Utusan Online - Luar Negara |
Ayatollah beri amaran kepada AS Posted: Ayatollah beri amaran kepada ASPELAJAR wanita Universiti Razi memegang gambar Ayatollah Ali Khamenei dan Allahyarham Ayatollah Ruhollah Khomeini semasa menyertai perhimpunan yang dihadiri Khamenei di bandar Kermanshah, Iran, kelmarin. - AFP TEHERAN 17 Okt. - Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa Iran akan mengambil tindakan tegas jika AS bertindak 'menyerang' negara ini. Ini berikutan ikrar AS yang mahu mengenakan sekatan termasuk memujuk masyarakat antarabangsa supaya memulaukan Iran berhubung dakwaan penglibatan Iran dalam komplot membunuh Duta Arab Saudi di Washington, Adel al-Jubeir, baru-baru ini. ''Jika para pegawai AS melakukan penipuan, mereka seharusnya tahu bahawa apa jua tindakan yang dikenakan sama ada secara politik atau keselamatan, segalanya akan menerima tindakan tegas daripada Iran,'' kata Khamenei. Jelas beliau, tuduhan AS terhadap Iran berhubung komplot pembunuhan itu hanyalah untuk mengalih perhatian mengenai masalah ekonomi yang sedang dihadapi AS termasuk protes daripada Occupy Wall Street. ''Dengan dakwaan yang tidak berasas itu, mereka cuba mengaitkan atau menggambarkan kita (Iran) menyokong keganasan. ''Tetapi, konspirasi itu tidak akan berjaya,'' tegasnya. Sementara itu, Presiden Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa dakwaan AS itu hanyalah sesuatu yang direka-reka. ''Budaya keganasan hanyalah milik kamu (AS),'' jelasnya. Dalam pada itu, Iran memohon untuk mendapatkan lawatan konsular terhadap Manssor Arbabsiar, 56, yang kini ditahan di AS berhubung dakwaan terlibat dalam komplot membunuh Adel. - AGENSI |
Kanak-kanak cedera dilanggar tidak dihirau Posted: Kanak-kanak cedera dilanggar tidak dihirauSEDUTAN video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober 2011 menunjukkan kejadian langgar lari ke atas kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang tidak dihiraukan oleh orang ramai. - AGENSI BEIJING 17 Okt. - Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun di China yang dilanggar sebuah van dan kemudian tidak dihiraukan oleh pejalan kaki, menggemparkan negara ini dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia menggambarkan keadaan kurang bermoral dalam masyarakat moden di republik ini. Video dari kamera litar tertutup bertarikh 13 Oktober lalu itu dan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan merakamkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar sebuah van dan kanak-kanak itu ditinggalkan dalam keadaan berdarah di sebuah jalan raya di bandar Foshan, wilayah Guandong. Media rasmi hari ini melaporkan lebih 12 orang yang melalui jalan itu sama ada pejalan kaki atau menaiki basikal, tidak mempedulikan kanak-kanak itu sehinggalah dia dilanggar buat kali kedua oleh sebuah lori. Seorang wanita kemudian menarik kanak-kanak berkenaan ke tepi jalan sebelum ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pekerja asing di bandar itu tiba di tempat kejadian. Akhbar China Daily melaporkan kanak-kanak itu yang kini dirawat di sebuah hospital, diisytihar 'mati otak'. Agensi berita Xinhua melaporkan dua pemandu kenderaan yang melanggarnya telah ditahan polis. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan