Utusan Online - Feminin |
Kejayaan wanita makin diiktiraf Posted: Kejayaan wanita makin diiktiraf8 DIS. - PELUMBA basikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa disenaraikan dalam Program Road to London 2012 selepas beraksi cemerlang dalam Siri Piala Dunia Klasik di Cali, Columbia. KEJAYAAN golongan wanita merupakan natijah daripada kesungguhan, keinginan dan iltizam untuk meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik, progresif dan berdaya saing. Ini terbukti beberapa kejayaan jelas membanggakan pada tahun ini dan sekali gus memartabatkan maruah kaum Hawa itu. Bahkan Malaysia turut menduduki tangga ke-12 terbaik di kalangan 54 negara anggota Komanwel dari segi memberi layanan kepada kaum wanita. Di samping itu, mengikut Laporan Perniagaan Antarabangsa Grant Thornton mendedahkan negara berada di tempat ketujuh di dunia yang mana wanita memegang jawatan kanan dalam organisasi perniagaan. Kedudukan Malaysia itu adalah di kalangan 39 negara yang terlibat dalam tinjauan tersebut. Lebih menggembirakan dasar penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus golongan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat diluluskan. Langkah berkenaan bertujuan meningkatkan bilangan wanita sebagai ahli lembaga pengarah. Sehubungan itu, pihak korporat khususnya syarikat milik kerajaan dan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia diberi tempoh lima tahun untuk memastikan sasaran tersebut tercapai. Pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan antara yang terbaik pernah dilakukan turut memperuntukkan RM50 juta bagi suntikan imunisasi barah pangkal rahim. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp |
Posted: Ilham tukang jahitOleh NOOR FAZRINA KAMAL Koleksi Francisca & D berharga antara RM600 hingga SERONOK apabila dua sahabat baik boleh sepakat menubuhkan perniagaan bersama. Hinggakan pemilihan nama untuk label produk mereka juga menggunakan nama mereka berdua. Semangat setia kawan Francisca dan Daljeet dibuktikan dengan perasmian Francisca & D bertempat di Damansara Heights, Kuala Lumpur. Sebelum ini, mereka berdua merupakan pembuat pakaian peribadi khas untuk penggemar fesyen dan golongan sosialit sahaja, namun akhirnya memilih untuk menghasilkan koleksi pakaian siap untuk semua wanita yang gemar berfesyen. Sasaran mereka ialah golongan pertengahan hingga yang lebih tinggi. Keistimewaan koleksi Francisca & D terletak pada gaun petang yang kelihatan mewah, penggunaan warna-warna ceria yang pasti memberikan penampilan anggun dan bergaya untuk wanita. Bagi Francisca, pengenalan mereka daripada tukang jahit kepada pereka fesyen adalah untuk memberikan lebih peluang kepada wanita untuk mendapat pilihan yang lebih banyak dan menarik. Francisca berdarah campuran Indonesia dan British manakala sahabatnya Daljeet pula merupakan kacukan Cina dan Punjabi. "Apabila pakaian yang kami pernah hasilkan sebelum ini mendapat pertanyaan dan permintaan daripada pelanggan lain, maka kami mengambil keputusan untuk mengeluarkan pakaian sedia dipakai bagi memenuhi permintaan tersebut. "Koleksi sulung kami yang diberi nama Celebrating Colours and Style ini mengambil inspirasi daripada fesyen klasik (Audrey Hepburn) yang ditambah dengan unsur urban glamor," jelas ibu kepada dua anak ini. Tambah Francisca, apa yang membezakan mereka dengan jenama lain ialah mereka merupakan pembuat pakaian. "Sebagai pembuat pakaian, kami secara konsisten bekerjasama dengan wanita yang sofistikated dan bergaya. Golongan ini tidak mahu lagi nampak biasa dan mencari kelainan seperti identiti dalam apa yang mereka pakai. Sebagai kesimpulannya kami tahu apa yang mereka mahu dalam berfesyen dan itulah juga yang diterjemahkan dalam koleksi kami yang kebanyakannya adalah gaun pakaian petang," jelas Francisca yang juga merupakan pengarah urusan untuk Francisca & D. Pada majlis pelancaran tersebut, Francisca & D memperkenalkan sembilan koleksi pakaian menarik yang menggabungkan unsur glamor klasik Hollywood. Ada juga yang mengambil inspirasi daripada tradisional Asia dan kaftangan moden. Setiap pakaian tersebut direka dan dijahit dengan penuh ketelitian menyerlahkan lagi ciri kewanitaan sebenar. Malah jangan terkejut jika ada sulaman pada koleksi tersebut mengambil masa selama 30 jam untuk disiapkan! Koleksi terbaru ini boleh didapati di butik Francisca &D di Medan Damansara, atau boleh dibeli secara dalam talian di www.facebook.com/#!/pages/Francisca-D-Tailoring-servicesReady-to-wear-womens-clothing Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan