Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Pelampau Zionis bakar masjidSEORANG wanita Palestin memerhati ruang solat masjid yang dibakar oleh pelampau Zionis di Kampung Tuba Zangaria, Upper Galilee, dalam wilayah taklukan Israel, semalam. – AFP BAITULMAQDIS 3 Okt. – Sebuah masjid di utara Israel dibakar malam tadi dan slogan Yahudi diconteng pada dinding luarnya. Polis hari ini menggambarkan kejadian itu sebagai 'insiden tanda harga yang sangat serius'. Pendatang haram Yahudi mengamalkan apa yang mereka gambarkan sebagai dasar 'tanda harga' dengan menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka sebagai membalas tindakan kerajaan Israel untuk menyekat pembinaan kawasan penempatan. Jurucakap polis, Mickey Rosenfeld berkata, beberapa suspek memasuki masjid di kampung Badwi, Tuba Zangaria di Upper Galilee dan membakarnya, menyebabkan kerosakan besar kepada permaidani dan dinding. Di luar masjid itu kata beliau, penceroboh menconteng perkataan 'tanda harga' dan 'balas dendam' dalam bahasa Hebrew. Mereka juga menulis perkataan 'Palmer', dipercayai merujuk kepada Asher Palmer, pendatang haram Yahudi yang terbunuh bersama-sama bayi lelakinya di selatan Tebing Barat pada 23 September lalu selepas keretanya terbabas apabila terkena batu yang dilontar oleh penduduk Palestin. Hampir semua serangan 'tanda harga' itu berlaku di Tebing Barat tetapi pada tahun lepas, insiden serupa berlaku di kampung Arab Israel, Iblin, juga di kawasan utara Galilee. Komander polis Daerah Utara, Roni Attia menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas untuk menangani insiden itu manakala kawalan keselamatan diperketatkan di kawasan berkenaan untuk mencegah sebarang 'insiden rambang'. – AFP |
Haqqani nafi ada kaitan dengan ISI Pakistan Posted: Haqqani nafi ada kaitan dengan ISI PakistanGAMBAR fail 19 Oktober 2001 menunjukkan Jalaluddin Haqqani (kanan), semasa menjadi Menteri Hal Ehwal Puak semasa Afghanistan diperintah Taliban bersama anaknya, Naziruddin (kiri). Puak Haqqani dituduh sebagai pengganas oleh AS. - REUTERS KABUL 3 Okt. - Rangkaian militan Haqqani hari ini menafikan dakwaan terlibat dalam pembunuhan bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani, bulan lalu. Ketua Operasinya, Sirajuddin Haqqani berkata, Haqqani yang turut dituduh melakukan serangan terhadap rakyat Barat di Kabul juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agensi Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) Pakistan. ''Bukan kami yang membunuh Rabbani dan ini telah banyak kali kami tegaskan. ''Haqqani juga tidak ada kaitan dengan ISI,'' katanya. Dalam kejadian 20 September lalu, Rabbani yang juga Pengerusi Majlis Perdamaian Tertinggi dibunuh di kediamannya dalam serangan berani mati oleh pengebom yang memakai serban mengandungi bahan letupan. Haqqani berkata, sepanjang pendudukan Kesatuan Soviet di Afghanistan pada 1980, pejuang Mujahedeen ada berhubungan dengan agensi risikan Pakistan serta beberapa negara lain. Bagaimanapun, katanya, hubungan itu putus sebaik Amerika Syarikat (AS) menceroboh Afghanistan. Rangkaian Haqqani diasaskan olehh Jalaluddin Haqqani, pejuang yang dikenali ketika melancarkan jihad terhadap Kesatuan Soviet. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan