Selasa, 21 Jun 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bantu penduduk luar bandar

Posted:

Bantu penduduk luar bandar

Bantu penduduk luar bandar

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Mohd. Soffi


KUALA LIPIS 21 Jun – Penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) perlu lebih proaktif membantu penduduk luar bandar terlibat dalam sektor pembangunan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, golongan berkenaan perlu bersedia dengan pengetahuan, kemahiran dan gaya kepimpinan untuk mencorakkan pemikiran penduduk supaya lebih inovatif dan kritis.

Menurut beliau, penyertaan penuntut IPTA dalam program turun padang sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menyediakan graduan yang berketerampilan dan berintegriti.

''Sebab itulah projek kemasyarakatan seperti bakti siswa antara modus operandi penuntut untuk berdamping rapat dengan penduduk luar bandar termasuk Orang Asli.

''Inilah masanya penuntut memperluaskan pengetahuan dan kemahiran untuk memperkasakan kehidupan penduduk berkenaan sekali gus melaksanakan penyelidikan dalam pelbagai bidang berasaskan pengajian masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Program Bakti Siswa dan Anak Angkat anjuran Gerakan Belia 4B (GB4B) Lipis dan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, di Kampung Budu, dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama, Penghulu Mukim Budu, Abdul Karim Yaakob, Pengerusi GB4B Lipis, Azhari Rose, Naib Pengerusi GB4B Kampung Budu Baru, Yusaini Samad dan pensyarah UUM, Nurul Naimah Rose.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan 40 penuntut UUM kepada 12 keluarga angkat masing-masing.

Mohd. Soffi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta berkata, usaha penuntut berkenaan ditagih untuk bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk menjadi ejen perubahan kepada penduduk luar bandar.

Justeru, katanya, falsafah program bakti siswa dan anak angkat di kampung itu bukan sahaja melestarikan kepimpinan barisan pelapis malah dapat menerapkan nilai akhlak dan jati diri di kalangan penuntut terbabit.

Sementara itu, Azhari berkata, pembabitan penuntut IPTA menerusi program bersama penduduk luar bandar dan pedalaman serta Orang Asli antara pengisian GB4B Lipis untuk berkongsi idea dan kemahiran dalam kerangka mengubah sikap penduduk terhadap pembangunan.

''Kita ada ramai profesional dalam pelbagai bidang tetapi dengan kehadiran penuntut IPTA, ia dapat memantapkan lagi misi dan visi GB4B Lipis mencorakkan pemikiran masyarakat luar bandar khususnya membantu pemimpin setempat merancakkan pelbagai program pembangunan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

GiatMara Jerantut tawar tiga kursus baru

Posted:

GiatMara Jerantut tawar tiga kursus baru

GiatMara Jerantut tawar tiga kursus baru


Surya Asan (kanan) memerhati kakitangan dan pelatih membuat kerja mereka di GiatMara Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 21 Jun - Pusat GiatMara di sini menawarkan tiga kursus baru kepada pelatih di bawah program Latihan 1Malaysia di institusi itu bulan depan.

Pengurus GiatMara daerah, Surya Asan berkata, tiga kursus baru itu ialah Teknologi Automotif, Pendawai Elektrik dan Teknologi Kimpalan membabitkan 28 program mengikut modul yang disediakan.

Menurut beliau, seramai 420 pelatih dijangka mengikuti program Latihan 1Malaysia di Pusat GiatMara tersebut tidak lama lagi.

"Kami mengalu-alukan remaja dari daerah ini menyertai program ini yang akan mengambil masa selama 40 jam untuk menamatkan sesuatu kursus yang disediakan.

"Setiap kursus akan dijalankan selama lapan jam sehari pada hari cuti dan waktu malam dengan bayaran RM1 setiap jam," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Surya berkata, program tersebut merupakan strategi yang diambil GiatMara untuk melaksanakan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

"Program ini terbuka kepada warganegara berusia 15 tahun ke atas dan mempunyai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)," katanya.

Menurut Surya, mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di GiatMara Jerantut atau melayari laman web www.giatmara.edu.my.

Sementara itu, katanya, GiatMara Jerantut turut menjalankan program Perantisan melibatkan belia menganggur dan terbiar terbiar berusia antara 15 dan 20 tahun.

"Golongan remaja yang tidak bersekolah dan menganggur boleh menyertai program ini yang dijalankan di bengkel atau premis yang dipilih sendiri oleh individu berkenaan," jelasnya.

Surya memberitahu, program bekerja sambil belajar itu akan dipantau oleh tenaga pengajar GiatMara dalam tempoh enam bulan sebelum sijil diberikan kepada peserta.

"Program ini bertujuan mengelakkan golongan remaja daripada hidup tanpa tujuan dengan hanya mengharapkan sumber kewangan daripada ibu bapa sedangkan mereka boleh berdikari biarpun tidak memiliki kelulusan tinggi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Silat: UiTM Pahang dapat gangsa

Posted:

Silat: UiTM Pahang dapat gangsa

Silat: UiTM Pahang dapat gangsa


Nur Afzan Abu Kassim (duduk dua dari kiri ) bersama enam pelajar UiTM Cawangan Pahang yang menyertai Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011 di UTP Perak, baru-baru ini.


MARAN 21 Jun – Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang berjaya meraih satu pingat gangsa dalam kategori Bunga Silat pada Kejuaraan Seni Silat Warisan Mahaguru 2011 di Dewan Besar Universiti Teknologi Petronas (UTP), baru- baru ini.

Sebelum itu, UiTM Pahang berjaya melangkah ke peringkat akhir dalam dua kategori iaitu Bunga Silat dan Srikandi.

Pengurus pasukan, Nur Afzan Abu Kassim berkata, seramai enam pelajar UiTM Pahang termasuk seorang mahasiswi mempamerkan kehebatan masing-masing dalam kejohanan itu.

Menurut beliau, Persekutuan Seni Silat Kebangsan (PESAKA) Pahang telah memberi kepercayaan kepada pasukan Pencak Silat UiTM Pahang untuk mewakili Negeri Pahang Ke kejuaraan yang julung kalinya diadakan ini.

Katanya, kejuaraan itu amat mencabar kerana para pesertanya terdiri daripada persatuan silat terkenal dan terbaik negara.

''Sebanyak 15 pasukan silat Melayu daripada pelbagai aliran di Malaysia dan luar negara seperti Britain, Indonesia, Australia, Brunei dan Thailand menyertai pertandingan ini.

''Kejuaraan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Nur Afzan, sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Bunga Silat, Tempur Tanpa Senjata, Tempur Bersenjata dan Serikandi.

Katanya, kejuaraan itu juga diadili oleh 15 guru silat berpengalaman dalam dunia persilatan yang diiktiraf PESAKA.

''Aspek penjurian yang amat ketat ditekankan sepanjang kejuaraan berlangsung. Hanya pesilat yang benar-benar mampu menonjolkan seni bela diri Melayu tulen dinobatkan sebagai juara,'' katanya.

Beliau bersyukur dan berpuas hati kerana atlet Pencak Silat UiTM Pahang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir seterusnya merangkul satu pingat gangsa.

''Ini sedikit sebanyak menaikkan nama UiTM Cawangan Pahang dan negeri ini dalam dunia persilatan Melayu,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved