Sabtu, 31 Disember 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


2012 hambar tanpa emas Olimpik?

Posted:

2012 hambar tanpa emas Olimpik?

2012 hambar tanpa emas Olimpik?

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


LEE Chong Wei tetap digalas harapan membawa pingat emas pertama Olimpik buat Malaysia walaupun prestasinya dikatakan goyah sejak kebelakangan ini.


KUALA LUMPUR - Diari 2011 yang menutup kalendar sukan negara semalam disifatkan tahun cemerlang atlet kita, khususnya kejayaan skuad Harimau Muda mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA XXVI.

Hari pertama 2012 hari ini, bermakna atlet negara membuka buku baru dengan persoalan mampukah kegemilangan tahun lalu diteruskan?

Atau mungkinkah 2012 bakal menjadi tahun suram, jika impian menggunung untuk memenangi pingat emas pertama Olimpik di London 2012 menerusi pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal dijelmakan?

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi tidak senada dengan pandangan tersebut.

Sebaliknya beliau bersikap positif dengan tidak meletakkan sebarang warna pingat Olimpik.

"Saya tidak bersetuju kalau ada yang menyatakan tanpa emas Olimpik, sukan 2012 bakal hambar, ini kerana Sukan Olimpik sebuah temasya bertaraf dunia.

"Jika kita gagal dapat emas, tetapi mampu meraih tiga hingga empat pingat perak atau gangsa, ia sudah cukup hebat buat atlet negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Harapan emas negara menerusi Chong Wei berdepan halangan pemain China, Lin Dan serta bintang muda negara itu, Chen Long.

Tambah Kok Chi, kilauan emas tidak penting kerana yang perlu diberi keutamaan ialah bilangan atlet negara yang mampu beraksi di London lebih penting.

Jelasnya, kemampuan atlet Malaysia untuk beraksi di Olimpik sudah semakin meningkat menerusi acara badminton, terjun dan lumba basikal berpotensi menghadiahkan pingat.

Beliau sebenarnya lebih teruja untuk menyaksikan skuad hoki negara kembali beraksi pada Olimpik.

"Sudah agak lama kita tidak bertanding pada Olimpik dan jika kita gagal lagi, bermakna sudah 12 tahun hoki kita tidak ke pentas Olimpik.

"Saya sebenarnya agak terkilan, jika kita menang emas Sukan Asia lalu, sudah tentu kita telah layak secara automatik, namun, kita sekadar berpuas hati dengan pingat perak," tambahnya.

Mengenai badminton, khususnya Piala Thomas dan Sukan Malaysia, beliau berkata jika kita mampu layak ke aksi akhir di China, ia merupakan satu bonus.

"Penganjuran Sukan Malaysia di Pahang pula diharap mampu melahirkan lebih ramai atlet pelapis masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wajah baru Liga Malaysia

Posted:

Wajah baru Liga Malaysia

Wajah baru Liga Malaysia

KUALA LUMPUR - Liga Super dan Liga Premier dalam Liga Malaysia masing-masing mendapat logo baru bagi musim 2012-2014.

Dalam satu kenyataan semalam, Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL), berkata logo itu diilhamkan daripada bentuk 'Play', yang lazimnya ditemui dalam semua peranti permainan media.

"Kedua-dua logo direka khas sejajar dengan tujuan asal bola sepak itu sendiri iaitu Play (Bermain).

"Bentuk Play diolah dan diaplikasikan ke dalam logo, mewujudkan satu bentuk untuk menyokong elemen lain yang mewujudkan kelainan antara setiap logo," kata MSL, sebuah entiti yang bertindak sebagai sayap komersial bola sepak Malaysia.

Kenyataan itu menyebut logo Liga Super dibentuk daripada imej piala Liga Super itu sendiri yang menunjukkan bahagian atas piala di mana bola diletakkan di atas menara berbentuk bintang yang membawa maksud liga bola sepak terulung di negara ini.

Kombinasi warna biru gelap dan putih mewakili makna perpaduan serta prestij liga berkenaan.

Bagi logo Liga Premier, bola yang dipaparkan bertujuan menyerlahkan makna pergerakan bola sepak.

"Bentuk bola yang sedang bergerak direka untuk mewujudkan satu kisah tentang perjalanan ke arah pengiktirafan dalam sukan bola sepak bermula di sini. Warna hitam dan kuning dipilih sebagai warna rasmi tanda kesepakatannya dengan badan dan pasukan negara," kata kenyataan itu lagi.

MSL berkata, jenis fon yang digunakan adalah unik dan direka khusus untuk disesuaikan dengan ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan belang harimau.

Logo Astro diletakkan ke dalam logo liga sebagai pemegang hak komersial mereka dan logo penaja yang baru mungkin menggantikan logo Astro sekiranya ada mana-mana rakan kongsi selanjutnya yang turut serta sebagai pemegang hak.

Liga Premier akan bermula pada 9 Januari manakala Liga Super pula sehari kemudian.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved