Selasa, 21 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Pelajar diajar baiah, demonstrasi

Posted:

Pelajar diajar baiah, demonstrasi

Pelajar diajar baiah, demonstrasi

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 20 Jun - Pelajar yang terlibat dalam gerakan didakwa menghasut untuk membenci dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad di sebuah sekolah agama di Tampin telah diminta untuk berbaiah menyimpan rahsia, selain diajar cara mengadakan demonstrasi haram.

Salah seorang pelajar terlibat dikenali sebagai Ahmad, 18, memberitahu, mereka perlu membuat ikrar taat setia kepada kumpulan itu supaya ia tidak dihidu oleh orang lain dan jika mengingkarinya mereka akan ditimpa kecelakaan atau musibah.

Dalam pengakuannya kepada Utusan Malaysia, dia mendakwa program selama tiga hari dua malam itu dihadiri seramai 100 pelajar di sebuah ladang terpencil di Kuala Pilah dekat sini pada bulan lalu.

"Upacara baiah itu dilakukan sebagai tanda sumpah setia kami terhadap kumpulan itu dan kami juga dilarang sama sekali untuk membocorkan rahsia kepada umum atau kami akan menerima musibah jika diingkari.

"Majlis ikrar taat setia itu dijalankan di hadapan beberapa ustaz dan fasilitator yang datang dari beberapa buah universiti tempatan," dakwanya.

Mengulas lanjut, Ahmad menjelaskan, sebaik sahaja selesai upacara baiah itu, semua pelajar diajar untuk terbabit dalam demonstrasi bagi tujuan persediaan dan merasai pengalaman mengadakan perhimpunan haram.

Beliau berkata, dalam aktiviti itu, sebahagian daripada pelajar akan berlakon sebagai polis manakala satu kumpulan lagi bertindak sebagai penunjuk perasaan.

"Ketika mengadakan tunjuk perasaan itu, kami diminta bertakbir beberapa kali sekuat hati sambil berlakon melawan kumpulan yang menjadi anggota polis. Kami juga dibaling dengan kasut dan botol minuman plastik bagi merasai pengalaman berdemonstrasi.

"Sebaik sahaja aktiviti selama sejam itu berakhir, beberapa fasilitator kemudian memberi ceramah dan menceritakan pengalaman mereka menyertai perhimpunan haram," katanya.

Menurutnya, dia mula berasa curiga selepas menghadiri program itu kerana melihat apa yang dilakukan sudah jauh menyimpang dan menyalahi undang-undang negara.

Sementara itu, sumber dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini mengesahkan pernah wujud gerakan militan di sebuah maahad di Kuala Pilah.

"Kita tahu kehadiran beberapa pemimpin ekstremis di maahad berkenaan dan kita pantau perkembangan itu sehingga kini.

"Kita juga menyiasat dakwaan sekolah agama di Tampin yang dipercayai menanamkan kebencian kepada kerajaan dan mengajar demonstrasi kononnya atas jemputan program motivasi," kata sumber itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Praktik konsep kesederhanaan

Posted:

Praktik konsep kesederhanaan

Praktik konsep kesederhanaan


NAJIB Tun Razak bersama ketua dan wakil-wakil negara peserta pada Sesi Pemukiman sempena Forum Perniagaan Malaysia-Afrika pada Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 kali kesembilan di Cyberview Lodge, Cyberjaya, semalam. Turut kelihatan Presiden Swaziland, Barnabas Sibusiso Dlamini (lima dari kiri), Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe (enam dari kiri), Presiden Tanzania, Jakaya Kikwete (lima dari kanan) dan Naib Presiden Kenya, Kalonzo Musyoko (empat dari kanan).


CYBERJAYA 20 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak percaya konsep kesederhanaan atau wasatiyyah yang dipraktikkan di negara ini mampu menjadi formula untuk menyelesaikan konflik sosiopolitik yang melanda benua Afrika.

Perdana Menteri berkata, negara-negara Afrika yang menyertai Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 bersetuju konsep itu bersesuaian di benua mereka yang memiliki kepelbagaian bangsa dan agama.

Menurut beliau, ia juga sesuai dijadikan satu platform yang sangat baik untuk Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan negara membangun mengambilnya sebagai satu tema dan landasan yang perlu diperjuangkan.

"Dalam mesyuarat dua hala petang ini saya telah terangkan tentang konsep itu dan semua pemimpin LID begitu berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam.

"Presiden Tanzania sendiri berkata bahawa dari segi penyelesaian konflik dalaman di Burundi, mereka telah cuba mengenal pasti siapa yang boleh diiktiraf sebagai moderator untuk menyelesaikan konflik itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dua hala dengan ketua-ketua negara dan delegasi LID 2011 di sini hari ini.

Najib berkata, mesyuarat tersebut turut menyentuh tentang aspek keselamatan tenaga dan makanan serta media sosial untuk transformasi.

"Bagi aspek pertama itu kita telah berbincang dengan begitu mendalam bahawa punca masalah di benua Afrika ini adalah produktiviti mereka dalam bidang pengeluaran makanan adalah terlalu rendah kerana mereka tidak guna teknologi terkini, benih berkualiti, saliran air yang bersepadu dan kurangnya petani-petani yang ada kemahiran.

"Jadi, persoalannya bagaimana kita boleh perbetulkan keadaan ini termasuk kekurangan akses kepada kredit. Dan inilah perkara yang kita mungkin bantu sama ada melalui konsep perkongsian pintar dengan negara di Afrika itu," katanya.

Beliau berkata, bagi aspek kedua pula, negara peserta bersetuju bahawa pendidikan adalah satu alat yang boleh meningkatkan lagi tahap pendidikan dan keilmuan.

"Mereka percaya kalau nak buat perubahan, asas yang mesti ada adalah peningkatan dalam bidang pendidikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Interaksi negara peserta LID bantu pembangunan, kemakmuran

Posted:

Interaksi negara peserta LID bantu pembangunan, kemakmuran

Interaksi negara peserta LID bantu pembangunan, kemakmuran

PUTRAJAYA 20 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, interaksi antara negara amat penting untuk mencapai pembangunan dan kemakmuran.

"Tidak ada negara atau daerah yang boleh menjadi pulau kepada diri sendiri sebaliknya perlu bertukar-tukar pandangan mengenai isu kepentingan bersama.

"Melalui pertukaran pandangan, kita dapat mewujudkan kerjasama untuk kebaikan bersama terutama di bawah naungan program Perkongsian Bestari untuk transformasi sosioekonomi," katanya.

Beliau berucap pada majlis makan tengah hari meraikan anggota felo emeritus, Perkongsian Komanwel bagi Pengurusan Teknologi (CPTM) dan menteri-menteri yang mengambil bahagian dalam Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 di sini hari ini.

Dialog tiga hari itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Muhyiddin menjelaskan, di bawah konsep tersebut, setiap rakyat akan mendapat manfaat kerana kekayaan baharu akan diwujudkan dan dikongsi bersama kerana ia satu pencapaian yang hebat dalam perlumbaan ke puncak kejayaan.

Menurutnya, sejak ditubuhkan 15 tahun lalu, negara peserta LID sangat komited untuk membasmi kemiskinan dan memanfaatkan hasil dialog untuk dilaksanakan di negara masing-masing.

"Di Malaysia, kerajaan memperkenalkan empat tonggak iaitu Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan; Program Transformasi Ekonomi dan Model Baru Ekonomi yang akan bertindak sebagai mekanisme untuk mencapai matlamat sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang inklusif dan mapan menjelang 2020," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved