Utusan Online - Politik |
Penganjur bertindak melampau edar risalah di masjid Posted: Penganjur bertindak melampau edar risalah di masjidBudiman Mohd. Zohdi (depan, lima dari kiri) bersama ahlinya membuat laporan polis menentang Kempen Bebaskan Anuar 901' di pekarangan Balai Polis Sabak Bernam, semalam. SHAH ALAM 31 Dis. - Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar menyifatkan pihak yang menganjurkan 'Kempen Bebaskan Anwar 901' sebagai melampau apabila menjadikan masjid sebagai tempat mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram. Ketuanya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, perkara itu dikesan berlaku di masjid-masjid di kawasan Parlimen Sungai Besar. Kata beliau, pihaknya kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan poster serta risalah kempen tersebut yang jelas bermotifkan politik. "Tindakan ini melampau. Masjid adalah tempat untuk umat Islam beribadat bukannya menyebarkan dakyah politik apatah lagi menghasut orang ramai mengadakan perhimpunan haram. "Kita anggap ini satu bentuk pencemaran terhadap institusi masjid kerana tindakan menyebarkan poster dan risalah kempen itu sebenarnya untuk tujuan politik, memecahbelahkan umat, membelakangkan undang-undang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Budiman bersama-sama 30 ahli pergerakan itu turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kira-kira pukul 11 pagi ini. Laporan polis itu katanya, dibuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 yang banyak menyusahkan rakyat. "Bayangkan sekiranya perhimpunan haram diadakan berapa banyak rakyat akan menerima kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu," ujarnya. Setakat ini, sebanyak 50 laporan polis telah dibuat di Selangor bagi meminta polis menyiasat, mencegah dan mengambil tindakan terhadap penganjuran kempen tersebut. |
Hentikan taktik jahat – Mashitah Posted: Hentikan taktik jahat – MashitahKUALA LUMPUR 31 Dis. – Pakatan pembangkang perlu menghentikan taktik jahat bagi memanipulasi pemikiran rakyat dengan mencetuskan keadaan huru-hara di negara ini demi memenuhi politik kepentingan mereka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, ini kerana, rakyat negara ini terdiri daripada mereka yang cintakan keamanan dan tidak akan termakan dengan hasutan berbaur subversif mereka. "Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dilancarkan pembangkang hanyalah talian terakhir mereka untuk memperbesarkan isu serta memperbodohkan pemikiran rakyat meskipun secara jelas kes liwat yang melibatkan ketua mereka adalah isu moral dan kes peribadi beliau. "Kenyataan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa rakyat adalah hakim negara juga tidak berasas kerana perkataan 'rakyat' yang digunakan mereka hanya merujuk kepada penyokong mereka semata-mata, bukannya semua rakyat negara ini. "Jelas sekali, Kempen Bebaskan Anwar 901 mencerminkan agenda kepartian sempit pembangkang dan ia langsung tidak melibatkan kepentingan rakyat," katanya ketika mengulas rancangan pembangkang untuk mengheret rakyat menjadi pelindung kepada Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, melalui kempen "Bebas Anwar 901" pada 9 Januari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan