Utusan Online - Politik |
Pas cukup profesional bohongi rakyat Posted: Pas cukup profesional bohongi rakyatKUALA LUMPUR 25 Julai - Pembohongan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mengenai insiden kononnya beliau dilanggar kenderaan pacuan empat roda polis pada 9 Julai lalu, membuktikan parti itu kini cukup profesional dalam membohongi rakyat demi meraih simpati. Sambil mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya muncul sebagai pelakon politik terbaik, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, begitulah rupa bentuk pemimpin masa hadapan Pas, yang sanggup menghalalkan apa sahaja demi kuasa. "Saya ucapkan tahniah kepada Mat Sabu (Mohamad) kerana muncul sebagai pelakon terbaik politik sehingga beliau mendapat simpati daripada penulis-penulis media maya yang percaya dengan lakonan itu. Inilah rupa bentuk pemimpin masa depan sebuah parti kebajikan. "Beliau tokoh profesional yang diketengah untuk berkombinasi dengan ulama. Ternyata profesionalisme Mat Sabu (dalam berbohong) adalah contoh terbaik mengenai kepimpinan Pas sekarang," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini, hari ini. Beliau mengulas mengenai tindakan Mohamad yang secara tiba-tiba mengubah pendirian selepas polis mendedahkan rakaman sebenar mengenai insiden 'langgar' ketika Timbalan Presiden Pas itu menyertai demonstrasi haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai lalu. Beliau yang mulanya mendakwa dilanggar kenderaan pacuan empat roda kemudian menukar dakwaan dilanggar kereta peronda jenis Proton Waja, selepas rakaman mendedahkan Timbalan Presiden Pas itu terjatuh daripada motosikal akibat terlanggar pembahagi jalan. Ditanya mengenai tindakan Mohamad menukar pendirian itu bererti dia mempercayai bukti dari rakaman video, sekali gus berbeza pandangan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hanya menganggap video sekadar besi, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak mahu campur dalam soal itu. "Soal antara Mat Sabu dan Hadi Awang saya tidak mahu campur, itu urusan parti berkenaan. Apa yang penting, saya minta masyarakat menilai siapa yang bercakap benar dalam isu ini dan berilah sokongan kepada parti yang terbukti memerintah dengan baik," katanya. Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga mempunyai rakaman video mengenai pelbagai bentuk lakonan oleh pemimpin politik pembangkang ketika mereka menyertai demonstrasi Bersih dan berjanji akan mendedahkan pada masa yang sesuai. Bagaimanapun, ketika ditanya apakah ia bermakna Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai rakaman video tersebut, beliau sekadar berkata: "Saya tidak kata ATM, saya kata kita juga mempunyai video berkenaan, ia diserahkan oleh rakan-rakan dan orang awam." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Anwar liabiliti kepada pembangkang Posted: Anwar liabiliti kepada pembangkangKUALA LUMPUR 25 Julai - Pas dan DAP kini dilihat berada dalam dilema untuk meneruskan kerjasama ekoran 'orang tengah' yang bertanggungjawab dalam penyatuan dua parti terbabit iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang. Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar berkata, walaupun dua parti berkenaan tahu bahawa Anwar adalah satu beban, namun mereka tetap memerlukan Ketua Pembangkang itu. "Dari segi apa yang telah berlaku dan sedang berlaku, Anwar adalah liabiliti kepada pembangkang. Tetapi pembangkang dalam dilema. Mereka masih memerlukan Anwar. Itu dilema mereka. Mereka tahu, dia (Anwar) adalah satu bebanan. Tetapi mereka memerlukan Anwar kerana hanya Anwar yang boleh menyatukan Pas dan DAP. Kerana pada DAP, sekiranya mereka menjalinkan hubungan terus dengan Pas, sudah tentu anggota-anggota mereka tidak terima. "Begitu juga dengan Pas. Dengan DAP, mungkin mesejnya lain dan dengan Pas pula, mesejnya lain. Sebab itu, kedua-dua pihak perlukannya. Lagipun, kelebihan Anwar kerana pidatonya, dia boleh memikat orang ramai,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh blog AIDC yang disiarkan menerusi blog tersebut, http://www.anwaraidc.com. Chandra yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) berkata, ketika Pilihan Raya Umum 2008, faktor Anwar menjadi penentu kepada kejayaan pembangkang. Bagaimanapun ujar beliau, selepas tiga tahun pembangkang memerintah di negeri-negeri tertentu, faktor Anwar juga yang menyebabkan prestasi pakatan semakin merosot dan semakin ramai yang sudah ubah fikiran. Jelasnya, selain Pas dan DAP, sebahagian daripada bukan Melayu turut memerlukan Anwar sebagai orang yang boleh menegakkan kepentingan mereka. "Mereka menganggap dia (Anwar) sebagai manusia yang diperlukan. Soal kelemahan-kelemahan peribadinya, mereka tak kisah. "Yang penting pada mereka, hanya Anwar akan ubah keadaan ini. Tak ada DEB (Dasar Ekonomi Baru), tak ada keistimewaan-keistimewaan, semuanya sama rata. Ini yang menarik perhatian mereka. Mereka menganggap Anwar itu adalah sebagai satu peluang untuk mempertingkatkan desakan-desakan mereka,'' katanya. Dalam pada itu, jelasnya, perjuangan Anwar dahulu adalah berbeza dengan perjuangannya kini yang dilihat sebagai tidak konsisten. "Berbeza... memang berbeza. Tahun 1970-an dia sebagai pejuang Islam melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Tetapi sekarang pendiriannya itu lebih mirip apa yang disifatkan sebagai politik liberal. "Sekarang dia menampilkan dirinya sebagai pejuang kepada hak asasi manusia. Ini yang dimaksudkan sebagai 'chameleon', berubah-ubah. Dan sekiranya pada masa akan datang, dia rasa perlu ubah, mungkin dia akan ubah lagi,'' tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan