Isnin, 17 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Penduduk gembira, bersyukur

Posted:

Penduduk gembira, bersyukur

Penduduk gembira, bersyukur

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Medan Selera di Ampangan bakal berubah wajah selepas kerajaan mengumumkan peruntukan RM10.5 juta untuk menaik taraf serta membina kemudahan awam termasuk menyelenggara beberapa rumah pangsa penduduk di sekitar Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 16 Okt. - "Terima kasih. Kami amat bersyukur dan gembira."

Itulah antara luahan hati peniaga serta penduduk selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan mencecah RM10.5 juta bagi menaik taraf serta membina kemudahan awam termasuk menyelenggara beberapa rumah pangsa di sekitar bandar ini, semalam.

Peruntukan itu meliputi RM4 juta menaik taraf Gerai Penjaja Ampangan; RM500,000 menaik taraf Pasar Ampangan dan RM950,000 menyelenggara Rumah Pangsa Ampangan.

Selain itu, RM3 juta diperuntukkan bagi menyelenggara Rumah Pangsa Senawang 2, Taman Seri Mawar di Rasah dan RM2 juta bagi membina Dewan Orang Ramai di Flat Seroja, Taman Tasik Jaya, Paroi.

Bendahari Persatuan Peniaga-Peniaga Bandar Baru Ampangan, Aslina Ali, 49, berkata, peruntukan besar itu menunjukkan kerajaan sentiasa komited membantu rakyat daripada setiap lapisan hidup.

"Saya amat gembira dan saya juga rasa bahawa peniaga di kawasan ini amat bersyukur di atas pengumuman ini.

"Secara pasti ini akan mengubah nasib penjaja di kawasan ini selepas tapak lama dinaik taraf kelak," kata Aslina yang telah berniaga di kawasan itu sejak 1990.

Jelasnya, apabila pusat penjaja tersebut diberi nafas baru, dia yakin kawasan itu bakal menjadi tumpuan ramai sekali gus meningkatkan pendapatan peniaga di situ.

Seorang lagi peniaga, Mohd. Nazri Abdullah, 54, berkata, dia sangat bersyukur dan berterima kasih atas peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan itu.

"Sudah tiba masanya kawasan ini dinaik taraf kerana gerai kami sudah usang dan kawasan ini juga sudah kelihatan seperti tidak bermaya.

"Saya percaya inisiatif kerajaan memberikan kami gerai baru adalah untuk memberikan keselesaan kepada penjaja dan pelanggan," katanya.

Beliau menambah, proses naik taraf itu akan menyelesaikan masalah kesesakan kerana sebuah tempat letak kenderaan baru akan dibina tidak lama lagi.

Penduduk Rumah Pangsa Ampangan, Norhayati Kamaruddin, 59, berkata, peruntukan yang disalurkan bagi menyelenggara rumah pangsa tersebut akan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk sebelum ini.

"Tiada apa lagi boleh diucapkan selain bersyukur kerana kami sebelum ini berhadapan dengan pelbagai masalah seperti longkang tersumbat, gangguan bekalan air serta bau busuk akibat pembuangan sampah di merata-rata tempat.

"Saya percaya masalah ini akan selesai dan rumah kami juga nampak lebih berseri selepas dicat semula," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Mohd. Ali kecewa PBT gagal tingkat kebersihan

Posted:

Mohd. Ali kecewa PBT gagal tingkat kebersihan

Mohd. Ali kecewa PBT gagal tingkat kebersihan

MELAKA 16 Okt. - Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjadi penganjur Pertandingan Landskap dan Rumah Cantik setiap minggu digesa meningkatkan pemantauan dalam memastikan persekitaran negeri itu sentiasa bersih.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau kecewa apabila melihat masih ada landskap di taman perumahan yang tidak diselenggara dengan baik walaupun dengan adanya pertandingan itu.

Menurut beliau, sepatutnya pihak PBT membuat persediaan yang rapi sebelum menganjurkan pertandingan yang bertujuan mengekalkan status Melaka sebagai negeri terbersih dan terindah di seluruh negara itu.

"Semalam, di Taman Bukit Katil saya lihat masih banyak rumput panjang, sampah juga banyak yang tidak dikutip.

"Pegawai PBT kena kerja lebih kuat. Sentiasa turun padang bersama kakitangan untuk lihat apa lagi yang perlu diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Landskap dan Rumah Cantik 2011 di Taman Merak Mas, Bukit Katil di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md. Yunos Husin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Merak Mas, Abd. Razak Abd. Wahab.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Baru berkata, PBT juga perlu berusaha lebih keras untuk memastikan lebih ramai penduduk di taman-taman perumahan terlibat dalam program tersebut.

"Biasanya penduduk susah untuk ambil bahagian dalam programprogram sebegini. Oleh kerana itulah ahli-ahli majlis perlu adakan gotong-royong sekurang-kurangnya dua minggu sekali," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

570 keluarga terima bantuan Deepavali

Posted:

570 keluarga terima bantuan Deepavali

570 keluarga terima bantuan Deepavali

MELAKA 16 Okt. - Deepavali tahun ini membawa keceriaan kepada 576 keluarga miskin di negeri ini apabila menerima sumbangan istimewa sebanyak RM200 setiap keluarga bagi menyambut perayaan tersebut pada 26 Oktober ini.

Turut menerima sumbangan tersebut ialah orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan pelajar sekolah.

Bantuan disampaikan pada Pesta Deepavali anjuran Mydin Holdings di pusat beli-belah Mydin MITC Ayer Keroh yang dihadiri kira-kira 5,000 masyarakat berbilang kaum sejak pukul 10 pagi hingga 11 malam di sini semalam.

Sumbangan kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, sumbangan daripada kerajaan negeri itu bertujuan meringankan beban kewangan golongan miskin di negeri ini bagi menyambut kedatangan Deepavali.

''Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM114,000 kepada golongan kurang berkemampuan bagi sambutan Deepavali kali ini.

"Ini membuktikan kita tidak pernah meminggirkan masyarakat India dalam penyaluran bantuan khususnya kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal dan Pengarah Urusan Mydin Holdings, Datuk Ameer Ali Mydin.

Sementara itu, Perumal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan berkata, Mydin Holdings yang menganjurkan majlis tersebut turut menyampaikan bantuan RM100 seorang kepada 67 pelajar miskin.

''Saya minta pusat beli belah lain di negeri ini mencontohi Mydin Holdings dalam usaha membantu masyarakat kurang berkemampuan menyambut Deepavali tidak lama lagi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved