuk produk hadiah dan cenderamata khusus sempena Syawal.

"Kita juga mahu, Kompleks Kraf menjadi pusat kraf setempat dan lokasi utama buat pengunjung dari dalam mahupun luar negara," katanya ketika dtemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, antara aktiviti menarik yang disediakan semasa promosi berkenaan ialah jualan kraf dan bingkisan Aidilfitri, pameran warisan kraf, demonstrasi dan interaktif kraf serta persembahan kesenian.

Tahun ini merupakan kali ketujuh promosi itu diadakan dan Mohd. Kamil berkata, penyertaan usahawan dan hasil jualan turut meningkat saban tahun.

"Pada 2007, penyertaan usahawan adalah 150 orang dengan nilai jualan RM702,612.

"Pada tahun lepas , promosi ini menjana pendapatan RM2.1 juta.

"Justeru bagi tahun ini, penyertaan usahawan adalah seramai 200 orang dan kita mensasarkan jualan sebanyak RM2.2 juta," katanya.

Antara kelainan dan keunikan yang ditampilkan pada promosi ini ialah 50 usahawan kraf logam.

Mereka akan mengadakan jualan produk kraf logam sempena menyambut Aidilfitri.

"Selain itu, pengunjung juga boleh membuat pembelian , rundingan dan tempahan secara terus kepada usahawan terbabit.

"Kita juga mengadakan demonstrasi dan aktiviti yang berkonsepkan pendidikan kraf dengan menunjukkan cara pembuatan, pemprosesan dan penyediaan produk .

"Melalui aktiviti ini, pengunjung dapat melihat secara dekat cara pembuatan produk kraf seperti produk kraf logam hadiah dan cenderamata, produk perhiasan dan aksesori dan produk pembungkusan untuk Aidilfitri," katanya.

Kraf logam ditampilkan secara istimewa pada promosi tahun ini bagi melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat akan seni warisan tradisi itu supaya mereka menghargainya.

"Diharapkan, melalui usaha yang dijalankan ini pusahaan kraf logam akan terus berkekalan di samping menerima pembaharuan dari segi rekaan, pengunaan bahan baru dan pembuatan.

Justeru, kata beliau berkata, sokongan daripada setiap anggota masyarakat amat diharapkan dalam memastikan kraf seni tradisi itu terus berkekalan.

Katanya, melalui promosi itu orang ramai boleh memilih pelbagai produk menarik untuk mengindahkan sambutan dan perayaan Aidilfitri pada tahun ini.

" Promosi ini juga akan menjadikan kompleks kraf sebagai destinasi membeli-belah untuk mendapatkan keperluan persiapan Syawal," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 03- 21627553 atau melayari laman web www.kraftangan.gov.my atau pro @kraftangan.gov.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved