Selasa, 21 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM3.15j bina rumah rakyat miskin

Posted:

RM3.15j bina rumah rakyat miskin

RM3.15j bina rumah rakyat miskin

KOTA BHARU 20 Jun - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperuntukkan RM3.15 juta bagi menjayakan Program Pembinaan Rumah Orang Miskin MAIK untuk tahun ini.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, ia merupakan salah satu program agihan zakat kepada fakir miskin bagi menyediakan tempat perlindungan yang selesa untuk golongan tersebut.

"Dalam menjayakan bantuan ini, pihak MAIK telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan Pusat.

"Projek ini telah bermula sejak 2004 dan membabitkan semua daerah di negeri ini. Ia termasuk pendawaian elektrik dan penyambungan bekalan air," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, keluasan rumah yang bernilai RM32,000 hingga RM35,000 seunit itu adalah 7 meter x 10.3 meter persegi dilengkapi dengan ruang tamu, tiga bilik tidur serta satu tandas dan bilik air.

Katanya, golongan yang layak menerima bantuan tersebut terdiri daripada fakir dan miskin, ibu tunggal, pesakit kronik, keluarga yang mempunyai bilangan ahli yang ramai serta tidak mempunyai rumah sendiri.

Beliau berkata, dalam tempoh enam tahun sebelum ini MAIK telah membelanjakan kira-kira RM14.793 juta dalam menjayakan projek tersebut.

"Tahun 2004 hingga 2009 sebanyak 353 buah rumah untuk rakyat miskin di negeri ini telah dibina dan disiapkan oleh MAIK. Pada tempoh 2008 hingga 2009 sebanyak 33 buah disiapkan manakala pada 2010 sebanyak 116 buah telah diluluskan dan 115 telah siap dibina, sebuah lagi sedang dalam pembinaan," katanya.

Tambahnya, program tersebut adalah atas keprihatinan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra selaku Yang Dipertua MAIK terhadap keadaan rakyat di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lepas ribut terbakar pula

Posted:

Lepas ribut terbakar pula

Lepas ribut terbakar pula

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 20 Jun - Belum pun hilang trauma tiga keluarga dalam kejadian ribut kelmarin, lima buah rumah kedai di Kampung Kubang Lembik, Manir di sini yang turut dihuni keluarga itu musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian berlaku pukul 3 pagi, ketika semua mangsa yang nyenyak tidur terhidu bau asap serta terdengar bunyi bising dari arah belakang rumah kedai itu.

Rumah kedai itu menempatkan kilang proses air bikarbonat, kedai alat tukar ganti motor dan alat-alat mekanikal.

Menurut mangsa, Mohamad Abdullah, 52, ketika kejadian, dia sedang tidur bersama isteri dan empat anaknya berusia dua hingga tujuh tahun di tingkat atas rumah kedai itu.

Katanya, dia yang terkejut apabila melihat percikan api terus mengejutkan mereka sebelum membawa keluar.

"Akibat kejadian ini, saya kerugian kira-kira RM200,000 kerana semua alat digunakan untuk memproses minuman bikarbonat serta peralatan lain yang telah saya usahakan sejak 20 tahun lalu tidak dapat diselamatkan," katanya di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa, Hamdan Hussein, 37, berkata, kejadian itu berlaku dengan pantas namun bersyukur kerana dapat menyelamatkan isteri dan tiga orang anaknya.

Jelas bapa kepada tiga orang anak itu, ketika kejadian dia sedang menidurkan anaknya yang baru berusia 34 hari.

"Ketika itu, saya baru hendak melelapkan mata namun terhidu bau asap dan terdengar bunyi bising sebelum melihat api di bahagian belakang rumah.

"Isteri saya yang terkejut terus membawa anak bongsu kami dan anak-anak lain ke rumah ayah bersebelahan rumah kami. Kami masuk semula untuk dapatkan beberapa dokumen dan sedikit pakaian," jelasnya.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan dan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 pagi.

"Seramai 16 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke tempat ke tempat kejadian dan berjaya memadamkan kebakaran pada pukul 6.09 pagi," katanya.

Jelasnya, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dapat pari, Yani bawa pulang wang tunai RM23,000

Posted:

Dapat pari, Yani bawa pulang wang tunai RM23,000

Dapat pari, Yani bawa pulang wang tunai RM23,000


ROSLI Mat Hasan (dua dari kiri) menyerahkan replika hadiah wang tunai RM23,000 kepada Yani Zakaria (dua dari kanan) di Pantai Teluk Lipat, Dungun, Sabtu lalu.


DUNGUN 20 Jun - Seorang kontraktor, Yani Zakaria, 47, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM23,000 apabila diumumkan sebagai juara Pertandingan Memancing Cabaran Teluk Lipat di sini kelmarin.

Ini kali kedua Yani menjuarai pertandingan seumpama itu selepas berjaya menaikkan pari seberat 13 kilogram pada Mac lalu di tempat yang sama, sekali gus meraih wang tunai RM20,000.

Pada pertandingan kelmarin, Yani, dari Kampung Binjai, Kemaman, berjaya menaikkan seekor ikan pari seberat 17 kilogram dalam pertandingan anjuran Yatayudin Enterprise & KTJ Fishing di pantai berkenaan.

Naib juara disandang oleh Zahuri Zakaria, 38, dari Balok, Kuantan yang menaikkan seekor pari seberat 15 kilogram dan membolehkannya menerima hadiah wang tunai RM8,000.

Pertandingan yang disertai kira-kira 500 orang pemancing itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM52,000.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan Pengurus Yatayudin Enterprise, Anudin Abd. Ghani, selain Ketua UMNO Bahagian Dungun merangkap Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr. Rosli Mat Hasan dan Timbalan Pengerusi Penyelaras DUN Sura, Zulkifli Harun.

Dalam pada itu, Yani sewaktu ditemui berkata, dia mengenakan umpan ikan selayang dan menanti hampir dua jam sebelum berjaya menawan pari seberat 17 kilogram itu.

"Sebelum ini, saya dimaklumkan penganjur sekali lagi mengadakan pertandingan di sini dan saya bersemangat untuk turut serta sekali lagi. Kali ini saya berjaya mendapat pari yang lebih besar dan hadiah juga lebih lumayan," ujarnya.

Yani menambah, beliau bercadang untuk menyerahkan hadiah wang tunai yang dimenanginya itu kepada isterinya bagi keperluan persekolahan empat anak mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved