Isnin, 19 Mei 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


80 hektar tanah untuk bina rumah mampu milik di Johor

Posted: 19 May 2014 03:56 AM PDT

TANGKAK 19 Mei - Kerajaan Johor hari ini mengumumkan tanah seluas 80 hektar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir sebagai tapak projek perumahan mampu milik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek itu akan dilaksana secepat mungkin bagi memenuhi keperluan perumahan golongan berpendapatan rendah yang semakin mendesak.

"Pada masa ini, sebanyak 2,500 unit rumah mampu milik sedang dibina oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan tetapi tertumpu di bandar Tangkak sahaja.

"Kita perlu menyediakan rumah di kawasan seperti pekan Sagil dan lain-lain tempat di DUN Gambir untuk memenuhi permintaan golongan berpendapatan rendah," katanya semasa berucap dalam Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah, Bantuan Rumah dan Pelancaran Inap Desa di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sagil, di sini hari ini.

Beliau juga mengumumkan kerajaan negeri bersetuju membina kompleks pejabat daerah dan pejabat tanah daerah Ledang yang baharu. - BERNAMA

Pelajar Poly-Tech Mara dan rakan maut dalam nahas

Posted: 19 May 2014 03:34 AM PDT

GUA MUSANG 19 Mei - Seorang pelajar Kolej Poly-Tech Mara Kota Baharu dan rakannya terbunuh apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Km 20, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini pagi tadi.

Kejadian 3.50 pagi itu mengorbankan Hasnanie Hassan, 20, dari Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar Jeram Tekoh dan Muhammad Aizuddin Mohd Noor@Ab Aziz, 20, dari Kampung Kubang Badak, Pasir Mas yang memandu kereta itu.

Pemandu lori berkenaan Wan Alias Wan Mamat, 44, dari Kampung Lundang, Kota Baharu dan rakannya Mohammad Yusoff, 55, dari Kampung Pantai Kundur, Kota Baharu tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala Gua Musang manakala lori itu datang dari arah bertentangan. - BERNAMA

Kerajaan perlu kaji dasar pemberian subsidi diesel

Posted: 19 May 2014 01:50 AM PDT

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

PUTRAJAYA 19 Mei - Kerajaan diminta mengkaji semula dasar pemberian subsidi diesel untuk mengekang kes penyelewengan yang terus meningkat sejak 2010.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Mohd Shukri Abdul berkata, sebanyak lebih 90 tangkapan telah dibuat berhubung kes penyelewengen tersebut sejak 2010.

Beliau berkata, jumlah kerugian yang direkodkan pada tahun tersebut lebih RM50 juta terus dan terus meningkat dari tahun ke tahun.

"Kalau dibiarkan kerajaan akan mengalami kerugian besar dan rakyat tidak dapat terima hak yang sepatutnya," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved