Utusan Online - Johor |
Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI Sulaiman Salleh (tiga dari kanan) menyampaikan sijil kepada seorang peserta sempena Majlis Penutup Program Ronda Riadah Johor 2014 di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/Baazlan Ibrahim JOHOR BAHRU 16 April - Program Ronda Riadah Jelajah Johor 2014 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung pencegahan jenayah yang dianjurkan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri berjaya mencapai misinya. Ketua Polis Daerah JBS, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, jelajah berbasikal yang melibatkan kira-kira 150 peserta itu diadakan bersempena dengan Hari Polis ke-207 yang disambut baru-baru ini. Selain bertujuan meningkatkan kesedaran berhubung pencegahan jenayah melalui pengedaran risalah, jelajah ini turut berjaya membina hubungan baik antara anggota polis dan masyarakat. Ini kerana program yang dianjurkan bermula sejak 12 April yang lalu bukan sahaja melibatkan anggota, tetapi juga pelbagai lapisan masyarakat termasuk rakyat Singapura," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Program Ronda Riadah Jelajah Johor 2014 di sini hari ini. Menerusi program tersebut, peserta berjaya menamatkan kayuhan basikal sejauh 610 kilometer yang merentasi daerah-daerah di seluruh Johor antaranya Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian. Sementara itu, pegawai penyelaras program yang turut menyertai jelajah, Inspektor Hasbullah Noor berkata, program tersebut bukan sahaja menguji kekuatan fizikal dan mental para peserta, tetapi ia lebih daripada itu. Peserta yang terlibat dengan program ini diuji secara mental dan fizikal, namun apa yang lebih penting adalah hubungan yang terjalin antara anggota polis dan anggota masyarakat. Hubungan positif itu adalah penting dalam memastikan kejadian jenayah dapat dikekang dengan sebaiknya khususnya di negeri ini," katanya. |
Kaunseling rawat trauma mangsa van terbabas loji kumbahan Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT JOHOR BAHRU 16 April - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri menyediakan khidmat kaunseling kepada kanak-kanak yang terlibat dengan kemalangan van terbabas ke dalam loji kumbahan yang mengorbankan seorang kanak-kanak Tadika Kemas Kaisara, di sini kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md. Ariff berkata, sungguhpun keadaan mereka yang terlibat sudah semakin stabil, pihaknya mahu memastikan mereka pulih sepenuhnya daripada keadaan trauma dari segi mental dan juga emosi. Adalah penting untuk kami memastikan individu yang terlibat seperti kanak-kanak, ahli keluarga mereka dan juga guru-guru tadika pulih sepenuhnya. Sehubungan itu, JKM negeri telah menyediakan khidmat kaunseling kepada mereka yang terlibat sejak semalam," katanya yang turut mengunjungi mangsa di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini. Kemalangan yang berlaku pukul 12.15 tengah hari di Taman Universiti, Skudai itu mengorbankan Muhammad Azri Aqif Azhar, 4, dan turut mencederakan lima kanak-kanak lain. Sementara itu, Yang Dipertua Badan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat negeri Johor (Juita), Datin Seri Rosni Omar berkata, lawatan yang diadakan pihaknya bertujuan memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada pihak terlibat. Seramai kira-kira 15 ahli Juita hadir hari ini menyatakan sokongan mereka di samping menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa," katanya. Di kesempatan ini, saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu khususnya pihak HSA," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan