Utusan Online - Sukan |
Malaysia tuan rumah golf Piala EurAsia pertama tahun depan Posted: 26 Aug 2013 05:30 PM PDT SHAH ALAM 27 Ogos - Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Golf Piala EurAsia yang pertama, yang dimodelkan dengan Piala Ryder iaitu acara berpasukan di mana benua Eropah menentang Asia. Piala EurAsia, yang dikitiraf oleh Jelajah Asia dan Jelajah Eropah, akan menampilkan 10 pemain terbaik masing-masing dari Eropah dan Asia pada saingan selama tiga hari di Glenmarie Golf & Country Club di sini pada 28 Mac 2014. Professional Golf of Malaysia (PGM) dilantik oleh kerajaan untuk menyelaras kejohanan bernilai US$4 juta (RM12.8 juta) itu. Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, acara itu dijangka disiarkan secara langsung di lebih 45 negara di seluruh dunia. - Bernama |
Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT Oleh ZAZALI JAMIAN pemain-pemain skuad kebangsaan melakukan latihan kecergasan dalam kolam renang dekat hotel penginapan mereka di Ipoh, semalam. - UTUSAN/Hafiz Johari IPOH - Misi untuk memburu gelaran hoki Piala Asia 2013 kini bergantung kepada keputusan perlawanan menentang Jepun pada aksi terakhir Kumpulan A, hari ini. Malah, jurulatih Paul Revington juga sedar hanya kemenangan dan seri sahaja mampu menjadi penyelamat buat skuad kebangsaan untuk berada di landasan memburu gelaran Piala Asia di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah. Kata Revington, anak-anak buahnya tiada pilihan selain perlu meningkat dengan cepat untuk menentang Jepun selepas tewas kepada Pakistan 1-4, kelmarin. "Antara bahagian yang perlu diberikan perhatian ialah pada bahagian pertahanan kami. "Ada beberapa ruang kecil pada bahagian pertahanan perlu ditutup dan diperkemaskan ketika menentang Jepun. "Saya percaya pasukan Malaysia mampu memperbaiki kelemahan bagi mendapatkan keputusan yang baik," kata Revington. Pada aksi hari ini Malaysia perlu meraih sekurang-kurangnya satu mata jika mahu melangkah ke separuh akhir pada Jumaat ini. Mengikut format kejohanan hanya juara kumpulan dan naib juara sahaja layak ke separuh akhir bagi merebut tempat ke perlawanan akhir Ahad ini. Malah, aksi menentang Jepun dijangka berlangsung sengit berikutan pasukan lawan turut memasang impian ke Piala Dunia di Belanda tahun depan. Sementara itu, Malaysia yang atas kertas dikira layak ke Piala Dunia 2014 menerusi slot Oceania turun menentang Jepun tanpa tekanan besar. Kali terakhir Malaysia menentang Jepun ialah pada penentuan tempat kelima dan keenam pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru, bulan lepas. Pada kejohanan itu, Malaysia dipaksa bekerja keras untuk menewaskan Jepun menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan