Utusan Online - Hiburan |
Posted: 25 Aug 2013 05:44 AM PDT Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY INI kisah benar mengenai seorang wanita yang datang asalnya dari Singapura. Memasang impian dari kecil untuk menjadi seorang pelakon, biar di mana pun bumi dipijak, itulah yang cuma diinginkan. Lalu, peluang itu muncul. Mengembangkan bakatnya di negara sendiri sehingga namanya terukir sebagai bintang, Elfaeza Ul Haq sudah mampu tersenyum apabila pendakiannya untuk bergelar anak seni akhirnya tercapai. Selain berlakon, dia yang menceburi dunia seni seawal usia 18 tahun juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengarah dan produser teater kanak-kanak termasuk hos program kanak-kanak berjudul Krayon. Namun, entah kenapa masih lagi kekosongan masih dirasakan meski sudah berada di puncak itu. Walaupun sudah punya platform sendiri, saya tetap merasakan ia masih belum mencukupi. Saya dah tepu di Singapura," katanya membuka cerita mengenai perjalanan kariernya. Lalu, peluang menerjah industri hiburan Malaysia sekitar usia 21 tahun merupakan satu permulaan yang baik buat wanita yang mesra disapa sebagai Elfa ini. Sehabis baik dan sehabis daya memberi komitmennya pada dunia barunya di sini, rezeki Elfa datang lagi. Menerusi drama bersiri Adam dan Hawa, Elfa terjebak dalam fenomena luar biasa yang ketika itu merasuk rata-rata peminat setia drama yang turut menampilkan watak utamanya Aaron Aziz dan Nadiya Nisa. Tak terhenti di situ, Elfa kemudian membuktikan bahawa dia serius dengan industri lakonan di negara ini dengan memberikan yang terbaik menerusi drama Cinta Qaseh arahan Feroz Kader dan Dalam Setiap Sujudnya. Nah...apakah itu belum cukup melayakkan Elfa untuk dikenali di negara ini? Kalau cakap pasal dikenali, jujurnya saya tak rasa begitu. Rasanya, masih ramai di luar sana yang masih tertanya-tanya siapa Elfaeza? Kalau untuk dikenali pun belum ramai yang tahu, apatah lagi kalau nak kaitkan populariti dengan saya. Saya belum popular, itu satu perkara yang saya sendiri akui dan semua orang pun tahu. Tak perlu saya nak gembar-gemburkan hal yang saya sendiri sedar. Perjalanan ini jauh lagi dan saya tak perlu berdiri di atas populariti yang dibuat-buat atau direka-reka semata-mata nak memastikan orang tahu kewujudan saya dalam industri. Bagi saya, ia akan memendekkan jangka hayat saya dalam bidang ini kerana lambat laun orang tak suka dihidangkan dengan hal-hal begitu. Saya ke sini untuk mencari ruang dan peluang demi karier. Itu sahaja," katanya. Cerewetkah Elfaeza? Adat lama bergelumang dengan dunia seni, kalau tidak terpalit dengan cerita kurang enak maka belum cukup artislah seseorang itu. Elfa, dalam menempuh kehidupannya sebagai seorang artis di sini, juga tidak terlepas daripada pengalaman dilanda isu kontroversi. Tolak gosip cintanya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Itu semua umpama sudah lapuk untuk diceritakan. Tambahan pula, cerita itu sahih tidak benar. Yang ingin dikongsi ini adalah kontroversi bila mana Elfa dilabel berperangai cerewet dan dah memilih. Isu terkait apabila Elfa dikatakan sepatutnya memakai busana rekaan seorang pereka fesyen untuk sebuah majlis hiburan sebelum ini. Namun, apabila tiba hari kejadian, Elfa tidak memberikan sebarang maklumani kepada pereka fesyen tersebut sehinggalah menyebabkan individu itu berkecil hati. Melayangkan pertanyaan kepadanya, kata Elfa, semua itu berlaku kerana salah faham. Kalau orang mengaitkan kejadian itu dengan melabel saya cerewet, itu tak benar. Saya tak pernah nak tunjuk pandai dalam bab ini. Untuk sesi penggambaran misalnya, kalau orang bagi baju itu, baju itulah yang saya akan pakai. Tak ada pula saya nak lebih-lebih minta itu ini," katanya. Bagai mahu membela diri, wanita berusia 27 tahun ini menjelaskan, dia tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pereka fesyen untuk menghadiri majlis hiburan yang dimaksudkan. Untuk majlis itu, saya tak pernah hubungi atau berjanji dengan mana-mana pereka fesyen pun untuk menyarungkan busana mereka. Entahla, adakala saya terfikir, mungkin ada yang tersalah orang barangkali. Seingat saya, memang tak pernah saya buat janji begitu. Tapi saya ada bertemu dengan seorang pereka fesyen ini yang diperkenalkan oleh seorang teman. Ada bercakap tentang hal baju rekaan, tapi tak ada sampai berjanji nak pakai. Itu sebab saya sehingga sekarang masih bingung, siapa yang dimaksudkan oleh orang-orang yang buat cerita tu?" katanya. |
Posted: 25 Aug 2013 05:44 AM PDT ADA teman yang berbisik di telinga Miss J tentang pelakon cilik yang seorang ini, Elfira Loy. Hembusan bisikan teman Miss J itu bukan biasa-biasa tapi tak ubah seperti ribut taufan. Semuanya selepas dia bertembung dengan Elfira baru-baru ini. Ingatnya pada pertemuan itu teman Miss J boleh bersembang dan bertanyakan khabar sebab dah bertahun lamanya tak berjumpa. Tetapi agak menyedihkan apabila Elfira berlalu pergi tanpa berbalas senyuman atau bersalaman dengan teman Miss J yang banyak berjasa pada saat-saat awal kemunculannya satu ketika dulu. Jadi teman Miss J itu pun terasa sebab dia tak menyangka macam mana Elfira boleh jadi macam begitu. Sebab masa awal dahulu dia pernah berjanji pada teman Miss J untuk tidak lupa diri. Nak kata Elfira tak perasan kehadirannya, tak juga sebab tak ramai orang yang ada di tempat itu pada masa itu. Tapi teman Miss J lebih sedih apabila teringatkan janji yang diukir Elfira sebelum popular dulu. Elfira kata dia tak nak cepat lupa diri. Macam mana orang kenali dia yang ramah pada ketika itu, macam itulah dia pada masa akan datang. Dah namanya manusia, mudah lupa. Jadi janji yang diukir sebelum ini hanya tinggal janji. Elfira yang pada hari ini sememangnya berbeza dengan yang lama. Apatah lagi sewaktu orang nak guna bakatnya pada hari ini. Banyak tawaran berlakon di sana sini. Dan dengan itu Elfira dengan mudah melupakan orang-orang yang pernah berjasa dan susah bersama dengannya satu ketika dulu. Miss J hanya mendengar saja luahan teman Miss J itu. Jauh sekali nak menilai sebab kena dapatkan penjelasan daripada Elfira sebelum membuat penilaian. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan