Selasa, 21 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Tempat tumpuan mengecewakan

Posted:

Tempat tumpuan mengecewakan

Tempat tumpuan mengecewakan

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 20 Jun - Isu kebersihan dan penyelengaraan yang kurang memuaskan masih menjadi masalah utama di beberapa kawasan pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latif Tamby Chik berkata, antara masalah utama yang berlaku di tempat-tempat tumpuan pelancong yang telah dilawatinya ialah persekitaran yang kotor selain papan tanda yang tersorok.

Tanpa menyebut tempat pelancongan dimaksudkan, Latif berkata, kerja-kerja penyelenggaraan juga tidak dilakukan dengan baik apabila pokok hiasan tidak dicantas dengan kemas dan rumput yang panjang menjadikan persekitaran kawasan pelancongan tersebut kelihatan semak-samun.

"Semua masalah ini telah dirujuk ke jabatan kerajaan berkenaan dan swasta yang mengendalikan tempat pelancongan itu.

"Semua pihak perlu bekerjasama sebagai satu pasukan yang benar-benar komited bagi mencapai sasaran kedatangan 11 juta pelancong tahun ini," katanya selepas mengadakan lawatan di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, Gerard Wong dan beberapa wakil agensi kerajaan berkaitan.

Mengenai lawatannya hari ini, Latif berkata, beliau berpuas hati dan sedia membantu syarikat swasta itu yang telah menunjukkan usaha gigih memajukan industri pelancongan negeri ini.

"Saya berpuas hati dengan usaha gigih pengurusan taman ini dalam mempromosikan Melaka sebagai tempat pelancongan yang wajib dilawati, malah saya kagum melihat persekitaran taman ini cantik dan ceria," katanya.

Katanya, sikap syarikat swasta itu perlu dicontohi syarikat lain.

Beliau menambah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah bersetuju untuk menaik taraf jalan masuk ke taman tersebut.

Sementara itu menurut Gerard, Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka berjaya menarik hampir 300,000 pengunjung tahun lalu dan yakin bilangan itu akan meningkat dengan beberapa lagi tarikan baru yang akan disediakan.

"Kerja-kerja penambahbaikan sentiasa dilakukan. Walaupun mempunyai keluasan 4.8 hektar, hanya 1.6 hektar ekar digunakan dan kami sedang memikirkan produk-produk lain yang akan dibangunkan di taman ini pada masa hadapan," katanya.

Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang dibuka pada Februari 1991 mengenakan tiket masuk berharga RM8 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerjasama pelancongan NS, Perlis

Posted:

Kerjasama pelancongan NS, Perlis

Kerjasama pelancongan NS, Perlis

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


PESERTA promosi pelancongan Negeri Sembilan menanam padi ketika melawat kawasan inap desa Kampung Ujung Bukit, Perlis, baru-baru ini. - utusan/ KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN


SEREMBAN 20 Jun - Promosi pelancongan Negeri Sembilan diperluaskan ke utara Semenanjung, Perlis sebagai satu tarikan untuk membawa pelancong dari negeri itu termasuk dari negara Thailand ke sini.

Pengarah Tourism Malaysia negeri ini, Hishamuddin Mustafa berkata, kunjungan ke negeri Perlis itu mempunyai strategi tertentu, selain melihat cara mereka menguruskan inap desa, kita juga mempromosikan pakej yang ditawarkan ke negeri ini.

"Kita mahu meningkatkan kehadiran pelancong ke negeri Adat Perpatih ini, selain menyatakan kepada pengusaha inap desa, bahawa kita juga menawarkan pakej menarik untuk dikunjungi oleh pelancong," katanya.

Hishamuddin ditemui selepas melawat kawasan inap desa Kampung Ujung Bukit, di Perlis bersama media dan agensi pelancong baru-baru ini.

Katanya, pengalaman rombongan dari negeri ini ke negeri Perlis akan digunakan sebagai latihan dan mana yang baik akan diguna pakai bagi menarik kehadiran pelancong ke sini.

"Sewaktu berada di Perlis, peserta merasakan pengalaman menanam padi, beraksi dalam permainan tradisional, mendengar alunan muzik dan seri warisan 'Awang Batil' yang mana dilakukan sejak turun-temurun di negeri itu," katanya.

Pada masa yang sama juga, kita pula menyatakan keunikan produk pelancongan yang sedia ada terutamanya inap desa yang kini menjadi sebahagian destinasi yang digemari pelancong asing.

Dalam lawatan ke Perlis itu, peserta turut dibawa melawat kawasan tanaman herba dan taman anggur selain ladang mempelam harumanis.

Sementara itu, penduduk di Kampung Ujung Bukit, Perlis, Hashim Ismail, 47, berkata, dia gembira dengan kehadiran rombongan dari negeri Adat Perpatih ke kampungnya itu.

"Walaupun kita mempunyai produk pelancongan berbeza, namun matlamatnya sama iaitu menjadikan negara ini sebagai destinasi percutian pilihan dunia.

"Tidak kiralah sama ada mereka datang ke Perlis mahupun Negeri Sembilan, apa yang penting ialah cara mana kita mahu melayan dengan mesra pelancong tersebut supaya apabila balik kelak mereka menjadi ejen kepada kita," katanya.

Tambah Hashim, dia mahu mereka yang datang ke inap desanya itu merasakan kepuasan kerana promosi dan pemasaran dalam pelancongan tidak hanya boleh dilakukan oleh agensi berkaitan tetapi hendaklah juga dilakukan dengan berkesan oleh pelancong itu sendiri.

"Ini merupakan strategi yang paling berjaya dan itulah yang kami lakukan untuk menarik kehadiran pelancong tanpa henti di inap desa ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang peserta, Lee Siow Yen, 24, dari Jeram Besu, Raub, Pahang berkata, berada di inap desa di Perlis ini satu pengalaman yang unik.

"Lihatlah betapa hijaunya sawah padi dan kedudukan inap desa di lereng bukit. Ia tidak terdapat di inap desa lain di negara ini," katanya.

Sadiah Mohammad, 53, dari Perak pula memberitahu, pengalamannya berbasikal di inap desa dengan suasana kampung amat menyeronokkan.

"Pakej inap desa di Perlis ini sesuatu yang unik dan sepatutnya setiap inap desa mempunyai ikon dan tarikan sendiri supaya ia boleh dikenang sampai bila-bila," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Atur langkah promosi pelancongan bersama

Posted:

Atur langkah promosi pelancongan bersama

Atur langkah promosi pelancongan bersama

SEREMBAN 20 Jun - Kehadiran rombongan pelancongan dari Negeri Sembilan ke Perlis dilihat mampu mempromosikan produk masing-masing untuk dikunjungi pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar Perlis, Ahmad Bakri Ali berkata, selain promosi, kedua-dua negeri ini juga boleh menjalinkan kerjasama untuk membawa pelancong masing-masing melawat inap desa di Perlis dan Negeri Sembilan.

"Semua inap desa ini merupakan destinasi percutian keluarga yang menarik.

"Cara mana kita hendak promosikan, itu perlu ditangani bersama supaya kedua-dua negeri beroleh manfaat bersama dan meningkatkan kehadiran pelancong masing-masing," katanya di Perlis baru-baru ini.

Menurutnya, dia gembira dengan kehadiran rombongan dari negeri Adat Perpatih ini, apatah lagi ia disertai bersama media tempatan.

''Saya harap keunikan di inap desa Ujung Bukit di Perlis ini dapat dinyatakan kepada masyarakat di Negeri Sembilan supaya mereka juga boleh datang dan merasai keseronokan apabila berada di inap desa itu," katanya.

Pengarah Tourism Perlis, Syaliza Abd.Aziz berkata, tujuan diadakan program ini ialah untuk mendedahkan inap desa yang ada di negeri berkenaan, selain membawa wakil media tempatan melawat kawasan menarik.

''Kita mahu maklumat ini disampaikan kepada masyarakat supaya mereka boleh datang ke negeri Perlis. Kita juga akan membantu mempromosikan pakej pelancongan di Negeri Sembilan melalui media di negeri Perlis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved