Isnin, 3 Oktober 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


‘Bandar beracun’ ancam penduduk

Posted:

'Bandar beracun' ancam penduduk

'Bandar beracun' ancam penduduk


Peningkatan bilangan kenderaan bermotor di Kuala Lumpur turut menjejaskan kualiti udara di bandar-bandar sekitarnya. – GAMBAR HIASAN


BANGI 2 Okt. – Penduduk di kawasan bandar di Malaysia kini berhadapan dengan ancaman pencemaran udara akibat pengeluaran asap kenderaan berlebihan yang menukarkan bandar selamat yang dihuni selama ini sebagai 'bandar beracun'.

Bandar-bandar yang dikesan mengalami fenomena ini ialah Shah Alam, Selangor; Putrajaya; Nilai, Negeri Sembilan dan Tanjung Malim, Perak.

Bandar-bandar lain yang kini dikatakan berada di peringkat membimbangkan ialah Seberang Perai, Pulau Pinang; Kemaman, Terengganu dan Johor Bahru, Johor.

Sama ada ia dianggap keterlaluan, mencemaskan atau menakutkan, namun itulah realitinya.

Faktanya, kajian sekumpulan pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati, gas ozon permukaan di Lembah Klang mencatat 160 bahagian per bilion (ppb) berbanding 100 ppb seperti disarankan.

Gas atau bahan kimia tersebut terhasil akibat kandungan udara dipenuhi nitrogen dioksida (NO2) bertindak balas dengan cahaya matahari.

Lebih menakutkan, kajian perubatan menunjukkan pernafasan secara berterusan selama beberapa jam dalam kualiti udara sedemikian boleh mengganggu sistem pernafasan serta menghalang proses fotosintesis daripada berlaku.

Menurut Ketua Program Sains Sekitaran UKM, Prof. Madya Dr. Mohd. Talib Latif, gas ozon permukaan yang dicatatkan di Lembah Klang seringkali melebihi kadar disarankan Jabatan Alam Sekitar bermula dari pukul 11 pagi hingga 8 malam.

"Berdasarkan graf, ia bermula pukul 11 pagi dengan kadar bacaan 120 ppb. Bacaan tertinggi 160 ppb dicatatkan antara pukul 1 hingga 3 petang hinggalah kembali menurun kepada kadar normal pada pukul 8 malam.

"Ini disebabkan jumlah kenderaan berganda di Lembah Klang dan asapnya memenuhi udara ketika itu.

"Udara yang mengandungi bahan kimia beracun itu kemudiannya akan ditiup angin serta terkumpul di sekitar Lembah Klang seperti Shah Alam, Putrajaya, Nilai dan Tanjung Malim," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, walaupun fenomena tersebut turut dihadapi oleh negara-negara maju, namun kebanyakan negara tersebut mempunyai iklim empat musim menyebabkan ia hanya berdepan masalah tersebut pada musim panas sahaja.

"Sebaliknya, di Malaysia masalah ini akan berlaku sepanjang tahun dan tidak seperti negara-negara yang mempunyai empat musim.

"Oleh itu, kerajaan perlu mengatur strategi yang berkesan untuk mengurangkan masalah gas ozon permukaan yang berpunca daripada kenderaan bermotor," katanya.

Strategi tersebut katanya, termasuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam di seluruh negara selain meningkatkan kualiti bahan bakar yang digunakan oleh setiap kenderaan.

Tegas Mohd. Talib, sekiranya tiada tindakan awal diambil, pencemaran baru seperti gas ozon permukaan itu akan merebak ke seluruh negara.

Masyarakat Cina jangan terpedaya

Posted:

Masyarakat Cina jangan terpedaya

Masyarakat Cina jangan terpedaya


Najib Tun Razak melaungkan 1Malaysia sebagai kalimah perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-58 di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Amin Farij Hasan


KUALA LUMPUR 2 Okt. – Rakyat terutama komuniti Cina diingatkan supaya tidak terpedaya dengan muslihat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa memberi kenyataan berbeza apabila bertemu kelompok masyarakat berlainan demi kepentingan politik sempit pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini terbukti apabila Anwar sering menabur janji bagi memuaskan hati sekelompok masyarakat tanpa mengambil serius kata-katanya sendiri.

Sebagai contoh kata Najib, beliau berusaha mengubah akta berkaitan sekolah vernakular sewaktu menyandang jawatan Menteri Pendidikan bagi memastikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang diamalkan terus sesuai dilaksanakan, sementara Anwar yang pernah memegang jawatan itu gagal berbuat demikian.

Dengan perubahan itu katanya, Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang masih meneruskan sistem sekolah vernakular sehingga kini.

"Pada masa itu, sebelum saya ada seorang Menteri Pendidikan yang tidak mahu melakukannya (pindaan akta), tiada keberanian untuk melakukannya. Seorang 'sesumpah politik' yang mempunyai warna berlainan ketika itu. Hari ini warnanya lain dan seterusnya kerap bertukar warna.

"Kalau di Washington (Amerika Syarikat) warnanya lain, kalau di Rantau Panjang, Kelantan warnanya lain, kalau jumpa orang Cina warnanya berubah. Berhati-hati dengan 'sesumpah politik' sebegini, jangan terpedaya. Komuniti Cina jangan terpedaya," katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-58 di sini hari ini.

Sementara itu, beliau meminta rakyat menilai prinsip demokrasi diamalkan Anwar dan pakatan pembangkang yang menyaksikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipilih sebagai pemimpin tertinggi parti tanpa melalui pemilihan, manakala isteri dan anaknya muncul sebagai presiden dan naib presiden parti.

Dengan semua perkembangan itu katanya, Anwar serta pakatan pembangkang masih tetap memburuk-burukkan Barisan Nasional (BN) seolah-olah langsung tidak mempunyai prinsip moral dalam pentadbiran.

"Anda (Anwar) bercakap mengenai demokrasi tetapi parti anda berasaskan keluarga. Maknanya anda bercakap mengenai keunggulan moral tetapi melakukan perkara berlainan. Jadi, berhenti berkhutbah, berhenti daripada cuba menduduki landasan moral yang unggul," tegasnya.

178 rayu pulangkan tanah

Posted:

178 rayu pulangkan tanah

178 rayu pulangkan tanah

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


SEBAHAGIAN peneroka Kampung Sungai Sam mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan Pas Kelantan memulangkan tanah mereka di Kuala Krai, semalam. – Utusan/aizzul a. Majid


KUALA KRAI 2 Okt. – Keghairahan kerajaan Pas Kelantan menjual tanah di negeri ini kepada syarikat bukan bumiputera semakin tidak terkawal meskipun kebanyakannya sudah diterokai sejak berpuluh tahun lalu oleh orang Melayu.

Terbaru, rakan karib Menteri Besar sendiri, Zakaria Yaakob, 66, menuntut agar tanah seluas kira-kira 200 hektar yang diusahakan di Sungai Sam sejak 1985 dikembalikan kepada 178 peneroka asal di situ.

Zakaria, pemimpin Pas yang berkempen untuk Nik Aziz ketika kawasan tersebut baru dibuka, terkilan dengan penjualan tanah itu kepada syarikat luar menyebabkan kesemua tanaman getah di situ disodok menggunakan jentolak milik syarikat terbabit dan digantikan dengan tanaman pokok gaharu.

Jelas beliau, penjualan tanah tersebut dipercayai dibuat kira-kira empat tahun lalu menyebabkan syarikat terbabit segera mengusahakan tanaman pokok gaharu dan membina beberapa rumah kongsi tanpa menghiraukan aduan peneroka asal di situ.

"Dulu saya yang mula-mula membuka kawasan ini dan Nik Aziz juga datang ke sini bersama saya. Tetapi selepas lebih 20 tahun, tiba-tiba sahaja ada orang luar datang dan memusnahkan semua tanaman getah yang saya usahakan.

"Saya sangat sedih dengan perkara ini. Sampai saya susah tidur malam kerana memikirkan pasal tanah dan tanaman yang semuanya sudah dimusnahkan," katanya dalam linangan air mata.

Zakaria yang mempunyai kira-kira tiga hektar tanah di situ dan membelanjakan hampir RM125,000 untuk mengusahakannya dengan tanaman getah ditemui ketika membuat bantahan tersebut bersama lebih 50 peneroka asal di hadapan rumah kongsi yang dibina syarikat tersebut di Sungai Sam di sini semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, hampir semua tanaman getah dimusnahkan dan kawasan bukit bukau di situ ditarah sehingga gondol untuk tanaman pokok gaharu.

Seorang peneroka asal di situ, Md. Noor Yaacob, 57, yang mempunyai empat hektar tanah di situ ketika ditemui turut meluahkan kekecewaan dan kemarahannya kepada kerajaan negeri yang didakwa menganiaya mereka.

"Saya sudah 22 tahun mengusahakan tanah di sini. Tiba-tiba sahaja ketika saya menebas ada orang luar datang dan marah kerana mendakwa tanah ini miliknya menyebabkan maruah saya tercabar.

"Saya masih ingat suatu ketika dulu Nik Aziz berceramah bahawa mana-mana tanah kerajaan yang diusahakan oleh rakyat, sekiranya gugur sehelai daun sekalipun maka ia akan diberi hak kepada rakyat," tegasnya.

Sementara itu, bekas penganggur, Syamsul Abdul Ghani, yang mengusahakan tanah di situ selama lima tahun kini hilang punca pendapatan disebabkan semua pokok getahnya sudah tidak ada.

"Saya dulu menganggur dan sangat nakal. Sehinggalah datang Pak Ya (Zakaria) menyuruh saya mengusahakan tanah di sini dan ia mengubah hidup saya dan saya juga ada duit sendiri.

"Tetapi sekarang semuanya macam dirampas balik. Saya mohon kerajaan negeri kalaulah mereka jayakan Islam, kalaulah mereka amalkan kebajikan, pulangkan tanah ini kepada kami," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved