Utusan Online - Megabait |
Posted: Carian terhangat Google 2011ENJIN carian terkemuka, Google baru-baru ini mengeluarkan senarai Zeitgeist tahunan untuk Malaysia bagi terma carian terhangat di google.com.my sepanjang tahun ini. Senarai tersebut memberikan pandangan sepintas lalu berkenaan apa yang dicari oleh rakyat negara ini meliputi acara, detik-detik menarik, dan trend baru yang membuat kita terpesona sepanjang tahun 2011 ini. Pada tahun ini, senarai carian yang meningkat dengan pantas menunjukkan bahawa selain daripada rangkaian sosial dan juga bermain AngryBirds, rakyat Malaysia juga amat gemar untuk bergelak-tawa. Mereka juga mencari rancangan realiti televisyen (TV) Maharaja Lawak menduduki tangga ketiga. Apabila dilihat pada carian berkaitan rancangan TV, rakyat Malaysia amat gemarkan program realiti seperti America's Next Top Model (ANTM) X Factor USA dan American Idol 2011 merupakan antara carian rancangan TV popular sepanjang tahun ini. 'Tonton' dan 'Apa Itu' 'PPVRIP' turut tersenarai sebagai carian popular, menunjukkan rakyat Malaysia mula memfokuskan terhadap TV atas-talian. Pengguna di negara ini juga meminati teknologi turut menyumbang kepada trend carian sepanjang tahun. Gajet yang dilancarkan dan yang sekadar ura-ura sahaja memegang empat kedudukan tertinggi daripada 10 carian yang meningkat naik dengan pantas pada tahun ini, iaitu iPhone 5, iPad 2, Samsung Galaxy dan Android. Dalam bertanyakan soalan berkaitan teknologi, pengguna Malaysia bertanyakan "Apakah itu..." untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 'iPad', 'hacking' dan 'jailbreak'. Penyanyi dan penulis lagu - Bruno Mars yang melawat Malaysia Apri lalu mendahului pada senarai carian berkaitan orang yang meningkat naik dengan pantas bersama-sama dengan tiga bintang muzik antarabangsa iaitu Avril Lavigne, Rihanna dan juga Justin Bieber turut menjadi imej yang paling banyak dicari pada tahun ini. Pengguna Malaysia juga turut menggunakan carian imej dalam mengetahui berkaitan bagaimana basikal dengan gear tetap kelihatan apabila fixie mula menjadi budaya baru. Selain itu, terma yang carian imej popular yang lain adalah Domo-kun - maskot berbulu dari stesen televisyen Jepun, NHK. Selebriti YouTube, Cikgu Shida yang membuat segerak suara untuk lagu-lagu tempatan dan juga antarabangsa menjadi rakyat Malaysia yang memperlihatkan peningkatan dengan pantas pada tahun ini. Selain beliau, rakyat tempatan lain yang turut menyertai senarai tersebut termasuk penulis blog remaja, Fatin Liyana dan Haniz Zalikha, ahli politik Anwar Ibrahim, ulama Ustaz Kazim, dan pereka bentuk muslimah - Hana Tajima yang membawa gelombang baru pada fesyen bertudung di negara ini. Apabila ingin melancong, rakyat Malaysia kekal dengan apa yang mereka sedia kenali pantai dan bandar besar. Carian untuk Su Mei Island, Maldives dan Caribbean seimbang dengan carian berkaitan Hong Kong, Taipei dan New York. Disneyland juga merupakan carian popular di kalangan pengguna apabila kedua-dua carian Disneylands Paris dan Hong Kong menjadi carian destinasi antarabangsa popular pada tahun 2011. Jurucakap Google, Zeffri Yusof berkata, Zeitgiest penghujung tahun daripada Google merupakan salah satu ukuran budaya menunjukkan apakah yang menjadikan kita teruja, tertanya-tanya, dan ingin mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. Dari pemimpin, selebriti, hal ehwal semasa sehingga, sukan dan segalanya, trend carian memperlihatkan apakah yang difikirkan dan berada dalam minda rakyat Malaysia "Zeitgeist dalam bahasa Jerman bermakna semangat masa melalui eksplorasi berbilion terma carian yang diterima setiap tahun. "Trend terhangat sepanjang tahun 2011, kami juga menyediakan beberapa aplikasi memberikan informasi mendalam untuk carian global, mengikut negara, dan juga trend carian tahun-tahun lepas dan sekarang,'' katanya. Aplikasi Google Zeitgeist tidak digunakan sama sekali untuk mengenali seseorang pengguna kerana ia dikumpulkan tanpa identiti, dan dihimpunkan bilangan berdasarkan berapa kerap sesuatu terma atau kata kunci itu dilakukan carian. 'Paling popular' merupakan terma carian yang digunakan paling banyak dalam carian, manakala 'meningkat naik paling pantas' merupakan terma carian yang memperlihatkan peningkatan carian paling cepat dari jumlah carian sepanjang tahun. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan