Utusan Online - Megabait |
Pendengaran sempurna dengan Bose Posted: 18 May 2014 11:46 PM PDT Oleh NOOR DIANA AZIS Menikmati muzik dengan QC20 mengurangkan gangguan mendengar. Atlas Hifi Corporation Malaysia Sdn.Bhd. bersama Bose baru-baru ini memperkenalkan dua produk yang memberi pendengaran sempurna tanpa sebarang gangguan kepada pengguna menerusi fon telinga QuietComfort 20 (QC20) dan pembesar suara mini SoundLink. QC20 berfungsi sebagai fon telinga yang mengurangkan gangguan luar serta memberikan prestasi audio terbaik dengan menawarkan pendengaran dua hala. Teknologi TriPort yang dimilikinya meningkatkan keberkesanan ruang akustik pada palam telinga. Selain itu, ia memberi pada sekitar telinga dengan proprietari StayHear memberikan keselesaan maksimum kepada pengguna walaupun menggunakannya dalam masa yang lama. Kuasa bateri yang boleh menampung sehingga 16 jam penggunaan itu turut menyokong aliran muzik meskipun kehabisan kuasanya . Turut dibina bersama mikrofon serta butang kawalan yang membolehkan pengguna menerima panggilan, QC20 menyokong aplikasi Android, Windows ada BlackBerry manakala QC20i direka khusus untuk penggunaan bersama iPhone, iPad serta model-model iPod yang lain. Bagi pengguna yang lebih gemar mendengar muzik dalam suasana santai, pembesar suara SoundLink Mini menampilkan teknologi kejuruteraan dua radiator bagi menajamkan nada rendah. Pemproses isyarat digital Bose turut diintegrasikan bagi menghasilkan bunyi yang seimbang dengan nada pada mana-mana nada. Menggunakan Bluetooth A2DP dan antena bagi tujuan sambungan tanpa wayar, peranti ini mudah dipasang dan dikendalikan hanya dengan menekan satu butang pada panel kawalan pembesar suara apabila telah disambungkan pada peranti. Data sambungan peranti pula akan disimpan dalam memori bagi memudahkan sambungan di lain masa serta kuasa bateri ion litium yang dibina bersamanya boleh diulang cas dan mampu bertahan sehingga tujuh jam pada sekali penggunaan cas penuh. Hanya seberat 680 gram, pembesar suara SoundLink Mini pasti memberikan anda kepuasan mendengar yang sempurna. Kedua-dua produk ini boleh didapati di bilik pameran Atlas Experience, dengan harga RM1,100 bagi pembesar suara SoundLink Mini dan RM1,560 bagi fon telinga QC20. Bagi mereka yang berminta untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedua-dua peranti daripada Bose ini, boleh layari laman web www.bose.com. |
Posted: 18 May 2014 11:46 PM PDT Susunan NOOR DIANA AZIS Selepas hanya beberapa bulan memperkenalkan empat model, Oppo Electronics Corp., syarikat pengeluar telefon pintar antarabangsa baru-baru ini memperkenalkan peranti 4G pertama yang menyokong resolusi Quad definisi tinggi (HD). Diperkenalkan sebagai Find 7, telefon bimbit pintar yang dinamakan sebagai kesinambungan kepada siri Find 5 dengan binaan saiz fizikal 5.5 inci berkapasiti 533 pixel per inch (ppi) samping menampilkan teknologi sesentuh pada lensa. Dibina bersama perlindungan Gorilla Glass 3 pada skrinnya, Find 7 tidak mengehadkan karya fotografik menerusi binaan kamera berkuasa 13 megapiksel termasuk peningkatan perisian sehingga 50 megapiksel bagi memastikan imej yang dirakam lebih sempurna dan jelas. Dilengkapi dengan perisian Pure Image 2.0, peranti ini turut dilengkapi dengan enam lensa kanta fizikal, penderia Sony Stacked CMOS IMX214 terbaru serta aperture f / 2.0. Dengan 4K serta rakaman video 1080p pada 30 fps dan gerak perlahan pada 120 fps (dedahan sesaat) menjadikan Find 7 sesuai untuk segala jenis persekitaran. Jika telefon bimbit pintar lain sering dilihat agak tidak mesra pengguna dengan jangka hayat baterinya, lain pula dengan Find 7 yang mampu merangsang hayat bateri sehingga 75 peratus hanya dalam 30 minit waktu cas. Sejajar dengan maksud Oppo iaitu sahabat atau teman', telefon pintar tersebut dapat menjalin hubungan mesra dengan kira-kira 42 juta pelanggan telefon bimbit di negara ini, sama seperti empat model terdahulu. Empat model yang dibawa masuk pada Mac lalu ialah N1, Find 5 Mini,R1 dan Oppo Neo, Dibangunkan bersama teknologi pengecas VOOC, Find 7 merangsang sehingga empat kali lebih pantas daripada pengecas peranti konvensional lain. Find 7 kini sudah berada di pasaran tempatan menerusi pengedar sah berdaftar dan bagi mereka yang berminat serta ingin dapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.oppo.com. Syarikat berkenaan setelah memasuki pasaran telefon mudah alih pada 2008 sehingga kini mempunyai rangkaian pejabat di beberapa negara termasuk Thailand, Indonesia, Vietnam, India dan Mexico dan terbaharu Malaysia serta Singapura. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan