Utusan Online - Dalam Negeri |
- TPM mahu masjid berperanan menyatukan ummah
- STING tumpaskan satu lagi sindiket dadah
- MERS-Cov: 64 penduduk Kampung Bintang dikuarantin
TPM mahu masjid berperanan menyatukan ummah Posted: 17 Apr 2014 12:35 AM PDT Oleh ANI AWANG KEPALA BATAS 17 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan masjid berperanan sebagai sebuah institusi penyatuan ummah. Beliau berkata demikian di majlis ramah mesra bersama guru agama dan pegawai masjid di MRSM, di sini pagi ini. - UTUSAN ONLINE |
STING tumpaskan satu lagi sindiket dadah Posted: 17 Apr 2014 12:33 AM PDT KUALA LUMPUR 17 April - Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman berjaya menumpaskan satu sindiket dadah yang direkodkan terbesar tahun ini melibatkan rampasan syabu bernilai RM18 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, lima lelaki termasuk seorang warga Singapura berusia 21 hingga 58 berjaya ditahan dan syabu seberat 125 kilogram turut dirampas menerusi tiga serbuan yang dilakukan di Subang Jaya dan Melaka, Selasa lalu. - UTUSAN ONLINE |
MERS-Cov: 64 penduduk Kampung Bintang dikuarantin Posted: 17 Apr 2014 12:31 AM PDT Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD BATU PAHAT 17 April - Seramai 64 penduduk Kampung Bintang dekat sini dikuarantin seminggu di rumah masing-masing berikutan mengalami tanda-tanda awal Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-Cov). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, jumlah tersebut adalah daripada 100 penduduk yang telah membuat pemeriksaan di pusat pemeriksaan khas jangkitan MERS-Cov di kampung itu. "Pusat itu dibuka berikutan kematian seorang penduduk yang baru pulang daripada mengerjakan umrah dan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan MERS-Cov. "Ini kes pertama di negara ini dan kita memandang serius dengan mengambil tindakan membuka pusat pemeriksaan khas agar penyakit ini tidak merebak," katanya selepas meninjau pusat pemeriksaan terbabit sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan