Selasa, 21 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Geng curi motosikal guna Facebook tumpas

Posted:

Geng curi motosikal guna Facebook tumpas

Geng curi motosikal guna Facebook tumpas

KLUANG 20 Jun - Empat pemuda yang menggunakan laman sosial Facebook dalam kegiatan jenayah curi motosikal sejak tahun lalu, akhirnya berjaya diberkas polis di daerah ini minggu lalu.

Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 24 tahun ditahan di Taman Perkasa di sini pada pukul 12.10 tengah malam, 13 Jun lalu.

Kumpulan penjenayah itu yang tidak bekerja dikatakan merancang operasi jenayah mereka di laman Facebook dengan nama profil 'belut'.

Dengan penangkapan mereka, polis yakin dapat menyelesaikan 17 kes curi motosikal di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, siasatan polis mendapati, mereka akan melakukan kegiatan curi motosikal mengikut perancangan yang ditulis dalam Facebook, sebagai contoh waktu yang sesuai untuk melakukan jenayah itu.

"Bagaimanapun, tindakan mereka ini hanya memudahkan pihak polis untuk menahan dan membuktikan kesalahan mereka," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Mohd. Fawzi berkata, suspek pertama ditahan di sebuah rumah di taman itu bersama sebuah motosikal curi. Hasil soal siasat, membawa kepada penangkapan tiga lagi suspek bersama tiga lagi motosikal yang dicuri.

Katanya, motosikal tersebut digunakan suspek dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu, selain sebahagian komponennya dijual di pasaran gelap.

Beliau memberitahu, kumpulan itu sering menjadikan motosikal jenis Honda EX5 sebagai sasaran.

Menurutnya, semua suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Sekyen 379A/411 Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal dan memiliki barang curi yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun penjara dan denda, jika disabit kesalahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harap semua patuhi keputusan

Posted:

Harap semua patuhi keputusan

Harap semua patuhi keputusan

ANAK JATI JOHOR


Seorang pemilik kenderaan yang berdaftar dari Singapura mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Johor Bahru, semalam walaupun kerajaan memutuskan hanya warga Malaysia sahaja boleh menggunakan minyak jenis itu termasuk pemegang MyKad.


SEBAGAI pengguna saya menyambut baik langkah kerajaan melarang penjualan petrol RON95 dan gas asli (NGV) kepada semua pemandu kenderaan pendaftaran asing bermula pertengahan bulan lalu selepas pengecualian yang diberikan kepada pemegang MyKad ditarik balik.

Berbanding pada 1 Ogos tahun lalu, arahan larangan penjualan petrol RON95 dikeluarkan kepada kenderaan berpendaftaran asing di seluruh negara tetapi pengecualian diberi kepada warga negara Malaysia yang mengemukakan MyKad sebagai pengesahan.

Langkah yang diambil kerajaan ini amat bertepatan memandangkan banyak maklum balas tentang ketirisan dan penyelewengan daripada penggunaan MyKad susulan pelaksanaan arahan berkenaan.

Sebagai rakyat negara ini, sudah tentu kita tidak mahu rakyat asing mengambil kesempatan subsidi petrol yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat tempatan.

Rakyat asing ini telah terlalu lama 'tumpang kaki' menikmati subsidi minyak yang banyak menguntungkan mereka sejak dahulu.

Justeru, sebagai rakyat negara ini, saya berharap rakyat negara ini menggunakan kenderaan berpendaftaran asing faham dengan tindakan diambil kerajaan ini.

Kepada pengusaha stesen minyak pula, arahan tetap arahan dan diharap mereka mematuhi peraturan itu dengan baik.

Sementara itu, pihak berkuasa yang bertanggungjawab memantau penjualan petrol ini diharap sentiasa memantau stesen minyak agar tiada pengusaha tidak mematuhi arahan terbaru ini.

Sekiranya didapati terdapat pengusaha stesen minyak ingkar dengan arahan tersebut, tindakan tegas harus diambil termasuk membatalkan lesen perniagaan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved