Sabtu, 31 Disember 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bonus hadiah bermakna peneroka

Posted:

Bonus hadiah bermakna peneroka

Bonus hadiah bermakna peneroka

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

MARAN 31 Dis.- Pemberian bonus insentif produktiviti kepada peneroka merupakan hadiah bermakna kepada golongan itu khususnya bagi kalangan 15,000 peneroka di Felda Wilayah Jengka di sini.

Bonus berkenaan dapat meringankan beban peneroka dalam menguruskan hal keperluan khususnya bagi menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

Timbalan Pengerusi Gabungan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar,60, berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempamerkan komitmen dan keikhlasan membantu masyarakat peneroka sejak beberapa tahun lalu.

"Bonus insentif antara RM400 dan RM1,200 yang dinikmati oleh warga Felda membuktikan kerajaan tidak mengabaikan kebajikan golongan berkenaan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Pada 23 Disember lalu, Perdana Menteri mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti antara RM400 dan RM1,200 kepada peneroka tanah rancangan itu pada tahun ini, kadar yang sama seperti tahun lepas.

Pembayaran bonus insentif berjumlah RM102.6 juta itu yang bergantung kepada penghantaran hasil, melibatkan 95,949 daripada 112,635 peneroka Felda bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda.

Bagi Ketua Peneroka Felda Jengka 18, Samad Samah,59, pemberian itu sangat bermakna kepada ketua isi rumah berbelanja untuk keperluan persekolahan anak-anak tahun depan.

Katanya, rakan peneroka perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri yang telah berusaha untuk memakmur negara serta rakyat.

Ketua Peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Abdul Rahman Ghani,48, mahu masyarakat peneroka Felda harus berfikir secara rasional kerana tiada negara di dunia yang begitu ambil berat tentang kebajikan rakyat.

"Pemberian itu berdasarkan jumlah hasil yang dihantar ke kilang membolehkan peneroka turut mendapat bonus seperti juga penjawat awam,'' katanya.

Ketua Peneroka Felda Jengka 3, Zainuddin Jantan, 58, berpendapat bahawa pemberian berkenaan dapat menampung tambahan kewangan untuk membeli pelbagai keperluan.

Pendapat itu disokong rakannya, Abdul Aziz Rashidi, 58, yang menyifatkan tohmahan pembangkang bahawa kerajaan tidak menjaga kebajikan adalah tidak benar sama sekali.

Full content generated by Get Full RSS.

Produk IKS di pasar raya, stesen minyak

Posted:

Produk IKS di pasar raya, stesen minyak

Produk IKS di pasar raya, stesen minyak


ALWI Abdul Hamid (kanan) bertanya sesuatu kepada peserta pengusaha IKS selepas merasmikan program Pemadanan Perniagaan di Kompleks LKPIM Pahang, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 31 Dis. - Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) digesa merebut peluang disediakan oleh kerajaan dalam memasarkan produk masing-masing ke pasar raya dan stesen minyak tempatan di negeri itu.

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, tindakan itu secara tidak langsung membantu meluaskan pasaran produk masing-masing sekali gus meningkatkan lagi hasil jualan mereka.

Menurutnya, kementerian juga berperanan untuk membantu pengusaha terbabit menerusi program pemadanan perniagaan antara pengusaha IKS di negeri ini yang julung kali dianjurkan di Kompleks Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Pahang di sini baru-baru ini.

"Program yang julung kali diadakan itu mendapat penyertaan seramai 14 pengusaha IKS dari negeri ini dan 17 pasar raya serta stesen minyak.

"Ia memberikan peluang kepada kedua-dua pihak mencari dan memasarkan produk terpilih di premis masing-masing secara langsung dengan berjumpa serta melihat sendiri produk yang diusahakan," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, program seperti itu akan diadakan dengan lebih kerap pada masa depan sekali gus memberi ruang dan peluang kepada pihak terbabit.

Sementara itu, bagi seorang pengusaha halwa dan kordial kundur Sheikh Ismail Abdullah dari Peramu Jaya, Pekan, berkata, dia mendapat peluang terbaik meluaskan pasaran produknya menerusi program itu.

Menurutnya, dia mendapat tawaran untuk memasarkan produknya di sebuah pasar raya di Bentong, Lipis dan Jengka serta bersyukur kerana tidak melepaskan peluang menyertainya.

"Cuma saya berharap ia akan diadakan lebih kerap untuk masa akan datang dan pemilihan masa yang sesuai untuk membolehkan lebih ramai pengusaha serta premis pasar raya dan stesen minyak dapat menyertainya," katanya.

Bagi pengusaha madu lebah tualang dari Mentakab, Mohd. Napi Ismail, turut berpandangan supaya program tersebut diadakan lebih kerap selain mengakui turut mendapat peluang baru selepas menyertainya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tarikh kompaun dilanjut

Posted:

Tarikh kompaun dilanjut

Tarikh kompaun dilanjut

KUANTAN 31 Dis. - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan melanjutkan tempoh pembayaran kompaun dan cukai taksiran berikutan sambutan yang diberikan baru-baru ini amat menggalakkan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, promosi 'Langsai Habis' sempena sambutan Bulan Inovasi MPK itu akan dilanjutkan bermula 3 hingga 15 Januari depan.

"Orang ramai boleh menyelesaikan bayaran di Ibu Pejabat MPK, Jalan Tanah Putih mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari pada waktu bekerja manakala Jumaat hingga Ahad, MPK akan membuka kaunter di Kuantan Parade mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved