Utusan Online - Feminin |
Posted: Gaya rambut super heroOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Ji eun (Secreret) WATAK-WATAK seperti Superman, Green Lantern, Batman, Wonder Woman , Hawk Girl dan The Joker sememangnya digilai ramai. Inspirasi watak hero ini menjadi trend fesyen yang semakin popular. Tidak ketinggalan, gaya selebriti Korea dan adaptasi majalah Manga dari Jepun. Watak-watak mereka 'dijelmakan' hidup menerusi cerita-cerita animasi dan 'live-action' melalui komik, wayang gambar, siri televisyen dan sebagainya yang memikat peminat. Sehinggakan ada kalangan peminat watak-watak ini menjadi ikon fesyen antarabangsa. Tidak ketinggalan, fesyen rambut terbaru turut mengambil super hero sebagai ilham dandanan terbaru. Selain watak super hero, gaya artis antarabangsa seperti Lady Gaga, Justin Bieber, selebriti K-Pop dan gaya tahun 1920-an dijangka terus popular sepanjang 2012 ini. Baru-baru ini, L'Oreal Professionnel dengan kerjasama pereka fesyen dan pendandan rambut antarabangsa, Charlie Le Mindu muncul buat kali pertama di Minggu Fesyen Paris dengan pelbagai konsep rambut super hero, gaya Lady Gaga dan retro. Meminati gaya rambut berombak, beralun dan sanggul, Charlie menggunakan produk L'Oreal Professionnel iaitu Bad Mud dan Super Dust untuk mencipta gaya rambut daripada watak super hero seperti Catwoman dan Wonderwoman. Hasilnya, penampilan wanita lebih moden dan seksi. Justeru, anda tidak perlu takut menukar gaya rambut kerana anda boleh menyerlahkan personaliti anda. Musim ini turut menonjolkan kewanitaan dan romantik menerusi bentuk dandanan rambut yang diserlahkan dengan warna gelap wain merah, biru, tembaga dan coklat gelap. Rambut pula dibiarkan panjang dan berlapis serta ikal beralun. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Barang kemas AliciaOleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
PEMBERIAN hadiah seutas rantai vintaj daripada seorang rakan pena yang berada di Peru iaitu Muna, lapan tahun lalu terus membuatkan Alicia Chan jatuh cinta dengan barang kemas vintaj luar negara. Koleksinya semakin bertambah apabila dia sering bertukar-tukar hadiah terutamanya barang kemas dengan rakan penanya yang lain di Amerika Syarikat (AS), Kimberly Lawrance yang dikenalinya hampir 20 tahun. Klasik, unik dan eksklusif – itu pandangan wanita berusia 36 tahun ini terhadap reka bentuk barang kemas yang dikaguminya. Sejak itu, dia semakin serius dengan minatnya mengumpul barang kemas vintaj dari luar negara. Bermula dengan hobi, kini ia juga menjadi antara sumber pendapatannya. Pemilik laman butik online www.jewelrina.com ini berminat mengetahui budaya negara lain terutamanya fesyen pakaian dan barang kemas mereka sejak kecil lagi. "Saya mula berkawan dengan rakan pena dari pelbagai negara seperti AS, Amerika Selatan dan Eropah sejak 15 tahun lalu dan masih berhubung hingga sekarang. "Ketika itu, saya menghadiahkan mereka barangan tempatan seperti rantai manik yang dibeli di Jalan Petaling dan mereka membalasnya dengan rantai dan beg dari negara mereka. "Barang kemas vintaj dari luar negara terutamanya AS amat berbeza kerana kerja tangan yang halus dan unik, tahan lama dan ia tidak mengoksida walaupun sudah berpuluh-puluh tahun," katanya sambil memperagakan koleksinya di OB Couture di Tropicana City Mall. Terang Chan, fokus minatnya adalah pada barang kemas vintaj yang tidak pernah dipakai lagi dan kebanyakan koleksinya diperoleh daripada Kimberly yang mendapatkannya dari stok kedai barang kemas ibu saudaranya di sana yang telah ditutup. Barang kemas berusia lebih 70 tahun menjadi antara koleksi kesayangan daripada kira-kira 600 barang kemas vintaj dari 1940-an hingga 1980-an yang dimilikinya. Ralit menyusun koleksi vintaj kesayangannya, Alicia menerangkan usia barang kemas yang kelihatan seperti baru itu boleh diketahui daripada manik, reka bentuk dan klipnya. Dia turut menyimpan beberapa katalog lama barang kemas tersebut. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan