Utusan Online - Utara |
Penggiat industri perlu komited Posted: Penggiat industri perlu komitedOleh KHAIRUL ABIDIN NUAR ZAMBRY Abd. Kadir (tengah) bersama pemenang Anugerah Pelancongan Perak 2011 di Ipoh, semalam. IPOH 31 Dis. – Semua penggiat industri pelancongan di negeri ini digesa memberikan komitmen tinggi bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri mencapai sasaran lima juta pelancong pada Tahun Melawat Perak (TMP) 2012. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, biarpun Perak mempunyai pelbagai produk pelancongan bertaraf dunia, namun kekurangan dalam mempromosikannya tidak akan membantu perkembangan industri berkenaan. Beliau berkata, kerajaan negeri melihat industri tersebut mempunyai potensi besar dan mahu ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri. ''Perak mempunyai khazanah alam yang tidak ternilai iaitu hutan hujan tropika Royal Belum yang tertua di dunia, melebihi usianya daripada yang ada di Lembangan Amazon. ''Kerajaan negeri menyediakan platform dan kerangkanya sahaja, namun, dalam mempromosi pelancongan di negeri ini, semua penggiat industri perlu berganding sama termasuk pengusaha hotel dan resort kerana kejayaannya terletak di bahu kita semua," katanya pada Malam Gala Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2011 yang diadakan di Royal Perak Golf Club, di sini malam tadi. Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman. Pada majlis tersebut, Zambry turut menyampaikan 18 anugerah pelancongan negeri yang antara lain dimenangi oleh Hotel Syuen, The Banjaran Hotsprings Tambun, Lost World of Tambun, Homestay Kampung Beng Lenggong dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS). Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Gunting rambut percumawan Zawiyah Wan Halim (kiri) bersama ahli Puteri UMNO memotong rambut kanak-kanak di Dewan Orang Ramai Napoh, kelmarin. KUBANG PASU 31 Dis. - Puteri UMNO Kubang Pasu menyediakan perkhidmatan gunting rambut secara percuma kepada kanak-kanak di seluruh Parlimen Kubang Pasu sempena pembukaan sesi persekolahan 2012. Ketuanya, Wan Zawiyah Wan Halim berkata, seramai 15 ahli pergerakan itu yang terlatih dan mempunyai sijil dari Pusat GiatMara Jerlun disediakan untuk memberi khidmat menggunting rambut kanak-kanak sekolah rendah. "Kami harap dengan kemahiran yang ada mereka dapat membantu memberi perkhidmatan menggunting rambut kanak-kanak yang kurang berkemampuan bagi memulakan sesi persekolahan baru tidak lama lagi," katanya di sini semalam. Dalam program itu, seramai 100 kanak-kanak berusia tujuh hingga 11 tahun turut menerima sumbangan beg sekolah, alatan tulis dan makanan ringan. Menurutnya, semua tenaga terlatih itu menjalani latihan di Pusat GiatMara selama 16 jam selain menjalani latihan amali di beberapa salon rambut selama enam bulan sebelum diberi sijil tersebut. "Diharapkan melalui program ini ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan," jelasnya. |
Posted: Masalah anjing liar diatasiIPOH 31 Dis. - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menjalankan kajian menyeluruh bagi mengatasi masalah anjing liar yang kian berleluasa di bandar raya ini. Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim berkata, pendekatan menangkap haiwan tersebut menerusi syarikat swasta dengan kos RM45 seekor dilihat tidak efektif. Menurut beliau, perbincangan MBI dengan beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini membuat kesimpulan bahawa pendekatan lebih menyeluruh perlu dilakukan bagi mengatasi masalah itu. "Justeru, kita memohon kepada NGO berkenaan termasuk orang ramai untuk turut sama memberikan input dan maklum balas bagi kita menyiapkan kertas kerja berkenaan berikutan jumlah anjing liar yang semakin meningkat," katanya di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan