Khamis, 17 April 2014

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


2 beranak rentung dalam kebakaran di Kota Marudu

Posted: 17 Apr 2014 08:54 PM PDT

KOTA KINABALU 18 April - Dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah kayu di Kampung Kirangawan, Kota Marudu kira-kira 113 kilometer dari sini awal pagi tadi.

Mayat Maijun Napaas, 42, dan anak lelakinya Alexwin, 5, ditemui di ruang tamu di rumah mereka.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu berkata, anak perempuan Maijun berumur lapan tahun sempat menyelamatkan diri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Bomba Mohd Affendi K. Ramin berkata, kebakaran berlaku kira-kira pukul 1.15 pagi dan memusnahkan keseluruhan rumah keluarga itu.

"Sebuah lagi rumah jenis kayu turut terbakar 10 peratus di bahagian dinding," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Karpal, pembantu peribadi maut

Posted: 17 Apr 2014 11:35 AM PDT

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KERETA Toyota Alphard dinaiki oleh Karpal Singh yang terlibat dalam kemalangan di KM306.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung awal pagi semalam.

KAMPAR 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 306.1, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke arah utara berdekatan Gua Tempurung, Ipoh, awal pagi ini.

Ini merupakan kemalangan maut kedua melibatkan ahli Parlimen.

Pada 9 Oktober 2010, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Aru-Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam kejadian pukul 1.10 pagi ini, Karpal, 74, yang juga bekas Pengerusi DAP maut akibat kecederaan parah dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang rosak di bahagian kiri.

Dalam nahas itu, pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius turut terkorban manakala seorang lagi penumpang iaitu pembantu rumah wanita warga Indonesia, cedera parah dan sedang dirawat di zon merah Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB), Ipoh.

Walau bagaimanapun, pemandu MPV, C. Selvam yang merupakan seorang warganegara India serta anak Karpal, Ram Karpal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat Karpal dan Michael dibawa ke HRPB untuk dibedah siasat.

Ketika kejadian, kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah, hari ini.

LORI lima tan membawa muatan simen, besi dan mozaic dirempuh oleh MPV yang dinaiki oleh lima orang termasuk Karpal Singh dan pembantu peribadinya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), semalam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan berlaku apabila kenderaan dinaiki Karpal bersama empat penumpang lain melanggar sebuah lori jenis Mitsubishi Canter membawa muatan simen, besi dan mozek yang bergerak perlahan dari arah sama.

Katanya, MPV berkenaan merempuh bahagian kanan lori itu menyebabkan Karpal serta Michael yang berada di tempat duduk di bahagian kiri kenderaan, maut di tempat kejadian.

"Pemandu lori, Abu Mansor Mohd. mengalami kecederaan ringan manakala isterinya, Nur Azlina Ahmad dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kong Soon seterusnya memberitahu, hasil siasatan awal dan ujian air kencing terhadap Abu Mansor mendapati lelaki berusia 45 tahun itu positif dadah jenis ganja.

"Walaupun begitu, ini merupakan saringan awal, kami masih menunggu laporan. Siasatan terhadap Selvam pula masih berjalan dan kami akan ambil sampel air kencingnya selain membuat ujian darah," jelas beliau.

Ujar Kong Soon, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

"Siasatan juga mendapati MPV dinaiki Karpal mempunyai 29 rekod kesalahan lalu lintas di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu melebihi had laju.

Daripada jumlah itu 15 saman masih belum lagi dijelaskan," tambahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved