Isnin, 25 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pertanian tetap diutamakan

Posted:

Pertanian tetap diutamakan

Pertanian tetap diutamakan

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my


MOHAMED Khaled Nordin (tengah) dan Yaakob Shahadan sama-sama melepaskan anak ikan siakap ke dalam tapak ternakan kupang di perairan Selat Tebrau, Kampung Senibong, Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/MOHAMAD FIKRI ROSLY


JOHOR BAHRU 24 Julai - Kerajaan sentiasa komited dalam pembangunan pertanian, penternakan dan perikanan melalui bantuan kepada mereka yang terlibat dalam tiga sektor tersebut.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian di setiap kawasan Parlimen sejak 2009 bagi menggalakkan pengusaha sektor terbabit berdaya maju sekali gus membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

"Ini adalah antara usaha membantu mereka yang terlibat mendapat peruntukan bantuan, namun ia dibuat berdasarkan kelayakan. Malaysia tidak sama seperti negara luar kerana konsep kerajaan kita adalah memberi peluang kepada rakyat dalam penyediaan ilmu dan bantuan untuk menjadi penerima lebih berdikari.

"Usaha ini dilakukan sejak kemerdekaan lagi, kerajaan mahu rakyat merebut peluang yang diberikan selain terus berusaha untuk lebih berjaya melalui kemampuan sendiri," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan di bawah Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Gudang di Kampung Senibong di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk M. Munusamy; ADUN Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Pengerusi Koperasi Warisan Kampung Senibong, Yaakob Shahadan.

Seramai 50 pemohon yang terpilih menerima bantuan daripada Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Gudang itu turut menerima sijil yang disampaikan oleh Mohamed Khaled.

Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, bantuan yang diberikan bukan pendekatan untuk kekal popular di kalangan rakyat tetapi menganjurkan kebangkitan ekonomi secara berdikari dan meninggalkan sikap suka bergantung kepada orang lain.

"Umpamanya, kerajaan memberikan rakyat batang pancing dan selebihnya biarlah rakyat sendiri berusaha mendapatkan ikan untuk tujuan selanjutnya.

"Jika rakyat hanya terlalu bergantung kepada apa yang diberikan, segalanya akan sukar malah matlamat ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 sukar dicapai," katanya.

Pada majlis sama, beliau turut merasmikan bangunan Koperasi Warisan Kampung Senibong yang berjaya didirikan walaupun baru sahaja beroperasi selama dua tahun dan melawat tapak ternakan kupang di perairan Selat Tebrau milik koperasi berkenaan.

Mohamed Khaled turut melepaskan 100 ekor anak ikan siakap sumbangan Jabatan Perikanan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Manfaatkan pemberian Notebook 1Malaysia

Posted:

Manfaatkan pemberian Notebook 1Malaysia

Manfaatkan pemberian Notebook 1Malaysia


ABDUL Halim Suleiman (duduk belakang, tengah) bersama Teng Boon Soon (baju batik biru) bersama para pelajar yang menerima Notebook 1Malaysia di SMK Taman Mount Austin, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 24 Julai - Para pelajar diminta memanfaatkan sepenuhnya penggunaan Notebook 1Malaysia bagi meningkatkan lagi mutu pembelajaran dan ilmu masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, penggunaan notebook secara bijak bagi tujuan yang bermanfaat akan memberikan kebaikan kepada mereka.

"Pelajar seharusnya menggunakan notebook ini untuk mencari maklumat dan bahan-bahan pembelajaran yang terdapat di dalam Internet.

"Jika mereka menggunakannya lebih untuk hiburan seperti bermain permainan online, melayari laman sosial dan sebagainya, maka sia-sia sahajalah matlamat asal pemberian notebook itu," katanya pada Majlis Penyerahan Notebook 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Mount Austin di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tebrau, Teng Boon Soon.

Seramai 135 pelajar dari sembilan sekolah di kawasan Parlimen Tebrau menerima Notebook 1Malaysia di bawah Program Inisiatif Jalur Lebar Negara tersebut.

Kesemua mereka adalah 20 pelajar masing-masing dari SMK Taman Pelangi Indah dan SMK Taman Puteri Wangsa; 15 pelajar masing-masing dari SMK Taman Desa Jaya, SMK Taman Desa Cemerlang, SMK Taman Daya, SMK Taman Daya 2 dan SMK Taman Daya 3 serta 10 pelajar masing-masing dari SMK Taman Mount Austin dan SMK Taman Desa Tebrau.

Abdul Halim berkata, pelajar juga perlu bijak menapis setiap maklumat yang dipaparkan di dalam Internet, khususnya oleh media baru seperti blog.

Justeru, beliau meminta ibu bapa memainkan peranan masing-masing termasuk memantau penggunaan Internet oleh anak-anak mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved