Utusan Online - Timur |
- Warga emas dapat lesen motosikal
- Terima kunci rumah sebagai rezeki tahun baru
- Kad OKU baru lebih selamat
Warga emas dapat lesen motosikal Posted: Warga emas dapat lesen motosikalOleh SAMSUL BAHARI MOHAMEDpengarang@utusan.com.my Sebahagian warga emas menunjukkan tanda bagus apabila berjaya memiliki lesen motosikal pada Program Satu Komuniti Satu JPJ di Jeli, Kelmarin. JELI 31 Dis. - Seramai lebih 150 warga emas di Kampung Ayer Lanas di sini gembira apabila berjaya memiliki lesen motosikal selepas lulus ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kampung itu melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ). Bagi Jusuh Awang, 62, ia menjadi hari yang amat bermakna dalam hidupnya apabila menerima lesen tersebut daripada pegawai JPJ memandangkan selama ini dia tidak pernah terfikir untuk memilikinya. "Saya orang kampung, duit tidak cukup, jadi bila boleh dapat lesen lebih murah melalui program seperti ini amat bermakna kepada saya dan rakan-rakan yang turut menerimanya. "Selama berpuluh tahun saya menunggang motosikal tetapi tidak pernah memiliki lesen. Jadi, bermula hari ini saya membawa lesen motosikal ke mana sahaja," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia pada Majlis Penutupan Program SKSJ di Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas di sini, semalam. Program tersebut dirasmikan Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Azmi Setapa. Hadir sama, Pengarah Korporat dan Penyelidikan JPJ, Zamri Ali dan Pengarah JPJ Kelantan, Ab. Ghani Che Kassim. Seorang lagi penerima, Mohamed Noor Daud, 65, berkata, ujian mendapatkan lesen motosikal yang dilakukan pada SKSJ lebih mudah berbanding ujian di sekolah memandu biasa. "Semua ciri keselamatan itu memang ada dan perlu dilakukan, cuma saya rasa ujiannya tidak seperti di sekolah memandu kerana banyak prosedur perlu diselesaikan terlebih dahulu. |
Terima kunci rumah sebagai rezeki tahun baru Posted: Terima kunci rumah sebagai rezeki tahun baruMohd. Nasir Ibrahim Fikri (kanan) bersama sebahagian penerima kunci rumah Projek Awam Kos Rendah Banggol Peradong di Kuala Terengganu, kelmarin. KUALA TERENGGANU 31 Dis. - Impian 10 penduduk sekitar kawasan Parlimen Kuala Nerus untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai apabila menerima kunci rumah masing-masing semalam. Lebih manis, kunci itu diserahkan dua hari sebelum bermulanya tahun baru oleh Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri. Menurut Mohd. Nasir, kesemua 10 penduduk itu merupakan penerima terakhir bagi Projek Awam Kos Rendah (PAKR) Banggol Peradong di sini yang siap sejak 2006 lalu. Katanya, penyerahan kunci untuk penduduk di kawasan itu dilakukan secara berperingkat-peringkat sejak Mei tahun sama dan sepanjang tempoh itu, seramai 260 penerima ditawarkan untuk menduduki rumah tersebut. "Bagaimanapun, tidak semua penerima itu bersetuju untuk menduduki rumah berkenaan atas pelbagai alasan termasuk tidak mampu kerana ia dijalankan mengikut kaedah perjanjian sewa-beli untuk tempoh tiga tahun pertama sebelum boleh dimiliki sepenuhnya," katanya pada majlis penyerahan kunci rumah PAKR Banggol Peradong di pejabatnya di sini, semalam. Sebanyak 238 unit rumah dibina di kawasan itu dan setiap satunya dianggarkan bernilai RM30,000. Dalam pada itu, beberapa penerima yang ditemui nyata gembira dan menyifatkan penyerahan kunci tersebut sebagai rezeki tahun baru. Menurut penyelia tapak pembinaan, Mohd. Nasri Mohd. Napis, 33, dia bersyukur kerana berpeluang memiliki rumah sendiri setelah hampir dua tahun menunggu untuk berbuat demikian. "Sebelum ini saya hanya menumpang di rumah keluarga mertua dan adik-beradik lain," katanya. |
Posted: Kad OKU baru lebih selamatKUALA TERENGGANU 31 Dis. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri akan memperkenalkan kad keahlian orang kurang upaya (OKU) baharu bercirikan keselamatan dan lebih tahan lama untuk kegunaan kira-kira 10,000 ahlinya yang berdaftar tahun ini. Pengarahnya, Zuhaimi Omar berkata, kad keahlian OKU baharu yang bersaiz dan bercirikan seperti kad pengenalan diri itu mula diperkenalkan Ogos lalu bagi menggantikan kad berbentuk plastik. Katanya, kini, lebih 1,000 ahli menukar kad keahlian tersebut dan yang lain dijangka selesai menukarnya menjelang Julai tahun depan. Menurutnya, OKU boleh mengunjungi semua pejabat Kebajikan Masyarakat negeri dan daerah serta di 40 Pusat Khidmat Komuniti di seluruh daerah bagi memudahkan penukaran kad keahlian OKU yang baharu. "Saya harap semua OKU dapat menukar segera kad keahlian OKU lama kepada baharu yang diberikan secara percuma," katanya di sini, kelmarin. Pada masa sama, Zuhaimi juga mahu OKU yang belum mendapat keahlian dengan JKM boleh berbuat demikian kerana banyak manfaat apabila mendaftar sebagai ahli. Ini kerana, katanya, banyak kemudahan yang disediakan kerajaan kepada golongan tersebut dan kini lebih 30 kemudahan yang boleh dimanfaat ahli antaranya tambang pengangkutan. Katanya, masih ramai OKU tidak mendaftar dengan JKM walaupun pelbagai usaha termasuk turun padang dan hebahan untuk daftarkan mereka. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan