Isnin, 25 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Jangan terpedaya janji pembangkang

Posted:

Jangan terpedaya janji pembangkang

Jangan terpedaya janji pembangkang

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Rozali Ismail memukul gong sebagai gimik Sambutan Hari Peneroka 2011 Peringkat Negeri di Dewan Orang Ramai Pasoh Tiga, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - UTUSAN/SAJIDA ASARULAH KHAN


JEMPOL 24 Julai - Para peneroka Felda diingatkan tidak terpedaya dengan janji parti pembangkang yang mahu memberikan tanah jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Tan Sri Rozali Ismail berkata, ia hanya janji kosong kerana tidak merujuk kepada sebarang fakta tetapi dibuat bagi menarik perhatian peneroka untuk menyokong mereka.

Beliau berkata, pembangkang akan menjanjikan apa sahaja kerana mereka mahukan undi peneroka dan apabila tiba masanya untuk menunaikan janji, mereka akan mengelak dengan memberikan seribu alasan.

"Bilangan peneroka adalah ramai dan bukan setakat generasi pertama sahaja malah kita telah sampai kepada generasi keempat. Macam mana mereka mahu membahagikan tanah yang dijanjikan itu.

"Pembangkang sedar masyarakat Felda merupakan penyokong kuat kerajaan. Mereka hanya mahu merosakkan pemikiran peneroka dengan menabur janji yang mereka sendiri tidak pernah fikir untuk menunaikannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka 2011 Peringkat Negeri di Dewan Orang Ramai Pasoh Tiga, Batu Kikir dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, kaedah yang terbaik untuk menguruskan kawasan tanah yang besar adalah secara berkumpulan iaitu koperasi.

"Masing-masing mempunyai pegangan syer dan mereka boleh mendapat faedah dengan mudah tanpa perlu mengusahakan tanah berkenaan.

"Segala bentuk pelaburan Felda, keuntungannya akan pergi kepada peneroka. Segala keuntungan akan diagih dengan adil. Jika banyak untung, banyaklah yang peneroka dapat," ujarnya.

Rozali menarik perhatian, usaha ke arah itu dapat dilihat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan penubuhan koperasi kedua bagi merancakkan pembangunan tanah Felda.

"Ia sebenarnya bertujuan membantu anak-anak peneroka dan pastinya memberi pelbagai kebaikan kepada generasi muda di tanah rancangan Felda," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tegak syiar Islam tanggungjawab semua

Posted:

Tegak syiar Islam tanggungjawab semua

Tegak syiar Islam tanggungjawab semua


MOHAMAD Hasan bersalaman dengan para tetamu yang hadir pada Majlis Tautan Kasih Saudara Baru dan Perasmian Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan negeri di Pusat Saudara Baru di Rahang Square, Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 24 Julai - Konsep Islam sebagai agama syumul perlu diperluaskan, oleh itu menjadi tanggungjawab semua pihak meliputi kerajaan dan pendakwah untuk memastikan syiar Islam di negeri ini terus berkembang dan diletakkan di tahap tertinggi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, banyak perkara yang boleh dilakukan kerajaan dan pendakwah bagi memastikan syiar Islam terus dikembangkan dengan cara dan pendekatan masing-masing.

Jelasnya, dakwah bukan hanya dilihat daripada aspek penyebaran agama Islam, tetapi ia lebih melibatkan mengenai pembangunan modal insan dan bidang-bidang lain yang membolehkan ia dirasai oleh orang ramai.

"Kerajaan negeri sentiasa melakukan apa sahaja cara bagi menegakkan syiar Islam di negeri ini termasuk melalui pendidikan, pembangunan masjid dan lain-lain lagi.

"Kita ingin melihat syiar Islam terus dijulang di negeri ini dan menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan untuk menjayakannya," katanya.

Mohamad yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri (MAINS) berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tautan Kasih Saudara Baru dan perasmian Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan negeri di Pusat Saudara Baru di Rahang Square dekat sini, semalam.

Hadir sama, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan negeri, Muhammad Ridzuan Lau Abdullah.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengingatkan segelintir pihak agar tidak 'merampas' agama demi kepentingan masing-masing kerana Islam adalah milik semua umatnya.

Beliau mahu supaya umat Islam mempunyai ciri-ciri yang terpuji sekali gus mengetepikan segala tohmahan yang dilemparkan selain persepsi tidak benar mengenai agama itu sendiri.

"Sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan segala tohmahan yang dilemparkan oleh orang ramai yang beranggapan bahawa Islam adalah agama yang menggalakkan keganasan dan miskin. Usaha ini perlu bermula daripada sekarang melalui pendekatan umatnya untuk menjadi ummah terbaik," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

RM8.9 juta hasil jualan melalui program Gerai Buah-Buahan Segar

Posted:

RM8.9 juta hasil jualan melalui program Gerai Buah-Buahan Segar

RM8.9 juta hasil jualan melalui program Gerai Buah-Buahan Segar

MELAKA 24 Julai - Kira-kira RM8.9 juta hasil jualan berjaya diperoleh menerusi program Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) sejak ia diperkenalkan di negeri ini pada 2006.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Latipah Omar berkata, jualan tertinggi program itu diperoleh pada tahun lalu iaitu RM3.1 juta melalui 13 usahawan pertanian yang terlibat secara langsung menyertai GBBS.

Menurutnya, setakat Januari hingga Jun lalu, jumlah jualan GBBS telah mencapai RM1.9 juta dan ia dijangka meningkat kepada RM4 juta sehingga akhir tahun ini.

''Melalui program ini, ia membantu meningkatkan pendapatan usahawan tani yang terlibat sekali gus merapatkan hubungan yang lebih baik antara usahawan dengan agensi pertanian terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jualan Buah-Buahan Bermusim dan Produk Makanan peringkat negeri anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri di sini, hari ini.

Sebanyak 71 lot ruang niaga disediakan sempena program dua hari itu dengan disertai 55 usahawan pasar tani, enam usahawan gerai buah-buahan segar dan 10 usahawan industri asas tani.

Menurut Latipah, usahawan tani yang terpilih menyertai program GBBS menikmati pelbagai manfaat daripada FAMA antaranya pemilihan lokasi serta gerai yang strategik, penampilan imej peniaga dan bantuan promosi.

Ujarnya, program GBBS dilihat satu langkah berkesan untuk meningkatkan kualiti usahawan pertanian khususnya dalam mengenal pasti kaedah berkesan memasarkan produk pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung.

Usaha itu, kata beliau, bersesuaian dengan objektif utama program iaitu meningkatkan saiz pasaran buah-buahan tempatan dan mengatasi lambakan buah-buahan pada masa tertentu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved