Isnin, 17 Oktober 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bantah pindah pasar malam

Posted:

Bantah pindah pasar malam

Bantah pindah pasar malam

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
kota@utusan.com.my


Peniaga-peniaga pasar malam Kampung Delek Kiri berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan MPK memindahkan pasar malam itu ke lokasi baru yang didakwa lebih sempit dan tidak sesuai di Klang, baru-baru ini . - utusan/Mohd. shaharani Saibi


KLANG 17 Okt. - Lebih 100 peniaga pasar malam di Kampung Delek Kiri di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) memindahkan mereka ke lokasi baru yang didakwa lebih sempit dan tidak sesuai dijadikan tapak pasar malam.

Malah, mereka mempersoalkan keperluan memindahkan pasar malam itu kerana ia sudah beroperasi di tapak lama itu sejak 28 tahun lalu tanpa ada sebarang masalah atau bantahan.

Pengerusi Badan Bertindak Pasar Malam Kampung Delek Kiri, Zakaria Saleh hairan mengapa secara tiba-tiba sahaja pasar malam itu hendak dipindahkan sedangkan ia hanya dibuka sekali seminggu.

Beliau juga kesal kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr. Halimah Ali dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menjawab surat bantahan daripada peniaga pasar malam itu.

"Rintihan peniaga jelas tidak diendahkan. Kami cuba berjumpa dengan ADUN kawasan ini tetapi sehingga hari ini beliau enggan bertemu dengan kami," katanya ketika bersama peniaga yang lain mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah keputusan MPK itu.

Perhimpunan itu kemudiannya hampir mencetuskan pergaduhan apabila sekumpulan individu yang mendakwa sebagai penduduk tempatan mengherdik peniaga mendakwa pasar malam itu menimbulkan pelbagai kesusahan kepada penduduk.

Seorang penduduk kampung itu, Mohd. Haridan Bohari pula berkata, majoriti penduduk tiada sebarang masalah dengan pasar malam, malah ia telah memudahkan penduduk untuk membeli barang keperluan.

Dia juga mendakwa, kebanyakan mereka yang hadir bagi membantah pasar malam itu adalah orang luar.

Sementara itu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menuntut Halimah mengadakan pertemuan antara penduduk dan peniaga bagi mencari penyelesaian terbaik.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, jika benar penduduk membantah, peniaga mahu mendengar sendiri dan kemudian kesemua pihak boleh berbincang.

Katanya, akibat tindakan terburu-buru MPK, peniaga terbabit telah tidak dapat berniaga pada minggu lalu dan tentunya mereka mengalami kerugian.

"Saya dimaklumkan, lebih 40 peniaga sudah membuat laporan polis kerana diganggu dan tidak dapat berniaga pada minggu lalu.

"Ikhlas akan bantu mereka untuk mendapatkan pampasan sama ada daripada ADUN kawasan itu atau pun kerajaan negeri atas kerugian yang mereka alami," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Mohon MRT ubah sedikit laluan

Posted:

Mohon MRT ubah sedikit laluan

Mohon MRT ubah sedikit laluan

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Peniaga di Jalan Sultan di sini yang terlibat dalam laluan projek MyRapid Transit (MRT) mencadangkan supaya jajaran laluan itu dikaji semula bagi memelihara banyak bangunan warisan di situ yang berusia hampir satu abad.

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, semua peniaga yang terlibat tidak menolak pembangunan, sebaliknya mereka memohon pemaju menimbangkan jajaran laluan lain.

"Setakat ini, hampir 20 buah bangunan di Jalan Sultan akan terlibat dalam projek MRT yang dijangka akan bermula dalam masa terdekat ini," katanya selepas mengadakan lawatan di kawasan itu baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun kerajaan dan pemaju memberi jaminan mereka tidak akan merobohkan bangunan di situ tetapi peniaga masih tidak yakin khususnya dari segi keselamatan.

"Memang ada jaminan bahawa pemaju akan memastikan kerja pembinaan terowong tidak akan menjejaskan bangunan-bangunan tersebut tetapi sejauh mana keselamatan peniaga akan terjamin, tidak dapat dipastikan," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan bangunan di situ sudah berusia hampir 80 tahun dan tidak mungkin akan dapat dibina semula seperti bentuk asal jika berlaku runtuhan atau keretakan.

Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang melibatkan pembinaan terowong bawah tanah sejauh 10 kilometer di pusat bandar raya termasuk melalui bawah 20 lot bangunan di sepanjang Jalan Sultan.

Full content generated by Get Full RSS.

Balu bersyukur terima sumbangan, pampasan

Posted:

Balu bersyukur terima sumbangan, pampasan

Balu bersyukur terima sumbangan, pampasan

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Seorang balu anggota polis trafik bersyukur apabila menerima cek sumbangan dan pampasan daripada Polis Diraja Malaysia sebanyak RM103,000 hari ini berikutan kematian suaminya akibat sakit jantung pada 29 September lalu.

Cek itu disampaikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam satu majlis yang diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa Allahyarham Sarjan Ibrahim Mat Husin ketika dalam perkhidmatan.

Isteri Allahyarham, Fakhriah Abd. Raof, 41, yang merupakan suri rumah berkata, dia bersyukur dengan sumbangan itu yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban untuk menguruskan keluarganya.

"Dengan bantuan ini, ia dapat meringankan kewangan untuk menguruskan tiga anak lelaki saya yang berusia 14,18 dan 19 tahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohmad dalam ucapan ringkasnya berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat tentang kebajikan anggota dan keluarga mereka.

Allahyarham Sarjan Ibrahim Mat Husin yang mula dilahirkan pada Ogos 1960 di Parit Buntar,Perak memulakan kerjaya sebagai anggota polis pada 1980 sebelum bertugas kali terakhir sebagai pengiring trafik kepada Perdana Menteri.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved