Utusan Online - Luar Negara |
4 anggota polis Thai maut depan tadika Posted: 16 Aug 2013 11:08 AM PDT BANGKOK 17 Ogos - Sebanyak empat anggota polis Thailand maut dalam satu serangan bom tangan dan senjata di hadapan sebuah tadika di Narathiwat, wilayah selatan negara ini, semalam. Serangan dipercayai dilakukan kumpulan pemisah berlaku pada waktu petang ketika anggota tersebut mengadakan rondaan kereta di daerah Rueso yang menjadi `lokasi pemberontakan. ``Sebanyak empat anggota polis maut di dalam kenderaan mereka dalam kejadian di sebuah tadika, kata jurucakap balai polis Rueso, Mejar Denpong Temyod. - AFP |
Raja Saudi sokong tindakan Mesir menentang 'keganasan' Posted: 16 Aug 2013 11:07 AM PDT RIYADH 17 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah semalam, menyeru negara-negara Arab supaya berdiri bersama-sama menentang `usaha menjejaskan kestabilan Mesir, dalam satu mesej bagi menyokong kepimpinan tentera negara itu. ``Arab Saudi, rakyatnya dan kerajaan hari ini berdiri bersama saudara kami di Mesir dalam menentang keganasan. ``Saya menyeru kepada mereka yang jujur di Mesir dan negara-negara Arab serta negara Islam berdiri sebagai seorang lelaki dan satu hati dalam menghadapi cubaan untuk menjejaskan kestabilan negara yang berada di barisan hadapan negara Arab dan sejarah Islam, katanya dalam siaran televisyen negara ini. Arab Saudi merupakan sekutu rapat bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak dan mempunyai hubungan yang sukar dengan pergerakan Ikhwanul Muslimin. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan