Utusan Online - Jenayah |
Ibu bapa disyaki dera anak lima tahun direman 3 hari Posted: 16 Aug 2013 11:02 PM PDT IPOH 17 Ogos - Polis semalam menahan ibu bapa kanak-kanak perempuan lima tahun yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana disyaki didera bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong. Beliau berkata, lelaki berumur 39 tahun dan wanita berumur 30 tahun dari Menglembu itu ditahan reman selama tiga hari bermula semalam. Katanya pasangan itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh kira-kira l 1.30 petang semalam selepas diarah datang ke balai polis itu selepas polis menerima laporan bahawa kanak-kanak itu disyaki didera. "Polis menghubungi serta mengarahkan kedua-dua mereka ke balai polis selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang bertugas di HRPB selepas mengesyaki kanak-kanak itu telah didera berdasarkan hasil pemeriksaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Berdasarkan laporan awal, beliau berkata, kanak-kanak itu dihantar ke hospital berkenaan oleh anggota keluarganya pada awal pagi semalam dan pemeriksaan doktor mendapati terdapat luka di seluruh badan kanak-kanak itu dipercayai dipukul dengan rotan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan. - BERNAMA |
Jenayah di PP meningkat 4.7 peratus hingga Ogos Posted: 16 Aug 2013 10:32 PM PDT GEORGE TOWN 17 Ogos - Kadar jenayah di Pulau Pinang dalam tempoh Januari hingga pertengahan Ogos tahun ini meningkat sebanyak 281 kes atau 4.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi. Bagaimanapun, beliau berkata, peningkatan itu tidak melibatkan semua kategori jenayah selain jenayah samun tanpa senjata serta kecurian. "Yang menunjukkan peningkatan ialah samun berkawan tanpa senjata api dan kecurian termasuk kecurian motor van. "Pada pandangan saya, kadar kenaikan jenayah ini dapat kita bendung dengan kerjasama masyarakat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ulul Albab sempena sambutan Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang bersama Komuniti oleh Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah di sini, malam tadi. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan