Utusan Online - Dalam Negeri |
- Majlis Peguam perlu nyatakan pendirian
- Mahasiswa perlu utamakan peperiksaan
- Cerai: Jabatan agama tidak sepatutnya buntu
Majlis Peguam perlu nyatakan pendirian Posted: Majlis Peguam perlu nyatakan pendirianKUALA LUMPUR 31 Dis. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Majlis Peguam tampil menzahirkan pandangan mereka berhubung 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang dilihat mahu mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu penting kepada rakyat yang mahu melihat pendirian sebuah badan yang mahir tentang undang-undang negara sama ada mereka mahu mendaulatkan institusi kehakiman negara atau sebaliknya. Namun katanya, beliau tidak hairan sekiranya Majlis Peguam hanya akan mengambil pendekatan berdiam diri berhubung isu itu berdasarkan kecenderungan mereka untuk menyebelahi pembangkang. "Oleh itu, Perkasa mendesak Majlis Peguam termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tampil menyatakan pendirian berhubung isu ini sama ada mereka mahu mendaulatkan undang-undang negara atau sebaliknya. "Saya bimbang hanya kerana seorang manusia, perasaan kasih dan sayang rakyat terhadap negara akan hilang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang mendesak Majlis Peguam menyatakan pendirian berhubung 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang mengajak orang ramai menyertai demonstrasi pada 9 Januari ini. Desakan sama dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Salleh yang mahu melihat pendirian Majlis Peguam berhubung kempen itu atas kapasitinya sebagai sebuah badan bebas. Katanya, sikap berdiam diri pertubuhan itu hanya memperlihatkan Majlis Peguam sebenarnya bersama untuk menjayakan 'Kempen Bebaskan Anwar 901'. ''Seharusnya, para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu bersikap profesional dengan menunggu keputusan rasmi mahkamah terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan. "Mereka seharusnya sedar, perbuatan mereka hanya akan menyusahkan orang ramai khasnya pemandu jalan raya dan peniaga," katanya. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berpandangan tindakan Majlis Peguam berdiam diri adalah kerana mereka menyedari sikap dan tujuan sebenar Anwar. Namun katanya, sebagai pertubuhan yang mahir tentang undang-undang, mereka seharusnya tampil menyatakan pendirian dan pada masa sama menasihatkan orang ramai yang mahu berdemontrasi supaya tidak mempertikaikan kewibawaan institusi kehakiman negara. Full content generated by Get Full RSS. |
Mahasiswa perlu utamakan peperiksaan Posted: Mahasiswa perlu utamakan peperiksaanKUALA LUMPUR 31 Dis. - Golongan mahasiswa diingatkan supaya tidak melibatkan diri dalam kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini yang bersamaan dengan minggu peperiksaan di kebanyakan universiti di negara ini. Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd. Mustafa Ishak berkata, tanpa sebarang manfaat yang jelas, pembabitan mahasiswa dalam aktiviti itu seolah-olah memperjudikan masa depan mereka. "Peperiksaan akhir semester selama dua minggu sudah bermula, jangan korbankan masa depan dengan menyertai demonstrasi kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku. "Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan dan sebagai penuntut mereka harus hargai peluang berada di universiti," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Mohd. Mustafa seterusnya mengingatkan bahawa mahasiswa yang bijak dan matang seharusnya memahami motif sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan itu. Beliau berkata, mahasiswa juga harus faham bahawa kes jenayah tidak boleh diselesaikan secara berdemonstrasi. "Jangan biarkan diri dijadikan seperti 'lembu yang dicucuk hidung' oleh kumpulan dan penyokong-penyokong (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. "Keputusan mahkamah tidak boleh digugat dengan cara berdemonstrasi. Kalau tak puas hati ia mesti dibuat melalui rayuan kerana itu prosedur perundangan," katanya. Sehubungan itu, beliau memberi amaran keras kepada mahasiswa UUM yang menyertai demonstrasi anjuran pembangkang itu bahawa mereka bakal berhadapan dengan tindakan tatatertib. "Pihak universiti tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana penuntut yang didapati mencemar nama baik UUM," katanya. Pandangan sama turut dinyatakan Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah yang berkata, penglibatan penuntut dalam demonstrasi hanya menjejaskan tumpuan terhadap pelajaran. "Kita tidak salahkan mahasiswa sepenuhnya kerana pihak yang menggunakan mereka juga perlu bertanggungjawab," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Cerai: Jabatan agama tidak sepatutnya buntu Posted: Cerai: Jabatan agama tidak sepatutnya buntuKUALA LUMPUR 31 Dis. – Pihak berkuasa agama tidak sepatutnya buntu dalam menangani masalah perceraian pasangan Islam, sebaliknya mereka perlu mendapatkan maklum balas daripada bakal pengantin bagi menilai keberkesanan kursus pra perkahwinan yang dijalankan. Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, dengan cara itu pihak terbabit dapat mengkaji semula modul kursus pra perkahwinan yang dijalankan serta merangka kursus selepas perkahwinan bagi pasangan yang baharu berkahwin dan pasangan bermasalah. Katanya, langkah itu dilihat dapat membantu memberi pendedahan kepada pasangan baru berkahwin mengenai tanggungjawab, kehidupan rumahtangga dan alam perkahwinan. "Dengan adanya kursus itu, ia sedikit sebanyak dapat memberi jalan keluar kepada pasangan yang bermasalah agar mereka tahu ke mana harus dituju bagi mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi. "Langkah ini bagaimanapun tidak semestinya dilaksanakan di peringkat jabatan agama kerana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga boleh bersama mengekang masalah ini," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan mengenai jabatan agama yang seakan-akan menemui jalan buntu bagi menyelesaikan masalah penceraian di kalangan pasangan Islam yang semakin meningkat. Tambah Juanda, isu penceraian tidak seharusnya diberi penekanan tetapi kesan penceraian itu yang harus diambil berat. "Itu semua jodoh dan kita janganlah memandang penceraian sebagai gejala negatif. Adalah lebih baik untuk kita menumpukan kepada kesannya," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan